Ramai mengetahui yang MB Kelantan yang dikasihi sebahagian besar rakyat Malaysia itu baru-baru ini telah ditahan di hospital kerana keletihan. Dan ramai juga tahu yang beliau telah pun beberapa hari kemudian dibenarkan pulang oleh para doktor dan pakar dengan syarat beliau berihat sekitar seminggu. Tapi ramai tidak mungkin tahu yang Tok Guru dikhabarkan enggan bercuti dan terus sahaja menjalankan tugas-tugas resminya.
Sudah pastilah ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan beliau setelah keluar hospital, bagaimana aktiviti beliau?
Dalam hal ini saya kira tidak ada orang yang lebih layak memberikan laporan melainkan sahabat saya Mohd Sayuti Omar (MSO) yang sememangnya rapat dengan tokoh ulamak ini. Saya tahu MSO rapat dengan beliau apabila membaca karya-karya MSO khasnya berkenaan Kelantan dan Tok Guru sendiri. Contohnya buku beliau:
Pilihanraya Umum ke 11 Suatu Tragedi
jelas membuktikan betapa rapatnya beliau dengan tokoh kesayangan ramai ini.
Pernah satu ketika apabila saya membuat rakaman temuramah eksklusif dengan Tok Guru di Rumah Kelantan di KL, MSO tiba-tiba masuk sedang kami melakukan rakaman. Sejurus selesai Tok Guru berkata: Ni Sayuti nak tumpang semangkuk!
Baiklah, bukan pasal MSO yang mahu saya tulis diruangan ini (beliau sejak kebelakangan ini banyak menempah kontroversi yang saya doakan agar dapat segera diubati kerana kita memiliki agenda yang lebih besar di hadapan), yang saya mahu bawa adalah perkembangan terbaru Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz, cumanya saya terpaksa menumpang semangkuk MSO kerana saya mengepilkan artikel dari blog beliau:
Merah Tinta MSO
Tulus dan ikhlasnya Tok Guru ku
KEBETULAN ketika pulang ke Kelantan minggu lepas, (Isnin) Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, (HUSM). Beliau ditahan di wad kerana keletihan. Mulanya selepas urusan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selesai terniat untuk menziarahi MB itu kerana agak lama tidak berjumpa atau mengikuti programnya.
Bagaimana pun niat itu sirna apabila kebetulan semasa minum kopi di perkarangan kompleks Mahkamah Kota Bharu, terjumpa dengan pemandu dan pengawal peribadinya. Apa yang sempat dilakukan saya hanya mengirimkan salam kepada Tok Guru menerusi kedua pegawal peribadinya itu.
Bagaimana pun niat itu sirna apabila kebetulan semasa minum kopi di perkarangan kompleks Mahkamah Kota Bharu, terjumpa dengan pemandu dan pengawal peribadinya. Apa yang sempat dilakukan saya hanya mengirimkan salam kepada Tok Guru menerusi kedua pegawal peribadinya itu.
Bebanan kerja
Alhamdulilah tidak lama Tok Guru ditahan dan beliau dibenarkan keluar dari wad. Kehadirannya di wad itu hanya rutin biasa dan doktor mahukan beliau berihat saja. Bebanan kerjanya menyebabkan MB itu mudah kelelahan dan tidak sihat.
Tengah hari semalam (9 Julai 2007) seorang kawan menelefon dan memberi tahu yang Tok Guru akan ke Kampung Beta Hilir untuk melihat proses memasukkan sejenis bahan chemical ke dalam pokok depu di kampung berkenaan. Projek memasukkan chemical ke dalam pohon depu itu merupakan satu lagi idea yang dirintis oleh Kerajaan Kelantan memanfaatkan pohon berkenana untuk dijadikan minyak wangi ataupun stanggi bagi menambahkan hasil pendapatan rakyat yang memiliki pokok berkenaan.
Tanpa banyak bicara dan membatalkan satu temujanji dengan seorang kawan, saya bergegas ke kampung Beta Hlir. Sebenarnya bukan sangat hendak melihat pohon depu dan proses yang dilakukan itu, tetapi kerana semata-mata ingin berjumpa dengan Tok Guru bagi bertanya khabar dan melepaskan kekangenan.
