Saranan Tuan Guru MB Kelantan agar calon-calon PAS nanti hanya dipilih dikalangan mereka yang tidak merokok terus menjadi polimik pihak-pihak tertentu. Bagi yang celik akan cepta menangkap bahawa gesaan Tuan Guru MB Kelantan itu adalah bagi membuktikan yang PAS serius dalam sekecil-kecil perkara sehinggalah kesebesar-besarnya apabila melibatkan Islam terutama dalam hal dan perkara yang melibatkan pemilihan kepimpinan.
Itu PAS, itu hal rumah tangga PAS, apa pun saranan atau gesaan itu dilihat sebagai membutkikan yang PAS cakap serupa bikin. Mereka mendukung parti Islam, maka sewajarnyalah apabila Islam melarang perkara-perkara yang memudaratkan tubuh badan, maka ia perlu dihindari, samada haram atau makruh hukumnya. Dan mereka juga mendukung kempen anti merokok, samada diperingkat negeri atau oleh wakil-wakil rakyat mereka khasnya di Parlimen, maka kalau dah sokong perlulah juga melaksana. Jangan sokong bermuka-muka, tapi diri sendiri dikecualikan.
Semalam akhbar The Star menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan saranan Nik Aziz itu. Kata Guan Eng, DAP bukanlah penjaga moral masyarakat (moral guardian of the people), oleh itu ia tidak akan mengenakan larangan yang sama. Kata Guan Eng lagi walaupun rakyat digalakkan berhenti atau mengurangkan tabiat merokok namun moral ataupun akhlak seseorang tidak seharusnya dihukum semata-mata kerana seseorang itu merokok atau minum arak.
Nampak gayanya Guan Eng seorang yang pantang diminta komen, belia cenderung melompat dan berkuntau atas apa sahaja isu yang dilontarkan kepadanya, barangkali kehausan publisiti sangat anak jantan Kit Siang ini.
Bukankah apa yang Mursyidul Am PAS itu cadangkan adalah untuk calon-calon partinya, mengapa DAP yang sibuk-sibuk, sejak bila pula DAP ada saham dalam hal-ehwal dan urusan PAS?
Bagaimana sebuah parti politik yang kononnya mahu mempertahankan demokrasi dan melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaulat tidak meletakkan pemeliharaan moral masyarakat sebagai agendanya? Semasa ahli-ahli Parlimen BN mempersendakan wakil Batu Gajah Cik Fong Po Kuan atas isu BOCOR tempoh hari, DAP melenting memperkatakan yang ahli-ahli BN merendahkan martabat kaum wanita, apakah itu bukan menetapkan suatu peraturan moral bunyinya?
DAP mungkin tidak meletakkann isu moral sebagai agendanya, itu hak mereka, sebagaimana PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam juga mempunyai haknya.
Kemudian dalam NST hari ini seorang lagi pantang diminta komen turut terjun dalam gelanggang polemik ini. Kali ini Nazri Tan Sri Aziz, ahli MT Umno. Apabila diminta memberikan komen terhadap saranan Nik Aziz itu Nazri berkata: RUBBISH!
Kononnya saranan Nik Aziz itu semata-mata taktik politik untuk memastikan PAS menang tanpa bertanding!? (He said it was a ploy to win seats unopposed). Barangkali asap rokok telah banyak mempengaruhi kewarasan hujah Nazri ini! Kata Nazri mereka mahu menang tanpa bertanding kerana mereka tahu kami semua (BN) merokok!
Kata Nazri lagi (dan saya harap pihak Kementerian Kesihatan dan PM ambil perhatian kerana bagi saya ini merupakan satu kenyataan yang menetang usaha ataupun kempen kerajaan, oleh seorang Menteri Kabinet):
Nazri argued for freedom of choice, saying that smoking was not wrong as long as smokers did not indulge in their habit in places where it was prohibited. Smoking is not something bad. Its not taking drugs. The only concern is that smoking causes cancer.
Nazri menegaskan bahawa (amalan merokok) merupakan kebebsan masing-masing, merokok bukanlah salah selagi si perokok tidak merokok di kawasan larangan. Merokok bukanlah sesuatu yang buruk. Ia bukannya macam mengambil dadah. Hanya kebimbangannya bahawa ia mengakibatkan barah.
(Nazri mengakui beliua sendiri merokok)
Rupanya saranan Nik Aziz untuk kalangan ahli-ahlinya telah membuka pekong besar terhadap mereka yang seumpama Nazri ini. Kalau beginilah sikap dan perangai seorang menteri dalam kabinet Dollah Badawi, maka jelaslah memang ramai yang HALF PAST SIX dalam kabinet Malaysia hari ini. Saya yakin kenyataan Nazri ini merupakan suatu serangan terhadap Kempen Anti Merokok kerajaan dan bukannya sangat terhadap Nik Aziz atau PAS.
Tahniah Guan Eng dan Nazri, sekarang rakyat Malaysia dapat melihat kualiti pemimpin yang ada dalam PAS, DAP dan Umno/BN.

No comments:
Post a Comment