Wakil rakyat itu hamba rakyat
Isunya tidak berpuashati dengan pembinaan menara telokomunikasi yang ditempatkan di kawasan mereka, iaitu di Solok Sungai Pinang, berhampiran Georgetown. Lalu mereka memanggil satu majlis dengan menjemput ahli EXCO yang berkaitan beserta wakil rakyat kawasan mereka untuk hadir. Maka datanglah Dr Teng Hock Nan, Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Hubungan Kaum (beliau juga Naib Presiden Gerakan dan kebetulan abang kepada ADUN DAP Sg Pinang di Selangor, YB Teng Chang Khim).
Saya mengambil berita dari NST ini untuk menunjukkan betapa berkuasanya rakyat sebenarnya. Tidak seperti persepsi sebahagian masyarakat Melayu kita seolah wakil rakyat itu Tuan Besar, wakil rakyat itu penentu segala-galanya. Sedangkan kita selalu lupa tanpa undi dan sokongan kita, dia sekadar seorang calon yang silap gaya boleh dtewaskan atas kehendak kita.
Berbalik kepada kisah 150 orang penduduk yang rata-rata terdiri dari masyarakat Cina di Solok Sungai Pinang. Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan menara itu ditempatkan behampiran kawasan penempatan mereka. Tetapi ahli EXCO yang hadir enggan melayan tuntutan mereka (agar menara itu dipindahkan ke tempat lain).
Akhirnya apabila mereka mencuri kesempatan untuk bertanya berkenaan hal lain, EXCOP tersebut enggan menjawab dan bangun meninggalkan dewan.
Menurut NST ketika kejadian itu berlaku, mereka yang hadir menyorak marah dan melimparkan berbagai kata-kata antara lain:
YB tipu. Apa jenis ahli politik ini?
Malah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk berkata kepada NST:
Seorang ahli politik yang baik sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat dari yang lain-lain. Namun dia (Dr Teng) telah membelakangkan kami, ini sungguh mengeciwakan.
Demikianlah nasib ahli EXCO di Pulau Pinang. Masyarakat Cina terbutki menjadikan wakil rakyat itu bertanggungjwab tersu kepada mereka. Yang lain bagaimana? Saya menjangkakan jika beginilah trend nya tidak mustahli penduduk di kawasan ini dan mungkin sebahagian besar yang lain di Pulau Pinang akan menolak Gerakan dan konco-konconya. Yang lain di luar Pulau Pinang bagaimana? Yang wakil rakyatnya Zakaria Mat Deros macam mana?g
No comments:
Post a Comment