Rasa rindu sudah berladum dalam diri apa lagi setelah mengetahui beliau baru saja dimasukkan ke wad dua tiga hari lalu. Memang agak sudah lama tidak berjumpa dan berbicara dengannya.
Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah amalan beliau sejak berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.
Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah amalan beliau sejak berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.
Mulanya saya fikir kaset atau CDnya dipasang, tetapi selepas meninjau ke dalam baru nampak beliau sedang memberi tazkirah sambil duduk tersimpul dengan kedua belah tanganya di topang ke belakang. Beliau kelihatan begitu tidak bermaya. Menurut pegawianya sebaik saja lepas dari menemui doktor di HUSM pada tengah hari, beliau terus ke kampung Dewan Beta Hilir semata-mata kerana ingin melihat proses memasukkan chemical ke dalam pohon depu.
Sanggup hadir
Mendengar penjelasan pegawainya itu saya jadi terdesah. Betapa Tok Guru walaupun dia penat dan keuzuran namun sanggup juga hadir semata-mata hendak menyaksikan proses memasukan chemical ke dalam batang pokok berkenaan.
Padahal kalau hendak dikira, peristiwa itu tidak begitu penting apa lagi beliau dalam keadaan kurang sihat. Namun tidak siapa berani menghalangnya dan itulah sifat Mursyidul Am Pas itu beliau sanggup mengagahkan diri demi tugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.
Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.
Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.
Apa yang dapat disaksikan petang tadi mengenai MB itu sungguh menginsafkan dan sekaligus menunjuk betapa komitednya beliau kepada tugas dan tanggungjawabnya.
Biarpun dia kelelahan dan keuzuran namun amanahnya kepada Allah diteruskan juga. Menyampikan takzirah meskipun dalam keadaan yang sungguh letih menjelaskan bahawa beliau begitu jujur dengan nekadnya bahawa dakwah atau kerja menyeru manusia ke jalan kebaikan tetap diteruskan meskipun di pangking perihatan.
Sementara kegigihannya mengagahi diri bagi melihat kerja-kerja memasukan chemical ke dalam batang depu itu serta mengagahi diri menziarahi orang sakit pula menunjukkan betapa tanggungjawabnya yang dipikulnya sebagai ketua kerajaan tetap dipundaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
Tetap berkhidmat
Melihat kepada apa yang dilakukan petang semalam dapat disimpulkan bahawa beliau akan tetap berkhidmat kepada rakyat dan negeri selagi kedua belah kakinya berdaya melangkah dan mulutnya masih mampu berkata-kata untuk memberi ceramah atau pun tazkirah mengajak manusia kepada Allah.
Separuh petang itu bersama Tok Guru terasa seperti sekejap dan tidak puas. Barangkali begitu resminya kalau berada bersama seorang mulia dan hatinya yang tidak pernah terputus dari menyebut dan mengingati Allah - zikirullah. Bagi saya berada bersama Tok Guru persis berada di bawah sepohon rendang, dingin, nyaman dan sejuk serta menghiburkan.
Sewaktu menghantar kenderaan membawanya pulang, tiba-tiba saya jadi terpaku dan sebak seketika. Sambil itu di kuping telinga terngian-ngian beberapa barisan tazkirahnya yang sempat ditangkap di masjid tadi antara katanya;
Apa saja yang kita buat atas dunia ini biarlah betul dan kerana Allah. Kita bekerja kerana Allah, kita sembahyang kerana Allah, kita berumah tangga kerana Allah, kita berniaga kerana Allah, kita menjadi MB kerana Allah. Dan apa-apa juga hendaklah apa yang kita laku itu biarlah betul.
Beliau mengeluarkan kata-kata itu sambil kedua belah matanya terpejam rapat. Saya yang beberapa kali menjadi ralat untuk merakam fotonya mengira seolah-olah MB itu bercakap dan terus bercakap mengajak manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran di bawah sedarnya.
Lagaknya itu sepertilah mata air yang mengalirkan rohnya memberikan sumbernya kepada seluruh isi alam.
(Terima kasih MSO, maaf kerana tidak meohon izin terlebih dahulu. Semoga Allah berikan anda kekuatan untuk bersama kawan-kawan menghadapi musuh kita yang satu)
No comments:
Post a Comment