Sekeping gambar seribu makna
Apabila saya melihat gambar-gambar ini di dada-dada akhbar hari ini hati kecil saya berbisik, inilah Raja sebenar yang berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Malaysia dahagakan pemimpin apalagi Raja yang dapat menyelami hati sanubari rakyat. Bergembera dengan rakyat diwaktu senang, bersusah dan berduka bersama ketika waktu susah dan nestapa.
gambar NST
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berada sejak jam 1 petang semalam di HKL bagi menunggu ketibaan helikopter yang membawa mayat wira-wira negara yang terkorban dalam nahas Nuri Jumaat lepas. Saya tidak nafikan ada juga pimpinan lain yang hadir. Tetapi wajah kedua Tuanku mencerminkan betapa ikhlas dan concern nya mereka terhadap nasib rakyatnya. Yang terpancar dari wajah mereka tidak pula kelihatan pada yang lain.
Saya percaya terserlah wajah sejuk Raja kita kerana Raja Permaisuri Agong sememangnya mengenakan pakaian menepati syariat Islam yang sememangnya sesuai untuk semua OCCASSION atau majlis. (Tak perlulah nak berselendang memenuhi syarat hanya apabila ada kematian atau upacara keagamaan, kalau di lain tempat selendang entah ke mana.)
gambar Utusan Msia
Turut tidak kelihan adalah PM Dollah Badawi dan isteri barunya yang rupa-rupanya bercuti pula ke Australia.
Takziah kepada kaum keluarga yang berkenaan
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment