Friday, November 13, 2015

PAS tidak akan runding dengan pengkhianat

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa PKR Johor kononnya akan dilantik sebagai “orang tengah” untuk membincangkan isu pembahagian kerusi diantara  PAN dan PAS Johor bagi PRU akan datang.

Dakwaan itu dikeluarkan oleh Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda merupakan ADUN Parit Yaani, memenangi kerusi tersebur atas tiket PAS dalam PRU 2013 lalu namun telah “mencuri” kerusi berkenaan dan membawanya masuk PAN setelah mengkhianti PAS bersama beberapa rakannya bekas pimpinan PAS yang kecewa.

Kononnya PAN yang setahun jagung itu bernafsu besar mahu bertanding 40 kerusi di Johor iaitu 30 DUN dan 10 Parlimen.

Menurut Aminolhuda lagi sekiranya perbincangan berkenaan tidak berjaya PAN memegang prinsip “tetap lawan” demi menumbangkan BN dan sanggup berhadapan dengan PAS dalam pertandingan tiga penjuru.

Setelah Mat Sabu, iaitu pemimpin nombor satu PAN mengeluarkan kenyataan bongkak kononnya punca PAS kuat adalah lantaran penglibatan beliau, hari ini leftenannya pula mengeluarkan satu lagi kenyataan skala bongkak yang sama.

Pertamanya PAN perlu sedar bahawa pimpinan PAS berkali-kali telah tegaskan bahawa PAS hanya punya kerjasama politik dengan PKR. PAS tiada hubungan lagi dengan DAP apatah lagi puak pengkhianat PAS yang kini dikenali PAN. Malah kerusi-kerusi DAP pun sudah PAS tinjau-tinjau.

Oleh itu memandangkan PAS tiada hubungan politik apa sekalipun dengan pihak selain PKR, maka tidak perlulah PAN berangan-angan mahu PAS berunding dengan PKR dalam isu pertindihan kerusi kononnya antara PAN dan PAS di Johor.

Buat masa ini bukan di Johor sahaja malah seluruh Malaysia, PAS akan susun kerusi bersama PKR untuk menghadapi PRU akan datang. PAS sekali-kali tidak akan beri laluan kepada mana-mana parti atau pihak lain selain itu.

PAN tiada dalam kamus politik PAS. Yang ada dan terus segar dalam ingatan orang PAS adalah senarai pengkhianat yang telah “mencuri” kerusi PAS, kerusi-kerusi ini akan PAS tebus dengan mempertahankannya atas tiket PAS, manakala kerusi-kerusi lain yang PAS tandingi kekal demikian kecuali ada “swap” atau seumpamanya dengan PKR sahaja.

DUN Parit Yaani, Johor sebagaimana DUN Hulu Klang dan Morib di Selangor dan Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Sepang, Kuala Trengganu, Parit Buntar, Kuala Krai yang PAS menangi PRU lalu akan terus PAS tandingi, membujur lalu melintang patah.

No comments: