SU Akhbar: Najib tidak terlibat dalam kes Altantuya
TPM Najib Tun Razak tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan seorang saksi yang mengatikan beliau dengan sekeping gambar di dalam perbicaraan kes bunuh warga Mongolia Altantuya Shaaribu, kerana katanya tindakan itu (mengeluarkan kenyataan) boleh mengakibatkan sub judice terhadap kes tersebut.
Demikian menurut Setiausaha Akhbar beliau Tengku Sarifuddin, walaubagaimanapun tambah Tengku Sarifuddin Najib tetap berpegang pada kenayataannya yang beliau:
TIDAK PERNAH BERJUMPA ALTANTUYA
TIDAK PERNAH MENGENALI ALTANTUYA
TIDAK TERLIBAT DALAM KES (pembunuhan Altantuya) INI
Saya kira penafian Najib ini tidak cukup. Kerana perkara ini sudah dibagkitkan dalam mahkamah terbuka dan dinyatakan pula oleh seorang saksi yang telah mengangkat sumpah (under oath) di dalam mahkamah.
Sepatutnya pihak pendakwaraya lah yang memikul tanggungjawab untuk membersihkan nama Najib. Mengapa seolah ada usaha untuk menutup isu ini apabila ia dicungkil oleh Peguam Karpal Singh tempoh hari. Jelas yang dapat mengisytiharkan samada Amy atau Najib yang berbohong dalam hal ini adalah mahkamah jua. Jangan siapa pun antara kita yang bertindak sub judice terhadap kes ini.
Kini bebannya terletak atas kepala bahu Pejabat Peguam Negara! Arahkanlah pihak pendakwaraya agar membersihkan nama Najib, jangan sapu isu ini ke bawah tikar yang semakin membonggol kerana terlalu banyak yang telah disumbatkan ke situ!
Panggil kembali Amy, arahkan agar beliau mengemukakan gambar yang disebutkannya itu ke mahkamah. Jadikan gambar itu bahan saksi, dan minta ianya ditunjukkan kepada semua di dalam mahkamah. Jika tidak ada gambar Najib maka dakwalah Amy kerana berbohong kepada mahkamah, tetapi jika ada gambar Najib sebagaimana didakwa Amy itu, bagaimana?
Kata Setiausaha Akhbar Najib lagi isu ini berkemungkinan menjejaskan pandangan masyarakat terhadap Najib. Memang dengan kenyataan Amy ini masyarakat yang celik semuanya sudah terpengaruh. Hilangkanlah syak wasangka kami dengan mengemukakan gambar berkenaan. Saya percaya satu dunia mahu tahu.
No comments:
Post a Comment