Wednesday, August 09, 2006

Perlu sangatkah Bullet Train Johor- Singapura
: RM8 billion itu?

Selesai sahaja kontroversi pembatalan projek jambatan bengkok (walaupun ada yang berpandangan belum selesai) yang bernilai RM1.113 billion itu, kerajaan mengumumkan akan mengarahkan agar kajian (national impact study) dilakukan bagi membina keretapi BULLET untuk menghubungkan KL dan Singapura.

Projek cadangan YTL Corporation yang dijangka bernilai RM8 billion (melalui PFI atau private finance initiative) itu akan menghubungkan KL dengan Singapura dimana perjalanan sejauh 325 km itu nanti akan hanya mengambil masa 90 minit melalui keretapi jenis ini.



Adakah ini suatu projek atau cadangan baru?

Tidak, menurut bekas PM Tun Dr Mahathir. Malah kata Tun cadangan yang sama pernah dikemukakan semasa beliau PM dahulu naum ianya telah ditolak kerana mendapati ianya tidak sesuai. Kata Tun lagi (THE STAR):

Maybe now its suitable. We had our own ideas but other people may have their own ideas.

Sebenarnya bukan Tun sahaja yang berfikiran demikian, ahli Parlimen JB Shahrir Samad juga begitu. Akhbar THE STAR 6 Ogos lepas melaporkan:

Shahrir questioned the need for a high-speed railway service that would mean more land acquisitions thereby inconveniencing the people, as a large portion of the railway track would be in Malaysia.

He said the nation should be thinking about how to make use of the existing KTM corridor as it was under-utilised.

I will not support the bullet train project, he said, adding that the only reason that the project was being considered was because it was proposed by a Malaysian company, the YTL Group.

Isunya mengapa kerajaan dahulu menolak projek ini sedangkan kerajaan sekarang mahu membukanya semula? Sudah pasti kerajaan dahulu telah melakukan kajian bagi menolak cadangan projek ini, mengapa sekarang dikaji lagi? Apakah kajian dahulu itu tidak sah?

Nampaknya pembukaan semula ini bakal mencetuskan banyak lagi kontroversi dalam poket Dollah dan kerajaan yang telah pun penuh sarat dengan berbagai kontroversi itu.

No comments: