Bonus kakitangan awam: PM tidak tahu
Dua hari lalu Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan Menteri Kewangan II Nor Mohamed Yakcop yang menyatakan bahawa kerajaan berhasrat mengekalan pembayaran bonus kepada kakitangan awam untuk bajet tahun hadapan walaupun kakitangan awam baru sahaja melalui kenaikan gaji.
Sudah pastilah kenyataan ini disambut baik oleh mereka yang berada disektor awam walaupun rakan-rakan disektor swsta akan berasa terkilan kerana tuntutan mereka untuk gaji minima sehingga kini tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan.
Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah reaksi PM Dollah Badawi apabila ditanya oleh pemberita berkenaan apa yang disebutkan oleh Nor Yakcop itu, kata PM beliau belum dapat apa-apa laporan dari Menteri Kewangan II itu lagi, satu jawapan yang bunyinya biasa saja kita dengar sejak Dollah menjawat jawatan PM kira-kira 3 tahun lalu.
Dollah disamping PM adalah juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Menteri Kewangan.
Tidakkah lucu, sedih dan aib bunyinya apabila seorang Ketua Eksekutif Negara memberikan respon seumpama itu terhadap satu cadangan besar sebegitu rupa. Mungkin ada yang mahu mengatakan bahawa Dollah ikhlas dan bersedia berkata tidak tahu dalam perkara yang beliau betul-betul tidak tahu.
Saya tidak pasti tentang yang lain tetapi bagi saya negara memerlukan seorang PM yang hands on, yang peka tentang perjalanan pentadbiran negara dan seorang PM yang in command. Negara kita dikatakan sedang menuju status Negara Maju, sudah pastilah pimpinan kita perlu berada dalam lingkungan minda dunia kelas pertama jika benar mereka berhasrat memandu dan memimpin kita ke arah kemajuan
Nampak gayanya PM yang kita ada ini berbeza sama sekali dengan PM-PM kita sebelum ini. Apalah nasib kita?
(Sementara itu apa dah jadi dengan memorandum setebal 600 lebih muka yang diserah oleh Pengerusi GERAK Ezam M Nor kepada Dollah yang mensabitkan seorang Menteri Kabinetnya?)
No comments:
Post a Comment