Tuesday, August 08, 2006

Ke mana perginya slogan
cemerlang, gemilang dan terbilang

Buletin Utama TV3 tadi menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa yang lain termasuk Samy Vellu yang menyokong kenyataan PM Dollah Badawi di TV3 semalam, yang menjawab tuduhan dan kritikkan bekas PM Tun Dr Mahathir berkenaan beliau dan keluarga.

Kenyataan sokongan yang disiarkan satu persatu oleh TV3 tadi mengingatkan saya berkenaan kenyataan Tun sebelum ini baik di Taman Malawati dan juga Kota Bharu bahawa demikianlah trend ataupun perangai baru para pimpinan Umno (dan dalam hal ini termasuklah pimpinan parti-parti komponan lain), iaitu apabila Dollah berkata atau berbuat sesuatu maka masing-masing akan secara membabi buta menyatakan sokongan.

Semalam dalam sessi sidang akhbar di Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Tun mengulangi kenyataan yang sama dengan mengatakan:

Janganlah cakap saya sokong, saya sokong. Bila tanya,apa yang disokong, depa jawab tak tahu. Tapi kata, kita sokong, kita sokong.

Macam kata Shahidan (Datuk Seri Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis) dan Tajol Rosli (Menteri Besar Perak), kita support dia sebelum ini, ketika beliau jadi Perdana Menteri dan kita support lah PM sekarang sebab Pak Lah PM sekarang.

Apa! tak dak fikir langsung ke, I dont want this supporters for doing something wrong , saya mahukan sokongan sekiranya saya buat sesuatu yang betul.

(sumber http://www.agendadaily.com/ )



Siang tadi Ketua Dewan Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub pula telah mengeluarkan kenyataan mencabar Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar bersumpah dengan kalimah sumpah yang diajarkan oleh Islam bahawa beliau tidak mempunyai hubungan sama ada secara terang atau sulit dengan pelakon Maya Karin.

Sebelum ini Khairy telah bersumpah bahawa hanya Nori Abdullah (anak PM) merupakan satu-satu isterinya.

Bila dah gemar bersumpah maka dengan sendiri Khairy menjatuhkan dirinya ke dalam jerangkap samar. Kini beliau dicabar bersumpah yang beliau juga tidak mempunyai hubungan dengan jelitawan Maya Karin. Malah saya percaya ramai anak-anak muda juga ingin tahu benar atau tidak beliau tidak ada hubungan sulit dengan artis pujaan ramai itu.

Nampaknya Dollah dan menantu serta anaknya kini menjadi perhatian umum malah mungkin juga dunia. Semakin berlarutan kes ini semakin berat nampaknya beban yang perlu ditanggung Dollah.

Dollah beritahu di TV3 yang beliau berjuang kerana kebenaran dan keadilan, Tun pun berkali-kali berkata yang sama dan saya yakin rakyat jelata juga begitu. Oleh itu sama-samalah kita ikuti dengan teliti perkembangan selanjutnya.

Sementara itu harga minyak dunia semakin memuncak, harga minyak tempatan terus mencengkam hidup, tarif letrik naik, harga barangan naik, kos hidup rakyat naik. Semalam dah tak dengar pun slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang terbit dari lidah Dollah.

Kasihan Malaysia.

No comments: