Dari kempen TAK NAK kini pihak Kementerian Kesihatan melancarkan pula kempen JOM TAK NAK MEROKOK. Katanya ada perbezaan antara kempen pertama dan yang ini, tapi bunyinya macam sama sahaja. Yang pasti dengan kempen baru maka akan muncullah bajet baru untuk membiayanya. Berjaya atau tidak kempen itu tidak penting, yang penting bajet yang ada mesti dibelenjakan sehingga habis!
Kalau tidak silap kempen TAK NAK dahulu menelan belanja lebih RM20 juta, tak tahulah JOM TAK NAK MEROKOK ini berapa pula bajetnya.
Berbalik kepada masalah merokok dalam negara menurut Kementerian Kesihatan jumlah bilangan perokok dalam Negara kini mencecah 3.1 juta orang (walaupun dah belanja RM20 juta)dengan 24% daripada mereka memulakan tabiat ini sejak dari sekolah rendah lagi. Bermakna kempen TAK NAK tidak berjaya dan kini kena perkenalkan pula kempen baru.
Berjayakah kita membendung tabiat ini dikalangan anak-anak remaja kita khususnya yang masih berada di bangku sekolah? Saya perhatikan dari pengalaman saya sendiri anak-anak sekolah (terutama sekolah-sekolah menengah) sudah tidak segan silu lagi merokok dalam keadaan berpakian seragam sekolah lengkap dengan lencana sekolah lagi!
Sama sahaja antara pelajar lelaki dan perempuan. Pihak sekolah seakan telah hilang daya dan kuasa untuk membendung tabiat buruk ini. Seingat saya semasa tahun 70an dahulu disiplin di sekolah-sekolah begitu ketat. Memang ketika itu pun ada pelajar sekolah yang merokok tetapi ianya dilakukan dalam keadaan bersorok-sorok dan kalau boleh pakaian seragam sekolah disembunyikan semasa merokok.
Tetapi tidak sekarang!
Rupa-rupanya di bawah Peraturan Pengawalan Produk Tembakau 2004, sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun yang merokok boleh didenda sehingga RM1,000. Kenapa pihak sekolah tidak melancarkan operasi besar-besaran dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi menguatkuasakan peraturan ini? Memang pelajar manalah ada duit nak membayar denda tetapi sekurang-kurangnya ibu-bapa masing-masing maklum dan semua pihak nanti lebih berhati-hati dan prihatin.
Saya bimbang kita cuma ghairah dengan kempen dan slogan tetapi masalah tidak selesai-selesai malah menjadi semakin parah.
Di Singapura dan Australia kerajaannya sudah sampai ke peringkat mengharamkan merokok malah di kelab-kelab malam dan tenpat-tempat awam, kita pelajar-pelajar sekolah merokok terang-terangan pun tak mampu membuat apa-apa, lalu kita berdegar-degar bercakap berkenaan pembinaan modal insan.
Semua pihak kena terlibat serius dalam menangani masalah serius ini. Saya merasakan keberkesanannya nhanya akan terasa apabila penguatkuasaan dilancarkan secara besar-besaran dan berterusan, jika tidak lupakanlah sahaja.
Sementara itu pihak kerajaan semalam mengumumkan kenaikan duti rokok sebanyak 3 sen sebatang berkuatkuasa serta-merta. Kalau dah ketagih kalau dah hisap rokok kerana mahu menunjukkan kejantanan atau keberanian masing-masing naiklah berapa sen sekali pun orang akan hisap juga, ganja pun ada yang hisap selamba inikan pula rokok!
Pokoknya penguatkuasaan, JOM HABISKAN DUIT KERAJAAN!

1 comment:
betul sgt tu..berkempen ye2 je..duit habis berjuta2..tapi hasil xde..cube la takyah bergantung sgt dengan cukai rokok tu,bergantung pd sector lain pulak..xde la menjejaskan ekonomi pn kalo rokok tu x dijual kat malaysia ni!!
Post a Comment