Dalam diam isu Negara Islam rupanya terus hangat
Artikel saya di dalam Blog ini yang bertajuk: Pengisytiharan Negara Islam, Najib dicabar MCA rupanya telah turut dimuatkan dalam beberapa laman blog lain termasuklah di Malaysia Today.
Kalau boleh saya permudahkan tulisan saya itu:
Pertama: Saya cuba mengutarakan bahawa baru sahaja Najib menyebut yang Malaysia ini sebuah Negara Islam dan bukannya Negara Sekular, Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang terus bangkit menyengat, yang bagi saya membuktikan yang Kit Siang memang tidak senang dengan apa yang sahaja yang berbunyi Islam dilontar atau dibincangkan diperingkat nasional.
Kedua: Saya cuba membawa gambaran bahawa kenyataan beberapa pimpinan Mca, sebuah kerabat terkanan Umno dalam BN membuktikan pertentangan terbuka MCA bukan terhadap Najib selaku Timbalan Presiden Umno tetapi sebenarnya kepada Najib sebagai TPM yang baru sahaj ketika itu menyampaikan teks ucapan PM.
Ketiga: Saya bermaksud (bila saya menulis: Walaupun saya secara peribadi mungkin tidak selesa dengan versi berbeza Najib apabila membandingkan Islam BN dan Islam di Kelantan) bahawa Najib cuba mengemukakan suatu gagasan Islam yang belum pun diberi penjelasan dan huaraiannya tetapi telah diserang lalu saya mengajak Pemuda Umno, Putera Umno dan lain-lain dari Umno agar bangun mempertahankan PEMIMPIN MEREKA, saya tidak mengajak orang Melayu kesemuanya bangun, cuma orang Umno jika mereka masih taat dan sayangkan pemimpin mereka.
Keempat: kerana jika sesama Umno tidak berani membela bermakna mereka rela dan redha yang Malaysia ini Negara Sekular (yang pastinya mengembirakan Kit Siang, Ka Chuan dan suku sakat mereka).
Kesmipulannya artikel saya sekadar ingin membawa perhatian terhadap pengisytiharan Najib itu dan tentangan yang diterimanya dari kalangan rakan-rakannya. Tetapi komen yang dibuat terhadap artikel saya ini dari para pengunjung Malaysia Today, begitu kasar dan cuba melarikan diri dari asas yang utama. Saya sedikit pun tidak marah menerima komen-komen seumpama ini, walaupun ada yang lucah dan biadap (yang tidak saya terbitkan di sini), kerana bagi saya komen-komen yang bernas mencerminkan tahap kematangan mereka manakala yang penuh beremosi sekadar membuktikan yang ramai mereka sebenarnya sehaluan dan sekapal dengan karekter umpama Kit Siang dan rakan-rakannya yang sebenarnya menembak gajah mengunakan peluru kapur.
Bacalah sebahagian dari komen-komen pengunjung Malaysia Today:
Deep wrote:
Of course there is a difference when the statement 'Malaysia is an Islamic state' is uttered by DPM when compared to say the PAS president. The PM/DPM are ruling the country and not PAS. Hence, the connotation and impact is entirely different on who makes these type of statements. This Roslan guy, come on, justify to everyone why Malaysia IS an Islamic state. Where in the constitution does it say so?
20/07 15:53:56
rakyatmalaysia wrote:
roslan,you are one example of people following emotion instead of using brain
20/07 16:12:43
wargabebas wrote:
rakyatmalaysia wrote:"roslan,you are one example of people following emotion instead of using brain "Benar, setuju 100%!
20/07 17:30:44
DontPlayGod wrote:
Roslan SMS,Dont just support your fellow Malay leader just because he is a Malay. But if he has uttered something controversial that touches on the destiny of our nation and her rakyat then the rakyat must speak up. Dont just ask the Malays to support anything your Malay leader say blindly. Use logic and reason. I am sorry to see this coming from you, a respected blogger.What the non-Muslims say(and maybe also shared by some Muslims) is valid and logical, and if this is so, then you must also, as a mature blogger, support us. I repeat, dont just support your leaders blindly, unless you are also an extremist yourself.
20/07 19:00:55
badshah wrote:
"Kalau kenyataan ini terbit dari mulut Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang atau Tuan Guru Nik Abd Aziz, lalu ia diserang oleh pihak-pihak ini, ianya sesuatu yang biasa. Tetapi apabila seorang Timbalan Perdana Menteri diserang bukan hanya oleh sebuah PARTI CHAVUNIS umpama DAP tetapi juga oleh kaum kerabatnya dalam BN dan NGO-NGO bukan Islam, ternyata:yang chavunis ialah umno dan pas
20/07 20:05:49
No comments:
Post a Comment