Sunday, July 01, 2007

Menteri bergelar Tan Sri dari Umno sasaran Ezam

Sejak beliau mengambil keputusan keluar dari PKR, ramai pihak telah menghapuskan sama-sekali Ezam Md Nor dari kamus politik mereka. Tidak kurang yang mengeluarkan maki-cerca dan yang seumpamanya. Mungkin ramai kecewa dengan sikap Ezam, mungkin ramai masih mahukan Ezam terus memain peranan dan membantu PKR.

Kata Ezam beliau mengambil tindakan demikian kerana memilih untuk meneruskan perjuangannya melalui GERAK, badan NGO Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi yang telah diasaskannya. Kata seorang sahabat asalkan dia tidak mengambil keputusan untuk masuk Umno, OK lah.


Bagi saya Ezam mempunyai hak untuk memilih hala tuju politiknya ataupun memilih untuk menjadi non partisan. Ezam seorang pemimpin muda yang kini sering mendapat perhatian media kerana keberanian dan kesungguhannya menegakkan keadilan dan menentang rasuah dan penyelewengan.

Beliaulah yang telah mengegarkan Putrajaya apabila mendedahkan pertuduhan rasuah dan salah laku jenayah terhadap bekas Ketua Pengarah BPR satu ketika dahulu sehingga mengakibatkan pihak polis membuka kembali penyiasatan terhadap pemimpin tertinggi BPR itu.

Dan Jumaat lepas sekali lagi Ezam memanjat Pejabat PM (walaupun ada pihak mengatakan Ezam cuba bermain-mata dengan Dollah) kali ini untuk menyerahkan laporan setebal 632 muka surat yang mengandongi segala bukti seorang menteri kanan kabinet dari parti Umno yang telah menyelewengkan wang RM30 juta dari sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia 10 tahun lalu untuk membayar hutang peribadinya.

Siapakah pula sasaran Ezam kali ini?

Siapakah Menteri Umno yang telah songlap wang RM30 juta itu?

Semasa sidang akhbarnya Ezam menyatakan bahawa Menteri itu seorang lelaki dan bukannya wanita. Dalam kabinet Dollah, selain beliau selaku PM dan Najib selaku TPM terdapat 20 orang anggota kabinet dari Umno iaitu 17 lelaki dan 3 wanita.

Jika kata Ezam, Menteri berkenaan adalah seorang lelaki bermakna jika dikecualikan PM dan TPM tinggal 17 orang susupek! Siapakah si dajal dari 17 orang ini?

Semalam di Rimba Jaya, Shah Alam ketika menghadiri satu majlis ceramah anjuran PAS Shah Alam, Ezam terus memalu paku terakhir ke keranda Menteri berkenaan dengan menyatakan Menteri itu adalah seorang Tan Sri! Dari 17 orang Menteri Kabinet Umno yang lelaki, cuma dua yang bergelar Tan Sri iaitu:

TAN SRI Muhyiddin Mohd Yassin
TAN SRI Nor Mohamaed Yakcop

Macam lagu 10 budak hitam pula bunyinya. Tetapi yang ini 17 budak hitam jatuh 15 tinggal dua, dan jika tidak silap maklumat kata Ezam, Tan Sri itu menjaga Perdendaharaan negara, maka tinggallah satu budak hitam yang memang kebetulan hitam pun!

Saya difahamkan Ezam memberikan tempoh 7 hari kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan sendiri nama Menteri berkenaan jika tidak beliau sendiri akan mengambil tindakan seterusnya. Dalam hal ini saya mengalu-alukan dan mengucap syabas di atas keberanian Ezam dan GERAK, kalau boleh jangan seorang pun yang nanti didiamkan jika jelas mereka terjerumus dalam angkara rasuah dan salah-guna kuasa.

Bagaimana Dollah, beranikah bertindak atau mahu tanya isteri baru dulu?

No comments: