Saturday, July 21, 2007

Menteri Sukan Negara Islam (Malaysia) tidak mahu tutup aurat

Seorang sahabat mengirimkan keratan berita dari agensi berita antarabangsa Reuters pada 11 Julai lalu berhubung kenyataan Menteri Sukan Azalina Othman Said mengenai pakaian atlit wanita (Muslim) di Malaysia. Saya memang telah dimaklumkan berkenaan berita ini cuma barangkali terlepas padangan dari memberik komen di sini.

Lalu saya merasakan bersempena pengisytiharan TPM Najib Tun Razak baru-baru ini yang Malaysia adalah sebuah negara Islam, maka eloklah perkara-perkara FUNDAMENTAL ataupun asas dalam Islam seumpama ini kita kembali bicarakan, kalau benarlah kita serius mahu kembali kepada Islam. Dan kebetulan Dato Azalina ini merupakan senior saya di ITM (kini UITM), dan sempat pula berkempen untuk saya semasa saya bertanding jawatan Presiden Majilis Siswa/i Pentadbiran Awam semasa kami rakan se kampus dulu, layaklah saya kira saya tumpang membicarakannya.

Saya bukan dari disiplin pengajian agama, sebagaimana Azalina, lebih-lebih lagi Najib. Jadi kalau kita pergunakan hujah atau nas al Quran dan Sunnah, masing-masing mungkin boleh terkeliru (mungkin juga tidak). Oleh itu saya memilih untuk melihat dari sudut kulit-kulitan, tak terlalu mendalam, untuk tidak mebebankan semua yang membaca termasuklah kalau Azalina dan Najib berpeluang.





Baru-baru ini ketika saya melihat vidoe footage Najib berada di HKL (menunggu mayat wira kita yang terlibat dalam nahas Nuri) jelas kelihatan betapa tidak selesanya kaum keluarga berkenaan apabila Najib dengan senang hati menghulurkan tangan untuk bersalam dengan semua yang hadir termasuklah kaum keluarga wanita si mati. Oleh kerana tidak mahu mengaibkan Najib mereka hulurkan juga tangan masing-masing, tetapi sah dalam keadaan terpaksa.

Berbalik kepada berita Reuters tadi, dilaporkan di bawah tajuk:

Malaysia says Muslim sportswomen need not cover up

Reuters menyebut :

Malaysias sports minister, a Muslim woman with a martial-arts black-belt, likes to lead by example: she does not wear a headscarf and insists that Muslim sportswomen do not have to cover up either.

Menteri Sukan Malaysia, seorang wanita Muslim yang memiliki talipinggang hitam, gemar memimpin melalui teladan: beliau tidak mengenakan tudung dan bertegas bahawa ahli sukan wanita yang beragama Islam tidak perlu bertudung litup juga.

Tambah Azalina lagi:

Muslim sportswomen were free here to dress just like their non-Muslim rivals, whether in the pool, on the diving board or in the gymnastics arena. Its never become an issue in Malaysia.

Ahli sukan wanita yang beragama Islam di sini bebas berpakian sebagaimana saing mereka yang bukan Islam, samada dalam kolam renang atau gelanggan gimnastik. Ianya tidak pernah menjadi isu di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan ini Azalina menganggap TIDAK HARAM bagi ahli-ahli sukan wanita Muslim untuk mededahkan auratnya. Malah Azalina INSISTS begitu. Itlah Azalina yang sama yang saya kenal dulu, kini dan tidak pastilah apakah untuk selama-lamanya.

Panggillah mana Ustaz, Ustazah hatta Mufti sekali pun, tetapi Azalina dan mereka yang memiliki sikap dan karektor umpama beliau memang susah mahu terima. Walaupun saya tahu ada dikalangan wanita Muslim yang tidak bertudung tetapi tidak bersikap sebagaimana Azalina, iaitu menolak sama-sekali hukumnya.

Kerana itu jikalah Malaysia ini Negara Islam yang berpegang kepada prinsip-prisnip ajaran Islam sebagaimana didakwa Najib, maka perkara-perkara FUNDAMENTAL dalam Islam umpama hukum ini perlulah diterima jika pun tidak setuju atau seperti dalam kes Azlina tidak mahu pakai (soal tidak setuju atau tidak mahu pakai itu soal susulan berikutnya yang penting ACCEPTANCE bahawa hukum adalah hukum dan tidak boleh ditokok tambah atau dimansuhkan, sesuatu amalan biasa dalam Negara Sekular, yang Najib kata kita tidak).

Kalau bersukan tidak perlu menutup aurat, maka mengapa perlu kita buat demikian dalam hal-hal lain? Mengapa apabila bersolat kita hebuh bertelekung litup habis? Mengapa bila ke Tanah Suci menunaikan Umrah atau Haji kita INSISTS menutup aurat? (Ini soalan khas untuk Azalina dan mereka yang seumpamanya, bukan untuk pembaca saya yang budiman).

Mengapa batal wuduk Najib jika bersentuh dengan Rosmah? (Saya malu apabila melihat balu dan kaum keluarga simati terpkasa hulur hujung-hujung jari untuk menyambut salam yang disuakan oleh Najib tempuh hari).

Mungkin Azalina tidak tahu (walaupun kita boleh mengatakanMUSTAHIL demikian), mungkin Najib juga begitu, tetapi bukankah para Mufti, bijak pandai agama banyak dikeliling-kelalang mereka, mengapa tidak beri nasihat? Mengapa Dr Mashitah sahaja bertudung, kalau sebagai pematuhan hukum dan mengelakkan diri dari murka Allah maka mengapa Azalina tidak diberitahu, mengapa Rosmah, Jeanne dan lain-lain tidak diberitahu?

Kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa, dalam kenyataan akhbaranya berikutan pengisytiharan Najib bahawa Malaysia adlah sebuah Negara Islam, bahawa Islam bukan milik PAS, tetapi ia adalah milik semua yang berminat melaksanakan prinsip-prinsipnya. Najib isytihar Malaysia Negara Islam, tetapi benar-benar berminatkah beliau jika begini keadaan beliau dan pasukannya?

(Thanks Dood)

No comments: