Apabila PAN tak amanah

Thursday, November 26, 2015



Posting ini masih lagi berada dalam FB Pengerusi PAN Kelantan Dato Wan Rahim:

YB Hj Shaari Sungip, Timb Pengurusi AMANAH S'ngor telah mengisytiharkan Calon AMANAH Parlimen Gombak dlm ceramahnya smlm..

Tiba-tiba hari ini dalam akhbar Sinar Harian Timbalan Pengerusi PAN Selangor, Saari Sungib (“pencuri” kerusi PAS DUN Hulu Klang) menafikan perkara di atas.

Kata Saari ianya salah faham. Maksud sebenar kata beliau ialah mengalu-alukan Ketua PAN Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli (“pencuri” kerusi PAS Kuala Krai)  untuk bertanding kerusi disekitar kawasan kendaliannya bukan merampas Parlimen Gombak.
Seorang cakap bertanding Parlimen Gombak, seorang lagi menafikan. “Amanah” sungguh nampaknya mereka ini. 

Kenapa Wan Rahim masih kekalkan postingnya dan kenapa Saari tidak menyatakan yang keliru dan salah faham tu Wan Rahim atau memang tidak ada koordinasi dalam parti ini kerana mereka pun masing-masing tidak tahu ke mana nak dituju. Bas tiada destinasilah katakan.

Kata Saari:

“Saya tak sebut pun akan cabar kerusi Parlimen Gombak. Maksuda saya suruh Dr Hatta cuba tanding kerusi parlimen Titiwangsa tapi orang salah faham kata Gombak” 

Siapalah yang menipu agaknya?

Saari juga menegaskan yang PAS tidak akan bertanding lawan calon-calon PKR tetapi sebaliknya akan bertanding di kerusi milik PAS.

Terima kasihlah Saari kerana PAS memang akan pertahankan semua kerusinya termasuklah Tititwangsa dan Hulu Klang yang anda “curi”. Hairan kenapa pula Dr Hatta lari meninggalkan parlimen Kuala Krai? Macam tak yakin sahaja pada kemampuan peribadi.

Belajar-belajarlah cakap betul PAN.

0 comments: