Friday, July 27, 2007

Bila Anak Raja Bugis isytihar PERANG

Semalam saya menziarahi abang saya disalah sebuah hospital swasta di sini. Beliau menjalani pembedahan untuk merawat bahunya yang sakit sejak kebelakangan ini. Di sana saya bertemu dengan beberapa kenalan lain yang turut menziarahi beliau.

Perbualan kami yang bermula dengan keadaan abang saya akhirnya menjadi rancak apabila masuk ke bab politik. Dan apalagi yang hangat satu dua hari ini jika tidak kes membabitkan penulis dan pengkritik politik terkenal iaitu Raja Petra pengendali laman web Malaysia Today. Raja Petra dua hari lalu disiasat oleh pihak polis ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas MB Selangor yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia, Mat Taib. Mat Taib mendakwa satu posting dalam Malaysia Today berserta komen pembacanya mengandungi perkataan yang menghina Islam dan Yang Dipertuan Agong serta mampu mencetuskan huru hara dan ketegangan kaum.


Kami berbual bekenaan posting terbaru Raja Petra yang mengisahkan berkenaan mutaah yang dibayar oleh Mat Taib kepada bekas isterinya yang dicerai iatu Ku Yah ataupun Tengku Puteri Zahariah. Menurut Raja Petra beliau memiliki salinan fotostat cek bernilai RM12 juta yang dibayar oleh Mat Taib. Menurut Raja Petra cek itu telah difotostat oleh Almarhum Sultan Selangor (ayahanda Ku Yah) dan telah pernah ditunjukkan kepada PM ketika itu Tun Dr M.

Kebetulan mereka yang berbual dengan saya itu semuanya mengenali Mat Taib dan Ku Yah lalu semakin hangat dan sensasilah perbualan kami itu. Ada yang mengatakan mutaah sebenar yang dibayar oleh Mat Taib bukannya RM12 juta tetapi sebeanarnya RM22juta!

Yang kami musykilkan dan saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, bagaimana seorang MB boleh mampu membayar wang sebanyak itu untuk mutaah tadi? Itulah kemuskilan Almarhum Tuanku ketika ditunjukkannya salinan cek kepada Tun Dr M dahulu, malangnya sehingga kini persoalan ini tidak terjawab. Dan kebetulan kerana Mat Taib membuat laporan terhadap Raja Petra, lalu anak Raja Bugis itu bertindak balas dan kini terselak kembali pekung busuk Mat Taib itu. (Kebetulan ayah saya juga keturunan Bugis, tapi bukan anak Raja)
Tetapi Mat Taib sekarang bukan lagi MB Selangor. Beliau kini dilantik oleh PM Dollah Badawi sebagai seorang Senator dan Ketua Penerangan Umno Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya.

Bolehkah sesiapa membantu menjelaskan kemampuan Mat Taib memperolehi wang sebanyak ini kerana dah berpuluh tahun kes ini berlalu tetapi nampaknya BPR dan Polis seakan tidak berminat, lalu kesahihan samada wang sebanyak itu yang dibayar oleh Mat Taib kepada Ku Yah adakah datang dari sumber yang dibenarkan oleh udnang-undang atau sebaliknya tidak terjawab sehingga ke hari ini.
Mengapa kita membenarkan perkara seperti ini berlalu begitu sahaja? Saya kira menyalahgunakan kedudukan dan rasuah oleh mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan lebih mengancam kestabilan negara, serta maruah dan harga diri bangsa Malaysia berbanding dengan ancaman yang kononnya datang dari tulisan para bloggers!
Sementara itu di muka depan NST hari ini dilaporkan seorang pegawai kanan polis disiasat kerana memiliki harta luar biasa iaitu sebanyak RM27 juta (lebih RM5juta dari nilai mutaah yang didakwa dibayar oleh Mat Taib kepada Ku Yah).

Makin hancur dan terhakislah maruah bangsa dan negara nampaknya.
(Anak Raja Bugis di UK macam mana?)

No comments: