Thursday, July 26, 2007

Penyibar fikiran rakyat?

Utusan Malaysia memaparkan slogan Penyebar Fikiran Rakyat di kepala muka depannya. Mungkin ia berhasrat memaparkan kepada rakyat berita dan laporan semasa yang objektif yang boleh mencetus fikiran rakyat. Begitulah Utusan Melayu satu ketika dahulu sebelum Merdeka sehinggalah ianya diambil alih oleh umno dizaman Pak Said Zahari Ketua Pengarangnya.

Apa yang mahu saya suakan di sini adalah style pelaporan yan berbeza yang diambil oleh akhbar penyibar fikiran rakyat ini dibandingkan dengan Berita Harian contohnya yang lebih muda darinya.

Cuba perhatikan dua-dua gambar di bawah. Gambar pertama adalah dari UM manakala yang kedua adalah dari BH. Kedua-duanya melaporkan peristiwa yang sama iaitu Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke 211 yang bermula di Istana Negara semalam.



Kalau kita perhatikan kedua-dua gambar ini merakamkan perisitiwa yang sama cuma masing-masing diambil dari angle yang berbeza. BH mengambil satu sudut manakala UM mengambil sudut yang lain.

Untuk makluman Mesyuarat semalam itu dipengerusikan oleh al Sultan Kelantan, yang tidak masuk dalam gambar UM tetapi ditonjolkan oleh BH, mengapa demikian? Dalam hal ini gambar BH lebih tepat dan mencerminkan berita yang mahu dilaporkan. UM pula mengambil gambar dari sudut yang lain membelakangkan posisi pengerusinya, mengapa? Mungkin UM phobic atau kecut sangat untuk memaparkannya kerana insan yang duduk disebelah kiri Tuanku Sultan Kelantan. Siapakah insan itu?

Begitulah mutu dan nilai akhbar Melayu yang mendakwa dirinya Penyibar Fikiran Rakyat itu.

No comments: