Thursday, November 19, 2015

Takkanlah orang Islam tidak boleh bangkit isu berkenaan agama mereka

Pada hari Isnin lepas di Dewan Rakyat  semasa Menteri Belia dan Sukan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dalam perbahasana Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Tuan Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid [PKR-Lumut] telah bertanya:

Terimakasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah sedikitlah. Saya ucap tahniah kepada Yang
Berhormat Menteri menganjurkan pelbagai program sukan, program sukan Hari Malaysia,
FitMalaysia. Saya lihat memang mendapat sambutan yang ramai, cuma saya bimbang. Saham
dunia Menteri dapat banyak, saya bimbang saham akhirat kerana pergaulan yang kita lihat
nampaknya, pakaian-pakaian seksi yang mengghairahkan, kita takut kepada berlakunya zina
selepas itu. Kita minta Yang Berhormat Menteri lihat-lihat sedikit perkara ini. Terima kasih.
 
Pada pemahaman saya wakil PKR Lumut merujuk kepada program Fit Malaysia yang dianjurkan oleh kementerian diperingkat kawasan-kawasan Parlimen yang melibatkan belia-belia tempatan.
 
Pakaian seksi yang beliau bangkitkan itu berkemungkinan merujuk kepada pakaian dalam program FitMalaysia itu.
 
Walaubagaimana pun selepas itu bangkit dua wakil PAS iaitu Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] dan Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas].

Kedua-dua wakil PAS ini membangkitkan isu pakaian atlit wanita dan bukannya pakaian yang dimaksudkan wakil Lumut itu.

Kalau dirujuk pada hansard dewan wakil Rantau Panjang dari PAS bertanya:
 
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Isu pakaian atlet, boleh?
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin penjelasan, apakah satu dasar dibuat di bawah
Kementerian Belia dan Sukan berkaitan dengan pemakaian atlet wanita. Ini kerana kita tahu
pertama, pemakaian atlet wanita Islam. Jadi, sepatutnya pemakaian ini patuh syariah sesuai
dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan iaitu untuk membawa sistem pentadbiran ke arah
patuh syariah. Jadi sepatutnya, pematuhan pakaian atlet wanita Islam patuh syariah diamalkan
dalam negara kita. Jadi, sejauh mana perkara ini dilaksanakan dan dasar ini digubal oleh pihak
kementerian?

Manakala wakil Pasir Mas dari PAS pula menyambung:

 Kalau boleh pihak kementerian, boleh tidak untuk lebih berani mengemukakan satu dasar ataupun polisi memperkenalkan dua atau tiga jenis sukan yang mematuhi syariah. Kalau boleh saya minta,
kalau kementerian lebih berani untuk ke arah itu sebab saya lihat banyak kementerian lain yang
sudah mula bergerak ke arah itu. Terima kasih.

 Jauh beza “angle” yang diambil oleh wakil PKR Lumut dan wakil-wakil PAS Rantau Panjang dan Pair Mas.

Satu berkenaan dengan “pakaian seksi” program FitMalaysia manakala wakil-wakil PAS membangkitkan pakaian atlit wanita Islam dan sukan yang mematuhi syariah.

Saya membangkitkan perkara ini kerana banyak pihak kononnya mempertikaikan isu yang dibangkitkan terutama apabila ada wakil yang menyentuh isu pakaian seksi dan menghairahkan. Ramai yang marah dengan kenyataan itu yang sebenarnya dibangkitkan oleh wakil PKR dan bukannya PAS.

Wakil-wakil PAS lebih tertumpu pada pakaian atlit wanita Islam dan sukan patuh syariah.

 Hari ini dalam akhbar The Star Presiden PKR dialporkan telah mengkritik wakil Lumut kerana mengaitkan pakaian seksi :

 “worn by national athletes during competition….”
(yang dikenakan oleh atlit wanita semasa pertandingan)

 boleh mendorong kepada perlakuan zina.

 Presiden PKR secara peribadi menganggap kenyataan itu itu sangat tidak adil.

 Akhbar The Star turut mengaitkan wakil Rantau Panjang dan Pair Mas dengan isu yang dibangkitkan wakil Lumut.

 Suka tak suka sebagai seorang Muslim kita wajar akui bahawa pakaian atlit wanita Islam dalam jenis-jenis sukan tertentu memang tidak mematuhi syariah. Kita sekadar membangkitkan “concern” kita sebagai wakil parti Islam terhadap isu yang melibatkan atlit wanita Islam.

 Saya percaya apa yang diajukan tidak sama-sekali merujuk kepada atlit-atlit wanita bukan Islam yang lain.

Oleh itu, salah besarkah Lumut membawa isu ini sebagai seorang wakil dewan yang beragama Islam?

Wakil-wakil PAS saya kira lebih menuntut penyelesaian bukannya mendesak tetapi memohon kerajaan yang kebelakangan ini menekan sangat pada isu indeks syariah dan aktiviti patuh syariah agar turut memberi perhatian yang sama pada sukan yang melibatkan atlit wanita Islam.

Mungkin ada rakyat Malaysia yang bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka.

Tetapi apa yang dibangkitkan adalah isu berkaitan dengan penganut Islam, oleh itu biarlah urusan berkenaan Islam dibahas dan dirunding oleh sesama Muslim. Hak kebebasan  bersuara pada pemahaman kita di Malaysia tidaklah sehingga mengizinkan isu berkenaan Islam terutama berhubung amalan agama mereka dicampuri oleh penganut agama lain.

 Hormatlah sikit jika kita sayangkan negara ini.

 

 

No comments: