Selamat datang ke Negara Islam Malaysia
Kata Najib Tun Razak, PAS ada versi Negara Islamnya sendiri manakala Malaysia di bawah BN juga ada tafsiran Negara Islamnya sendiri. Malaysia kata Najib bukan sebuah negara sekular. Malaysia kata Najib adalah sebuah Negara Islam.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa sampai ada dua jenis Negara Islam?
Saya tidak berapa nampak akan Negara Islam Malaysia dari sudut praktiknya, tetapi di Kelantan walaupun versinya tertakluk kepada apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan tetapi praktiknya nampak.
Di Kelantan orang kebanyakan tidak boleh minum arak, apa lagi menjadi pelayan, cashier , GRO dan seumpamanya. Di Kelantan arak hanya dibenarkan kepada masyarakat bukan Islam, itupun dengan syarat dijual dipremis tertentu. Negara Islam di luar Kelantan?
Di Kelantan kerajaan negeri tidak mengizinkan premis kedai judi. Magnum, Toto dan sebagainya semuanya tidak dapat beroperasi di seluruh Kelantan. Judi itu haram untuk umat Islam dan judi itu juga bukan budaya mana-mana masyarakat dan agama pun di negara kita. Negara Islam di luar Kelantan?
Di Kelantan juga ada konsert hiburan. Tetapi settingnya sangat berbeza dari tempat-tempat lain. Tiada pergaulan bebas, akhlak dan moral terpelihara. Malah biasanya konsert anjuran kerajaan negeri dimulakan dengan solat berjemaah oleh para hadirin termasuklah artisnya sekali. Negara Islam di luar Kelantan?
Di Kelantan program-program ilmu dan agama diberi promosi besar-besaran. Kelantan baru sahaja melancarkan bulan semabhayang, acara tahunan kerajaan negeri. Di bulan Ramadhan, solat tarawih diadakans ecara terbuka dan sungguh meriah. Negara Islam di luar Kelantan? (Sehingga menangkap para pendakwah)
Di Kelantan tiada rumah urut yang lebih merupakan sarang maksiat, tiada kelab malam, tiada pusat-pusat maksiat. Negara Islam di luar Kelantan?
Di Kelantan MBnya bukan hanya memelihara dan mendidik akhlak rakyatnya, malah para pimpinan negeri diasuh agar memiliki nilai moral yang tinggi. Tiada wakil rakyat Kelantan yang terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa. Tiada isteri pimpinan negeri yang tidak menutup aurat sebagaimana yang ditentukan oleh syariat. Negara Islam di luar Kelantan?
Senarai ini boleh diteruskan berjela-jela lagi tetapi itulah hakiatnya, patutlah Najib mengatakan demikian. Versi Kelantan jelas, cuma yang tak jelas adalah negara Islam BN.
No comments:
Post a Comment