Bila mahu berhenti merokok?
Terlalu banyak wang kerajaan telah dihabiskan dalam kempen BERHENTI MEROKOK ini. Berbagai kempen telah dilancarkan. Malah yang menarik perhatian kita apabila perhimpunan imam-imam kerajaan baru-baru ini turut meuluskan ketetapan agar semua imam-imam ini (jika ada yang masih ada) berhenti merokok.
Kita hairan bagaimana orang kebanyakan mahu menjauhkan diri dari merokok yang disebutkan banyak mendatangkan mudarat sedangkan imam-imam masjid pun masih ada yang merokok?! Saya tidak tahu mengenai negeri lain tetapi di Selangor jelas ketika Dato Hj Ishak Baharom merupakan Mufti Negeri beliau telah mengazetkan fatwa bahawa merokok itu HARAM hukumnya.
Menyedari isu ini yang tidak kunjung selesai, MINGGUAN MALAYSIA hari ini memetik Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai menggesa agar pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat dan imam di negeri ini (Kelantan) meninggalkan tabiat merokok agar menjadi contoh kepada generasi muda.
Tambah Tuan Guru lagi:
Adalah janggal jika kalangan pemimpin sendiri terus merokok sedangkan terdapat kempen besar-besaran oleh kerajaan tentang bahaya amalan itu demi menggalakkan cara hidup yang sihat.
Sebelum ini kita pernah mendengar terdapat ahli-ahli Parlimen yang masih merokok di Bangunan Parlimen sedangkan seluruh kawasan bangunan Parlimen telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok. Betul juga kata Tok Guru, memang janggal kita yang meluluskan peraturan dan peruntukkan dalam hal LARANGAN MEROKOK ini tiba-tiba kita sendiri yang megeluarkan asap berkepol-kepol.
Dalam pada itu Tok Guru turut melahirkan harapan agar tanaman gantian tembakau (jagung dan keledek) yang sedang diusahakan agensi kerajaan agar segera dapat mengeluarkan hasil, mudah-mudahan berjaya menjadi alternatif terbaik terhadap indistri penanaman tembakau . Kelantan merupakan salah sebuah negeri pengeluar tembakau terbesar dalam negara.
Jadi kepada yang masih merokok dengan gesaan Tok Guru ini (termasuklah sahabat-sahabt BLOGGER), cepat-cepatlah usahakan agar membuang tabiat buruk itu.
(Saya tergamam minggu lepas apabila menunggu tren komuter di stesyen Subang Jaya, kerana mendapati dua orang lelaki yang turut menunggu tren lengkap berjubah dan berserban (ala tabligh) tetapi selamba mencucuh rokok, pasti mereka berdua CONFUSED antara yang haram dan sunat)
No comments:
Post a Comment