Kes rogol semakin serius: Apa penyelesaiannya?
Bila terdapat beberapa pihak yang membangkitkan isu menutup aurat, penguatkuasaan pencegahan maksiat, terdapat pihak lain yang mnempertikaikannya. Ada yang mendakwa perogol atau pesalah seksual bukannya mensasarkan cara berpakaian, kata mereka kanak-kanak pun menjadi mangsa. Ada pula yang mendakwa penguatkuasaan pencegahan maksiat itu mencabul hak asasi.
Berbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan apabila usaha diambil untuk menunutut atau melaksanakan tatacara Islam dalam menangani maksiat.
Anehnya mereka yang menentang, mereka yang mengkritik itu tidak pula bangun mengemukakan kaedah atau metodologi penyelesaian mereka. Kalau cara Islam kuno, kalau cara Islam mencabul hak individu, maka cara apakah yang boleh mengatasi masalah kita dalam hal jenayah seksual ini?
Tiada siapa yang berani ke hadapan.
Dalam pada itu jenayah seksual samada yang emlibatkan kanak-kanak, orang dewasa atau warga tua terus menjadi-jadi. Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang berucap di Dewan Negara semalam, kadar kes rogol yang dilaporkan dalam negara semakin serius. Pada tahun lalu sahaja terdapat 2,431 kes rogol yang dilaporkan.
Ini bermakna setiap bulan dalam negara terdapat 202.5 kes rogol iaitu bersamaan 6.7 kes sehari!
Menurut Timbalan Menteri itu lagi dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2007 ini sudah terdapat 1,191 kes yang dilaporkan.
Masalah ini semakin meruncing. Hari ini mangsanya mungkin tidak kita kenali, esok lusa mungkin kenalan, atau saudara mara dan anak-isteri kita. Apakah kita sekadar berpeluk tubuh menyaksikan dengan megah kenaikan kadar ini? Fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment