Monday, January 07, 2008

Minyak masak mula dicatu
BN terus gagal mengurus negara


Kita sudah 50 tahun merdeka, kita bukan dalam suasana peperangan, bukan juga dalam suasana darurat atau bencana alam. Kita aman dan malah para pimpinan kita berdegar-degar masuk ke ceruk rantau negara mengisytiharkan projek pembangunan itu dan ini bernilai berbillion ringgit, kerana mahu mengejar status negara maju menjelang 2020.
Tetapi tiba-tiba minyak masak yang kita gunakan di dapur untuk memasak makanan kita kini dicatu.





Kalau dizaman perang dahulu bekalan makanan menjadi kurang kerana peperangan, logik dan masak akal. Demikian juga dizaman darurat. Saya ingat ibu saya pernah bercerita bahawa ketika bapa saya menjadi Pegawai Cawangan Khas di tahun 50an di Kajang, semasa Kajang merupakan "kawasan hitam" di zaman Darurat, makanan terpaksa dicatu bagi mengelakkan ianya jatuh ketangan kominis. Menurut ibu saya tin-tin susu pekat manis akan ditebuk atas arahan pihak berkuasa bagi memastikan ia tidak dapat simpan lama dan oleh itu tidak akan ada pihak yang menyeledupnya untuk kegunaan kominis.

Itu darurat tahun 50an dan suasana tegang, ini tahun 2008!

Tiba-tiba tidak perang, tidak darurat, tiada bencana alam, bekalan minyak masak kurang dan terpaksa dicatu. Sebelum ini bekalan tepung juga begitu dan sebelum itu lagi gula. Saya kira putus atau kurangnya bekalan makanan keperluan seperti ini lebih-lebih lagi minyak masak (dalam keadaan kita merupakan negara pengeluar) mencerminkan kelamahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan BN.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna, kerajaan memberi jaminan yang kekurangan minyak masak ini akan dapat diatas dalam tempoh dua minggu yang akan datang. Soalnya mengapa ia dibiarkan berlaku? Apakah tugas kerajaan dan kementerian ini, kalau sekadar membuat pengumuman dan "damage control" hanya apabila berlaku putus bekalan seperti dalam kes minyak masak (serta gula dan tepung sebelumnya) lebih baik tukar sahaja nama kementerian ke Kementerian Putus Bekalan, kerana ia hanya bekerja apabila bekalan putus!

Kadar tol naik, harga minyak petrol juga dijangka naik, hari ini juga dikhabarkan tambang sekolah akan turut naik, harga barangan lain telah pun naik, yuran tambahan sekolah rendah dan menengah tinggi walaupun yuran sekolah dimansuhkan dan kini bekalan minyak masak pula putus. Hebat sungguh kerajaan pimpinan Dollah Badawi. Dari minyak petrol sampai minyak masak, rakyat memikul beban dan terus menjadi mangsa sebuah kerajaan yang terbukti lemah dan tidak meyakinkan.

Lalu apa lagi kita tunggu, BN sudah terbukti tidak lagi menjanjikan kesejahteraan dan keselesaan hidup, mari kita beramai-ramai, rakyat yang rpihatin dan sedar, bangun membuat dan menuntut perubahan. "Say No (more) to BN"

No comments: