Gejala murtad meruncing dan PM tidak tahu puncanya
Saya perhatikan akhabr Utusan dan Berita Harian pagi ini tidak menyentuh isu ini. Ianya merupakan respon Perdana Menteri terhadap soalan yang diajukan oleh wartawan setelah merasmikan Persidangan Akademi Fekah Islam Antarabangsa ke 18 di Putrajaya semalam.
Muka depan akhbar The Star membawa tajuk:
PM: Find out grouses of those wanting to leave Islam
(PM: Cari punca mengapa ada yang mahu meninggalkan Islam)
Manakala NST muka dua membawa tajuk:
Religious authorities should listen to grouses
(Pihak berkuasa agama mesti mendengar rungutan)
Dan The Sun muka empat:
Abdullah tells religious depts: Listen and help
(Abdullah memaklumkan pejabat-pejabat agama agar dengar dan bantu)
Saya tidak pasti mengapa Utusan dan Berita Harian tidak membawa berita ini, mungkin kawan-kawan disana boleh jelaskan.
Menurut akhbar-akhbar berbahasa Inggeris ini Abdullah ditanya oleh wartawan apakah puncanya sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganut Islam yang memilih untuk meninggalkan agama tersebut (satu ketika dahulu Mufti Perak pernah mendedahkan masalah ini, tapi siapa yang mahu mendengar cakap Mufti)? Dan jawapan spontan Dollah adalah:
I dont know why suddenly this thing keeps coming up, one after another.
(Saya sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba kes seumpama ini muncul satu demi satu)
Tambah Dollah lagi:
This is a matter for the religious department. We talk to them and ask anything we (can do to) help you.
(Ini(Ini masalah pejabat agama. Kita mesti berbincang dengan mereka (yang mahu tinggalkan Islam) dan bertanya apakah yang boleh kita bantu)
Isunya adalah isu besar iaitu melibatkan agama dan penganut Islam. Gejala murtad sudah menjadi bahan yang disensasikan oleh pihak media tempatan dan antarabangsa sehinggakan ada pihak yang menuntut agar sesiapa sahaja yang mahu meninggalkan Islam diberikan laluan kerana ia sebahagian dari hak asasi individu berkenaan.
Dan tiba-tiba apabila diajukan isu ini kepada Dollah selaku PM beliau boleh sekadar berkata tidak tahu?!
Saya yakin dan percaya tidak ada seorang pun individu Muslim dalam negara ini yang seronok atau senang hati melihat dan membaca berkenaan kewujudan gejala ini sejak kebelakangan ini. Kita kasih dan sayang kepada agama dan aqidah kita lalu apabila ada diantara kita yang memilih untuk meninggalkannya untuk kepercayaan yang lain, atas apa juga sebab, sudah tentulah kita akan berasa cemas dan bimbang.
Dan semua kita akan tertanya-tanya apakah pihak berkuasa agama iaitu sebahagian dari apparatus atau jentera kerajaan (yang dipimpin Dollah) tidak berkuasa atau tidak mampu menghalang dan menghentikan sama-sekali gejala yang mencemas dan memalukan ini?
Kita ada hak untuk bertanya demikian kerana urusan pentadbiran agama diamanahkan kepada mereka, akan tetapi apabila PM sendiri yang bertanyakan perkara yang sama, sudah pasti ini mencerminkan sah sesugguhnya wujud banyak kelompongan dan kelonggaran, kerana PM sendiri pun seakan terpinga-pinga.
Pencetus dan pencipta Islam Hadhari pun kelihatan seolah tidak berupaya menangani isu ini. Hairan empat PM sebelum ini tiada seorang pun lulusan agama atau mempunyai latarbelakang keluarga berpendidikan agama, tetapi tidak pula dizaman mereka isu gejala murtad ini menjadi isu serisu sebagaimana pada hari ini.
Jelas isu ini gagal dikawal dan diselesaikan oleh kerajaan melalui pihak berkuasa agama. Kalau ulamak dan pakar sedunia boleh kita jemput untuk membincangkan perkara berkenaan fekah atas nama Persidangan Islam Antarabangsa, mengapa di dalam negara kita ini seluruh badan dan gerakan Islam termasuk parti-parti politik dan NGO tidak dipanggil berbincang bagi mengatasi masalah yang meruncing ini!
Bayangkan perasaan umat Islam (sesiapa yang sempat menonton dan mendengar) apabila mendengar Siti Fatimah Abdul Karim atau Revathi yang baru keluar dari Pusat Pemurniaan Akidah , tempat beliau ditempatkan selama hampir 180 hari terus mengatakan:
Saya semakin benci kepada Islam
Dimanakah kelemahan dan kekurangan kita, dan PM sekadar boleh mengatakan beliau tidak tahu puncanya! Mungkin kerana itulah Utusan dan Berita Harian tidak berselera untuk melaporkannya.
No comments:
Post a Comment