Tuesday, July 03, 2007

Syabas Tan Sri KPN

Syabas di ucapkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana dilanjutkan lagi khidmatnya sebagai pegawai tertinggi PDRM oleh Perdana Menteri semalam. Tan Sri Musa yang sepatutnya bersara wajib September ini dilanjutkan tempuh khidmtanya oleh Redana Menteri ke satu tempuh yang belum ditetapkan.


Menurut Dollah beliau mengambil tindakan ini bagi membolehkan Tan Sri Musa meneruskan agendanya memerangi jenayah dan memantapkan integriti pasukan polis.

Tindakan PM melanjutkan tempuh khidmat Tan Sri Musa ini bermakna menyekat kenaikan pegawai-pegawai kanan polis yang lain. Kerana satu jawatan yang sepatutnya kosong tidak dikosongkan maka berpuluh-puluh yang menunggu di belakang terpaksa menunggu lebih lama. Ini bagi saya sesuautu yang tidak sihat dalam pada kita mahu membentuk modal insane yang berguna buat Negara.

Namun segala-galanya prerogatif PM dan Tan Sri Musa bolehlah dianggap bertuah.

Apa pun kita mengharapkan agar Tan Sri Musa akan menggunakan tempuh masa lanjutan ini untuk benar-benar mengembalikan profesionalisma pihak polis. Semasa ditemuramah WTV8 baru-bari ini bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, seorang veteran polis yang terbilang, Dato Seri Yuen Yuet Leng telah melahrikan kebimbangannya bahawa pasukan polis pada hari ini telah lari menyimpang dari matlamat asal mereka.

Kata beliau kuasa pihak polis itu begitu besar malah dari segi prinsipnya hatta Perdana Menteri pun boleh ditahannya jika disyaki melakukan kesalahan.

Polis sesungguhnya adalah suatu instrumen penting dalam proses demokrasi. Tugas sebagai pengawal dan penjaga ketenteraman dan keselamatan awam harus dilakukan tanpa prejudis dan dilihat bias pada mana-mana pihak. Tugas polis paling kritikal ketika pilihanraya dan saya percaya Dollah melanjutkan khidmat Tan Sri Musa kerana mahu beliau yang menjadi Commanding Officer semasa pilihanraya nanti.


Kalau kerana yakin kemampuan Tan Sri maka Dollah mengambil tindakan itu maka kita berharap agar Tan Sri Musa akan membuktikan kemampuan dan profesionalisma beliau dan pasukan polis di bawahnya semasa PRU nanti, tetapi jika kerana Dollah yakin yang Tan Sri boleh beliau arahkan untuk menyebelahi pihaknya semasa PRU lalu dilanjutkan khidmat beliau maka kita berdoa semoga Tan Sridiberi kekuatan untuk membuktikan yang beliau berkhidmat kerana Allah dan Muhammad yang tertera pada logo PDRM itu!


Syabas sekali lagi Tan Sri.

No comments: