Sunday, July 29, 2007

Siapakah yang lebih GOBLOK dan MONKEY sebenarnya?

Mengapa saya menulis di blog ini?

Saya menulis kerana pertamanya Perlembagaan Negara ini menjamin hak kebebasan bersuara rakyatnya. Lalu sebagai seorang warganegara Malaysia saya merasa terpanggil unuk mencoretkan pandangan dan kritikan saya melalui blog saya dalam menyumbang ke arah pembinaan sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.

Tetapi kebanyakan hasil tulisan saya di blog ini mengkritik kerajaan dan pimpinan parti pemerintah?

Sejak bilakah rakyat Malaysia tidak berhak mengkritik kerajaan dan pimpinan parti pemerintahnya? Sesedar saya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi walaupun demokrasi itu sendiri pincang dan tempang dikerjakan oleh mereka yang berkuasa. Sejak bila pula kita bertukar dari demokrasi ke kuku besi?


Saya kira ramai diantara penulis blog dalam negara menulis dengan tujuan yang sama sebagaimana saya. Tidak ada lain hasrat dan matlamat kami melainkan melihat terbina dan terbentuknya sebuah negara Malaysia yang demokratik yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang amanah, bertanggungjawab dan bertaqwa.

Kerana itu saya menulis bagi meyakinkan para pembaca saya bahawa telah tiba masa dan ketikanya melalui ruang demokrasi yang kita amalkan, agar kita membuat perobahan demi menjamin nasib dan masa depan yang lebih baik untuk agama, bangsa dan negara.

Kata Menteri Penerangan Zainuddin Maidin:

Rakyat perlu bijak mengenal pasti laman blog kerana terdapat kalangan penulis laman blog yang GOBLOK hingga sanggup menjadi alat kepada anasir asing menjatuhkan negara.

Saya tidak faham bagaimana seorang yang berstatus Menteri Kabinet Malaysia boleh mengeluarkan perkataan sebegini rupa. Apakah tidak malu kepada dunia antarabangsa yang melihat dan menilai kita? Beginikah IQ seorang menteri yang menjaga portfolio penerangan? Dan sementara itu BERNAMA juga melaporkan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang juga menantu PM Khairy Jamaluddins ebagai berkata:

There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the MONKEYS behave.

Tidak ada undang-undang di alam maya melainkan peraturan hutan rimba. Oleh itu tindakan perlu diambil terhadap MONYET-MONYET ini agar mereka berperangai baik.

Kalau Khairy mahu menengok MONYET manusia yang sebenar, beliau boleh duduk di galeri Dewan rakyat dan lihat bagaimana sebahagian ahil-ahli BN berhujah. Itu dalam insitutis penggubal undang-undang negara, lengkap berperaturan. Dan untuk maklumat Khairy MONKEYS can never behave, takkan itupun beliau tidak tahu!

Kerana negara pada hari ini dipimpin oleh mereka yang seumpama Zainuddin dan Khairy inilah maka saya dan saya percaya rakan-rakan lain berasa bertanggungjawab untuk menulis dan membentuk pemikiran rakyat setakat mana yang kami mampu. Orang-orang seperti inilah yang mengawal media saluran perdana, akhbar, radio, TV. Kami sekadar beepecak silat di gelanggang maya, itu pun sudah dicap GOBLOK dan MONYET.

Kalau blog saya masuk dalam kaegori GOBLOK sebagaimana didakwa Zainuddin itu, saya rela dan redha. Dan kalau kerana tulisan saya maka saya dikategorikan oleh Khairy sebagai MONKEY, terima kasih saya ucapkan. Biarlah GOBLOK atau MONKEY sekalipun namun kerja ikhlas untuk melawan dan menongkah arus busuk dan kotor ini akan terus kami lakukan demi memastikan negara tidak lagi diterajui oleh insan yang lebih GOBLOK dan MONKEY seumpama Zainuddin dan Khairy ini.

Sticks and stones may break my bones but words can never harm me.

No comments: