Friday, January 04, 2008

Kes Dr Chua: Runtuhnya prinsip Rukunegara

Dr Chua Soi Lek telah mengaku mengada hubungan seks luar nikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai “personal friend” nya. Dan aksi seks ini kini telah menjadi bualan dunia setelah ianya diedarkan melalui DVD.

Kini Dr Chua akibat dari pendedahan itu telah pun mengambil keputusan meletakkan semua jawatannya samada dalam kerajaan atau parti. Dan kerajaan serta parti telah pun menerima perletakkan jawatan itu dan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini Dr Chua menganggap beliau dijatuhkan (melalui DVD itu) semata-mata kerana beliau kuar bekerja dan dibimbangi oleh pihal-pihak tertentu.

Kebanyakkan pimpinan politik kaum kerabat BN termasuklah Umno, Gerakan dan lain-lain semuanya memuji tindakan Dr Chua kerana melepaskan jawatannya. Semuanya seolah-olah menggambarkan yang segala-galanya telah selesai, meminjam kata-kata Dr Chua semalam:

Lets move on (lupakan segala-gala yang telah lepas)

Presiden PAS sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan agar Dr Chua diambil tindakan disiplin oleh partinya kerana ternyata apa yang telah beliau lakukan sangat jijik dan bertentangan dengan mana-mana amalan dan kepercayaan. Dan kenyataan Presiden PAS itu disokong oleh Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abd Aziz apabila beliau dipetik oleh Utusan sebagai berkata:

MCA mesti mengenakan tindakan disiplin ke atas Soi Lek walaupun beliau telah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan semalam. Letak jawatan sahaja tak bererti. Tindakan segera perlu diambil terhadap isu sebegini yang kita memandangnya sebagai serius.

Dr Chua telah melakukan hubungan seks luar nikah, iaitu dengan pasangan yang bukan isterinya. Ianya “ADULTERY” yang ditegah oleh semua agama besar dunia. Ianya ditegah oleh agam Kristian, Buddha, Hindu. Dikebanyakkan Negara-negara Komanwel termasuk Negara dunia lain termasuklah Korea, Taiwan dan Mexico, amalan “ADULTERY” ini diharamkan. Malah beberapa negeri di Amerika Syarikat juga meletakkannya sebagai kesalahan antaranya Pennsylvania, Michigan dan Maryland.

Saya membangkitkan perkara ini kerana dalam ‘DAMAGE CONTROL” nya BN kelihatan cuba menutup peristiwa ini dengan menganggap bahawa Dr Chua telah memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan oleh itu lupakanlah segala-galanya, bolehkah begitu?

Dalam akhbar THE SUN hari ini seorang pembaca yang dinekali dengan nama Patricia Pereira KL telah menulis di bawah tajuk “Morality is part of leadership” menulis:

A public figure in particular a minster has no right to sat that his personal life is his business and nobody else’s.

Has he forgotten that he was elected to the post by the people and such we the voters and the taxpayers have a right to demand a certain degree of conduct from him?

Seorang pemimpin apa lagi seorang menteri tidak berhak menyatakan yang kehidupan peribadinya adalah hal dan masalahnya.

Adakah beliau lupa yang beliau dipilih ke jawatan berkenaan oleh rakyat, oleh itu sebagai pengundi dan pembayar cukai tidakkah ini bermakna kita sebagai pengundi berhak menuntut tahap akhlak yang tertentu darinya?

Bukankah di sekolah-sekolah kita mengajar anak-anak kita Rukunegara yang salah satu prinsipnya berbunyi: KESOPANAN DAN KESUSILAAN yang bermaksud mengamalkan kehidupan yang bersopan-santun, berperangai baik dan tinggi akhlak. Adakah dalam hal ini, kerana kena batang hidung kita sendiri, maka kita lempar ke tepi semuanya?

Kata Dr Chua bukan beliau seorang sahaja yang terjebak dalam perkara seumpama ini, bermakna kita perlu semak semula keputusan kita yang lalu dan kali ini apabila diberi peluang untuk membuat keputusan sekali lagi, jangan terpedaya dan terpengaruh lagi. Kita mahu pemimpin yang bekualiti yang mendukung “KESOPANAN dan KESUSILAAN” dan tidak yang sebaliknya, ingat!

No comments: