Tuesday, November 24, 2015

PAN nak gulingkan Azmin di Gombak

Semakin hari semakin terserlah agenda jahat parti yang memanggil diri mereka kononnya “amanah” ini. Tidak cukup dengan mencuri kerusi yang dimenangi atas tiket PAS dalam PRU yang lalu, terbaru kerusi PKR pun mahu dilanggarnya.

Barangkali demi mencuri perhatian orang-ramai mereka terpaksa menerjah yang sensasi, maklumlah parti pun dilahirkan dari kekecewaan dan ketidakpuasan hati setelah kalah dan ditolak majoriti perwakilan PAS.
Pemimpin parti PAN Kelantan, Dato Wan Rahim (yang pernah dilibatkan oleh Mohd Sayuti Omar MSO sebagai salah seorang dari tiga Abdul di Kelantan semasa pemerintahan Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz dalam bukanya “Tiga Abdul’) dalam posting FB nya telah menyebut bahawa Timbalan Pengerusi partinya di Selangor, Shaari Sungib (seorang lagi “pencuri” kerusi PAS) baru-baru ini telah mengisytiharkan bahawa partinya akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak.
Beliau mencatatkan:

YB Hj Shaari Sungip, Timb Pengurusi AMANAH S'ngor telah mengisytiharkan Calon AMANAH Parlimen Gombak dlm ceramahnya smlm..”

Kerusi Parlimen berkenaan kini disandangan oleh Dato MB Selangor Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden merangkap Pengerusi PKR Selangor. Apakah muslihat dan agenda mereka? Mengapa mahu mencabar MB Selangor di kerusi Parlimennya itu?

Sebelum ini kita dengar “tok bidan” mereka, DAP Selangor, telah mengisytiharkan akan bertanding di 8 kerusi DUN milik PAS di Selangor.

Ada yang berpandangan bahawa ini merupakan isyarat bahawa parti baru ini berserta DAP memang tidak senang dengan Azmin dan mahukan PKR melakukan sesuatu bagi menamatkan karier politik MB Selangor itu.

Apa pun muslihat dan agenda jahat mereka, PAS tidak sekali-kali akan berdiam diri.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman yang juga ADUN Paya Jaras telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“PAS Selangor menyatakan kesediaan mereka mengerahkan 85,000 jentera pilihanraya Selangor untuk mempertahankan kerusi PAS serta kerusi PKR dalam pilihanraya akan datang.

PAS bertahaluf dengan PKR maka jentera PAS dan jentera PKR akan bekerjasama dalam pilihanraya nanti".

Dan malah saya yakin bukan sahaja Parlimen Gombak akan dipertahankan oleh PAS untuk PKR, malah kerusi DUN Hulu Klang yang dicuri dari PAS itu juga lebih-lebih lagi akan dirampas kembali oleh PAS.

Sepatutunya tumpuan diberikan untuk merampas saki-baki kerusi yang dimenangi oleh Umno di Selangor ini, tetapi parti baru ini dan mentor mereka DAP lebih bernafsu dan berminat menyerang PAS dan hari ini PKR.

Adalah diyakini rakyat khasnya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan muslihat dan agenda jahat parti ini yang semua ketahui telah mengkhianati PAS semata-mata kerana tewas dalam perebutan jawatan.

Rakyat Selangor pasti akan bangkit mengajar puak-puak seumpama ini. Kejujuran, keikhlasan dan istiqamah dalam perjuangan merupakan kriteria dan nilai penting yang menjadi ukuran rakyat Selangor sejak 2008 lagi. Insyallah kriteria dan nilai ini akan tetap diberi perhatian.

PAS dan PKR akan bangkit mempertahankan Selangor dari anasir perosak seumpama ini.



No comments: