Tuesday, January 08, 2008

Rayuan CUEPACS perlu dipertimbangkan

Kenaikkan kos hidup rakyat di Malaysia kini ternyata bukan main-mainan. Ianya serius dan rungutan tentang yuran tambahan sekolah, yang terbaru, mengukuhkan lagi hujah bahawa
kehidupan rakyat kebanyakkan di Malaysia memang sudah tidak lagi selesa dan mudah.
Apabila keadaan hidup rakyat demikian, bagi mereka yang mempunyai jalan dan lorong untuk menambahkan pendapatan, maka segala usaha akan ditumpukan untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Ini sudah pasti akan mengakibatkan kemerosotan prestasi dalam bidang utamanya. Manakala bagi mereka yang tiada opsyen dan buntu, maka bajet terpaksa diubahsuai, dan perut terpaksa diikat.

Itu bagi yang masih ingat kepada Tuhan. Manakala bagi mereka yang terlalu terdesak, maka keadaan ini akan memaksa mereka untuk cari jalan mudah. Menipu, mencuri dan akhirnya rasuah dan salah-guna kuasa. Penyeledup akan diberi peluang menyeledup asalkan sipegawai diberi imbuhan. Kereta, lori dan bas menjadi mangsa tetapi ada peluang untuk lepas asalkan sipegawai disogok. Kontrak dan bekalan akan ditebuk dan dimanipulasi bagi utjuan itu.
Ini semua mengundang bala dan kemusnahan.

Lalu apabila CUEPACS merayu agar kerajaan menimbangkan saguhati yang mereka cadangkan iaitu RM2,000 kepada semua kakitangan awam menggantikan bonus, saya kira, berdasarkan suasana yang ada pada hari ini, ianya wajar dan memang patutu diluluskan. Malah Presiden CUEPACS sehingga merayu (dalam Utusan hari ini) kalau RM2,000 tidak boleh, RM1,000 pun tidak mengapa, terpulang kepada kemampuan kerajaan. Ini menunjukkan betapa terdesaknya kakitangan awam kita walaupun baru sahaja menerima kenaikkan gaji.

Kalau berdasarkan tekanan pilihan raya yang semakin hampir, saya menjangka kerajaan BN akan meluluskannya, jika tidak, sah kerajaan sudah kekeringan wang, angkara krisis pengurusan "flip-flop" dan tunggang-terbalik kerajaan ini, oleh itu opsyen terbaik bagi kita semua termasuk kakitangan awam, adalah merobah "status quo" yang ada dengan membawa masuk pengurus baru. Rihatkan BN dikerusi pembangkang, kita cuba pula pengurus baru.

No comments: