Thursday, August 24, 2006

Jasin ugut pihak Kastam

Ahli Parlimen TUTUP SEBELAH MATA dari Jasin Mohd Said Yusof nampaknya tak henti-henti mencetuskan kontroversi dan skandal. Isu beliau terlibat dalam meminta pihak Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) agar tutup sebelah mata terhadap urusniaga pengimpotan kayu balak dari Indonesia ke Melaka yang diuruskan oleh syarikatnya tergantung begitu sahaja.

Dan kini tercetus pula satu kontroversi baru.

Menurut Pengarah Penguatkuasa KDRM Adnan Ariffin, Mohd Said telah mengirim SMS yang merupakan ugutan terhadap beliau dari handphone (Mohd Said) nya sendiri. Kata Adnan kandungan SMS dari Mohd Said itu berbunyi:

Ass kum, ji. Kau nak ajak berjumpa, SiRomainor d mka tak habis habis mencari pasal dgn co aku. Kalau ni berterusan jangan marah kalau aku bangkitkan hal2 Kastam lagi. TQ.

(Rumainor Sarif adalah Ketua Penguatkuasa KDRM Melaka yang enggan TUTUP SEBELAH MATA dalam kes Mohd Said itu)

Bagi saya ini merupakan satu ugutan yang serius yang perlu dilaporkan kepada pihak Polis. Jelas Mohd Said telah menyalah-gunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen untuk BLACKMAIL pihak KDRM.

Menurut laporan NST Mohd Said menafikan telah mengirim SMS tersebut namun mengakui bahawa nombor telefon pengirim SMS tersebut sama dengan nombor handset nya. Menurut Ariffin lagi sebelum ini pun Mohd Said kerap mengirim SMS-SMS yang seumpama ini kepada beliau. Antara lain satu lagi SMS sebelum ini berbunyi:

Assalamualaikum Haji. Sejak saya berniaga di Pelabuhan Melaka, hari ini baru saya jumpa kes bawa kayu besar sikit anak s/motor Indon masuk lokap. Tahniahlah, bahagian pencegahan. TQ.

Dan ternyata Mohd Said telah menggunakan kedudukannya untuk ,emcemuh dan mencemarkan nama pihak KDRM di Dewan Rakyat sehingga dalam akhbar hari ini pihak CUEPACS dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPPKSM) telah mengadu bahawa serangan-serangan Mohd Said terhadap Jabatan itu telah menganggu emosi kakitangan KDRM dan menjejaskan moral mereka.

Cuba kita teliti ucapan beliau di Dewan Rakyat dua hari lepas ketika membahaskan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2006:

Yang saya dengar di pelabuhan-pelabuhan, kastam maksud dia KALAU ADA SAMBAR TIDAK ADA MINTA (KASTAM) [Ketawa] Itu yang saya dengar. Yang tabik ini belum lagi, Tuan Yang di-Pertua. Baru hari ini saya dengarL Kalau ada, sambar, tidak ada, minta. Jadi saya bukan bertujuan hendak memburuk-buruk tetapi ini hasil negara ini.

Ini merupakan satu penghinaan terbuka oleh seorang ahli Parlimen dan malah ada kaitannya dengan ugutan ahli Parlimen berkenaan yang saya rasakan perlu disiasat dan diambil tindakan.

Jika pihak kerajaan terus membenarkan ahli Parlimen ini bergerak bebas memperakatakan apa sahaja yang beliau suka dan tidak perlu bertanggungjawab terhadapnya, saya bimbang kredibiliti Parlimen Malaysia akan terjejas dan dipandangan rendah oleh masyarakat dan dunia.

Harap kerajaan jangan pula tutup mata dalam hal ini.

No comments: