Thursday, January 10, 2008

Berhijrahlah kita semua demi masa depan ummah dan Negara

Salam Maal Hijrah kepada anda semua.

Hari ini kita meraikan tahun baru calendar Islam dan hari ini juga merupakan ulangtahun ke 1429, Persitiwa Hijrah yang membawa Rasulullah saw dan para sahabat dari Mekah ke Madinah dan seterusnya berjaya menubuhkan sebuah Negara dan kemudiannya Daulah Islam yang bermula dari Semenangjung Tanah Arab kemudiannya mencecah ke seluruh pelusuk dunia.

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran dari perisitiwa kemuncak perjuangan Islam yang diterokai oleh Nabi Muhammad saw ini.

Hijrah menuntut satu pengorbanan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dalam persitiwa ini adalah pengorbanan pada tahap yang paling maksima yang mampu dilakukan oleh manusia. Disamping Baginda dan para sahabat melalui tekanan, penindasan dan penyiksaan oleh golongan Musyrikin Mekah, dengan ada yang syahid akibatnya, tiba-tiba Allah swt memerintahkan agar mereka keluar meninggalkan kampong halaman tempat tumpah darah mereka, berpindah ke Madinah, meninggalkan apa sahaja yang mereka punyai di sana.

Inilah Hijrah yang dimaksudkan. Suami dan isteri terpisah, kaum keluarga terpisah, harta-benda ditinggalkan, semuanya semata-mata kerana mematuhi dan taat akan perintah Allah dan Rasul Nya. Nabi Muhammad saw sendiri melalui tekanan yang sangat maksima, sehingga keperingkat mahu dilenyapkan terus dari bumi Mekah dengan dibunuh oleh golongan musyrikin sebagaimana firman Allah swt dalam surah al Anfaal ayat ke 30:

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu.

Apa yang tidak dilakukan, namun kerana kepatuhan Baginda dan para sahabat terhadap Allah swt, akhirnya Hijrah telah membawa kejayaan yang manis buat Islam, dimana dipenghujung ayat tersebut Allah swt menyebut:

Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Sehubungan dengan itu atas semangat Hijrah yang sama saya mengajak anda semua, termasuk kawan-kawan terdekat, saudara-mara dan para kenalan semua, marilah kita juga di Malaysia ini berani berkorban bangun bersama-sama melakukan satu Hijrah yang paling bersejarah di bumi Malaysia ini, meruntuhkan kezaliman dan kerakusan kerajaan BN yang ada yang sudah semakin nazak dan mabuk itu dan digantikan dengan satu kerajaan alternatif yang lebih baik dan berjiwa rakyat.

Kita berhak hidup dalam sebuah Negara yang dipimpin oleh kerajaan yang bersih, yang memelihara dan mempertahankan hak dan kebajikan rakyat. Yang adil dan saksama kepada semua, yang tidak rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Sebuah Negara yang selamat buat kita dan anak-isteri yang rakyat dan pemimpinnya semua berakhlak tinggi, hormat-menghormati dan berkasih saying.

Hijrah ini bukan suatu tugas yang mudah, sebagaimana dilalui oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat, namun kita juga mesti bersedia mengharunginya demi masa depan yang baik buat rakyat dan Negara. Kerana itu bukan sekadar kita tetapi semua pihak perlu kita yakinkan untuk ebrsedia membuat perubahan dan pengorbanan ini. Anak-isteri, saudara-mara, kawan dan taulan semua perlu diyakinkan dan kitalah yang perlu bertindak sebagai agen perubahan, agen Hinrah yang dimaksdukan.

Sesungguhnya platform di alam maya ini adalah suatu contoh platform yang perlu kita eksploitasi sepenuhnya untuk tujuan kejayan Hijrah kita. Kita telah lakukannya dalam tahun 1999 dahulu, dan hampir merebahkan gergasi ganas dan sasau ini, kini kita perlu lipatgandakan lagi usaha kita itu. (Baca dan edar, yang pasti maklumat mesti sampai sehingga ke akar umbi. Berkorbanlah demi masa depan ummah)

Segala-galanya tidak mustahil. Siapa sangka dari permulaan yang begitu kecil, Muhammad saw akhirnya bangun dan menggegarkan dunia. Semuanya berjaya dilakukan dengan bantuan dan izin Allah swt. Dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah merupakan panduan yang perlu dan mampu diikuti oleh ummahnya.

Semoga Hinrah ini tidak kita rayakan dengans ekadar bersantai sempena cuti umum, tetapi kita pergunakan untuk menyedar dan menginsafkan diri lantas kita bangun dan bekerja. Rom dan Parsi mampu jatuh ditangan jenerasi Hijrah, mustahil gergasi BN tidak boleh disembamkan ke bumi. Berhijrahlah demi nasib dan masa depan ummah dan Negara.

No comments: