Tuesday, January 08, 2008

MIC sampai kepenghujung hayat

Sejak meletusnya isu Hindraf, antara parti yang paling cemas dan gabra adalah MIC. Hindraf memperjuangkan tuntutan untuk penganut Hidnu yang merupakan agama majoriti ahli-ahli MIC. Walaupun Hindraf bukanlah sebuah parti politik malah bukan sebuah badan berdaftar pun, namun kerana karisma dan kewibawaan pimpinannya, telah berjaya memaku dan menambat hati sebahagian besar masyarakat India di Malaysia termasuklah kalangan ahli-ahli MIC.

Dan apabila kelima-lima pimpinan terkanan mereka ditangkap di bawah akta hutan-rimba ISA, maka sekaligus semangat mereka yang yakin dan percaya dengan perjuangan Hindraf terus membahang. Pemimpin mereka kini bersedia berkorban jiwa dan raga untuk perjuangan, demikianlah persepsi mereka.



Lantaran itu MIC kini berada dipersimpangan. MIC yang selama ini merupakan nadi dan denyut jantung masyarakat India, sudah mula dipertikiakan. Lalu kebangkitan Hindraf ini merupakan pemangkin kepada kemerosotoan dan kecundangnya sokongan dan kepercayaan masyarakat India terhadap MIC.

Kalau sebelum ini kita mendengar Presiden MIC di "boo" oleh khalayak ramai dalam satu majlis di Penang International Sports Arena yang ditayangkan secara lansgung oleh ASTRO Vaanavil, angkara Hindraf, rupanya serangan bukan ke atas Samy seorang, ianya merata terhadap kepimpinan MIC dan MIC itu sendiri. Menurut akhbar THE STAR hari ini, seramai lebih 100 penyokong Hindraf dari kalangan masyarakat India semalam telah berhimpun dengan sepanduk dan poster mengutuk dan memaki hamun Ketua Pemuda MIC S.A Vigneswaran yang hadir ke sebuah dewan di Kulim untuk bertemu pimpinan IPF dari Baling, Kulim dan Padang Serai.

Anggota polis dari unit rusuhan dan ketenteraman awam terpaksa diturunkan untuk meleraikan perhimpunan dan seorang pemuda telah ditahan.

Jika beginilah nasib MIC, maka usianya (yang sebaya Umno itu - MIC ditubuhkan pada bulan Ogos 1946) pasti tidak lama. Jika beginilah layanan masyarakat India terhadap MIC, maka ternyata MIC kini sudah tenat dan nazak. Dan kalau begitulah keadaan MIC maka rakan kongsinya yang hidup dan bernyawa atas sokongan dan taat setia pengundi India juga akan turut tenat dan nazak. Umno yang selama ini bertenggek pada sokongan padu masyarakat India yang dibawa oleh akan MIC turut akan menerima padahnya.

Kalau MIC sakit, Umno sakit, BN?

No comments: