Akhbar The Sunday Star hari ini melaporkan Blogger yang tidak asing lagi iaitu Sdr Jeff Ooi yang dikenali dengan Laman Blognya Screenshots akan menyertai parti DAP pada hari Selasa ini. Jeff, anak kelahiran Kedah, dikatakan akan dipilih sebagai calon DAP untuk kerusi Parlimen Puchong dan DUN Kinrara, Selangor dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Langkah para Bloggers yang non partisan sebelum in,i menyertai parti-parti politik dilihat sebagai satu perkembangan baru yang sangat menarik dalam politik Malaysia yang semangat hangat akhir-akhir ini. Sebenarnya blogger pertama yang memilih untuk menzahirkan pendirian politiknya adalah Sdr Syed Azadi yang terkenal dengan blognya Kickdefella. Sheikh sekarang berkhidmat dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu, iaitu di bawah kerajaan PAS.
Mungkinkah dengan perkembangan serangan terhadap para Blogger dan pemilik laman web oleh BN khususnya Umno kebelakangan ini akan melihat ramai lagi para Blogger menzahirkan pendirian politik masing-masing secara terbuka?
Mungkin selepas ini Sang Kelembai, Rocky, Raja Petra dan Annuar Mohd Nor akan menunjukkan belang politik masing-masing pula.
Yang jelasnya penyertaan Jeff dan sebelum ini tokoh korporat IT, Tony Pua serta beberapa para profesional bukan Melayu ke dalam DAP pasti akan makin mengukuhkan kedudukan DAP dan melebarkan lagi harapan mereka untuk cemerlang dalam PRU nanti.
Bagi saya perkembangan terbaru ini merupakan petanda betapa Perang Siber Umno sesungguhnya lebih memudaratkan dari menguntungkan mereka. Jangan pandangan kecil jumlah pelawat dan pengunjung laman-laman web dan blog yang Umno anggap musuh ini. Sekiranya mereka menurut citarasa penulis yang mereka minati pasti padah akan menunggu BN dan Umno dalam PRU nanti. Bayangkan jumlah pengunjung Malaysia Today, Screenshots, Umno-Reform dan lain-lain semuanya pakat mengundi pembangkang PRU nanti, mungkinkah kita akan menyaksikan lanskpa politik baru Malaysia pasca 50 tahun Merdeka.
Tahniah Jeff dan cepat-cepatlah buat keputusan kepada yang lain-lain.

No comments:
Post a Comment