Friday, January 04, 2008

Mengapa Kit Siang umpamakan Najib bagai bapa ketam?

Terganggu fikiran saya apabila membaca tulisan Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang di dalam blog beliau. Kit Siang dalam tulisannya itu merujuk kepada tajuk utama akhbar NST hari ini:

Let this be a lesson (Biarkan ini menjadi penagajaran)

Dimana TPM Najib Tun Razak memberi amaran kepada pemimpin BN lain agar mengambil iktibar dari kes perletakkan jawatan Dr Chua Soi Lek yang terlibat dengan kes DVD lucah. Najib turut mengingatkan para pemimpin BN agar mengawal akhlak masing-masing dan tidak memalukan parti.

Kata Kit Siang:

Had Najib set exemplary standards in his political career as to qualify him to issue warning or is he akin to Father Crab teaching Baby Crab to walk straight?

(Sudahkah Najib sendiri meletakkan contoh terbaik berdasarkan latabelakang politik beliau sehingga memungkinkannya memberikan nasihat sedemikian, atau adakah beliau sekadar bagaikan bapa ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus?)

Mengapa Kit Siang berkata demikian? Mungkinkah beliau ada maklumat berkenaan latar belakang Najib seumpama Dr Chua yang kita tidak tahu? Malah dalam blog beliau itu ada seorang pengunjung yang menurunkan komen sambil bertanya adakah Kit Siang merujuk kepada kejadian di Port Dickson?

Apakah yang berlaku di Port Dickson yang melibatkan Najib?

Sungguh terganggu fikiran saya, apakah maksud semua ini?

No comments: