Monday, January 14, 2008

Apabila Tun Dr Mahathir bersuara………..

Suka atau pun tidak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang personaliti yang tidak mudah diketepikan begitu sahaja. Sejak bersara dan menyerahkan kepimpinan Negara kepada PM Dollah Badawi, beliau acapkali terbit dengan kritikkan dan teguran tajam terhadap pentadbiran yang ada, dan ini sering menggusarkan pihak yang berpusat di Putrajaya.

Ada yang mengatakan Suruhanjaya Diraja yang akan menyiasat pita video VK Lingam kelak, merupakan satu usaha untuk mengalih tumpuan Tun dan nanti akan memaksa beliau menghentikan apa sahaja serangan terhadap kerajaan Dollah kerana ianya menganggu prospek BN dalam pilihanraya nanti. Apabila beliau sibuk di sana, dan pembabitan beliau dianggap serius maka beliau dikira telah dimusnahkan dan tidak lagi merupakan ancaman pada Dollah. Benarkah begitu?





Apa pun setakat ini Tun tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan menutup mulut dan menikmati zaman persaraannya. Semalam berucap dalam majlis yang dianjurkan untuk para siswazah di Putrajaya, Tun dalam “style” biasanya telah menggariskan 7 kualiti untuk menjadi seorang epmimpin yang baik. Ketujuh-tujuhnya begitu tinggi dan memang sajak sebelum seseorang melayakkan dirinya menjadi pemimpin.

Yang paling menarik bagi saya dari tujuh kulaiti itu adalah kualiti yang ketujuh iaitu:

Pemimpin perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Saya merasakan kualiti ini selaras dengan yang terdapat dalam Islam sekalipun. Kalau kita solat berjemaah umapamnya imam yang memimpin solat kita itu mestilah lebih pintar atau baik dari kita termasuklah :

1. lebih faqih
2. lebih pandai membaca alQur:an
3. lebih wara'
4. lebih mulia
5. mereka yang menjadi penguasa dalam masyarakat setempat
(Ibn Qudamah, al Mughny, Jld 2, ms 205)

Saranan Tun ini tidak bermaksud pemimpin itu perlu mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi untuk menjadi baik tetapi ia mesti bijak dan pintar. Sudah pasti beberapa wakil rakyat kita samada diperingkat DUN mahupun Parlimen tidak memenuhi kriteria ini, dan untuk itu kita perlu menyemak dan memperbetulaknnya kembali khasnya pada pilihan raya umum yang mendatang ini.

Kemudian Tun menambah sebagaimana dipetik oleh The Star:

A leader must be aware of the needs and desires of his people.

Pemimpin mestilah sedar akan keperluan dan kehendak rakyatnya.

Saya terpaksa akur dan bersetuju dengan pandangan Tun itu. Jika rakyat tertekan lantaran kos hidup yang menjulang tinggi, pemimpin tadi perlulah sedar dan prihatin. Langkah-langkah prokatif perlulah diambil untuk meringankan beban rakyat, bukannya menokoknya lagi apalagi berbelanja pula untuk projek dan kerja-kerja yang tidak langsung membantu meringankan derita rakyat tadi.

Kata Tun lagi:

When the leaders are incompetent, the countries would fall. The people may be the same , the background, the wealth and the resources may be the same, but when the leaders are incompetent and plain bad, the great nations even great empires can fall.

Apabila pemimpin-pemimpin tidak cekap, Negara akan runtuh. Rakyatnya mungkin sama, latarbelakang, kekayaan dan sumbernya mungkin sama, tetapi apabil pemimpinnya tidak cekap dan lemah, Negara sehebat mana sekalipun malah empayar pun boleh runtuh.

Dan sekali lagi pandangan itu itu saya kira sangat tepat. Cuma adakah beliau merujuk kepada sesiapa yang kita kenal? Kerana dari bunyinya kalau tidak silap saya ia cuba memberi isyarat kepada kita bahawa:

Something is rotten in the state of Denmark

Sama-samalah kita semua renung-renungkan.

No comments: