Tuesday, July 15, 2008

Tuan Guru Presiden terus memimpin PAS

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS, dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lepas.

Saya menerima panggilan awal pagi tadi dari Tuan Guru untuk mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai isu Presiden Sudan Omar al Bashir yang mahu diseret ke mahkamah jenayah antarabangsa di The Hague. Bermakna walaupun sedang berihat di hospital, Tuan Guru tetap melayari internet untuk mengikuti perkembangan terkini dunia politik tempatan dan antarabangsa. Itulah Tuan Guru kita.


Saya bertanyakan khabar beliau dan menyatakan hajat saya untuk menziarahi beliau. Katanya datang cepat sebab beliau dijadualkan mendapat kebenaran pulang pagi ini juga. (Saya tahu beliau memang rimas dan tidak selesa di sana)

Saya terus memanggil sahabat saya Sayuti (MSO) yang memang berhajat mewawancara Tuan Guru agar menunggu saya di IJN, begitu juga dengan rakan dari Harakah. Setibanya saya di wad Tuan Guru, saya melihat beliau begitu ceria dengan laptop beliau yang masih memaparkan website Arab terpampang diskrinnya. Ternyata beliau tidak sabar-sabar mahu keluar dari sana.

Selepas Sayuti mewawancara beliau, pihak Harakah pula menyambung. Selepas itu saya taklimatkan beliau berkenaan tajuk-tajuk akhbar yang sensasi pagi ini, Tuan Guru tersenyum.

Sepanjang saya di sana telefon beliau termasuk telefon saya tidak henti berdering. Sdr Khairol dari Sinar Harian memohon peluang untuk mewawancara Tuan Guru, ternyata Tuan Guru tidak menolak dan saya nasihatkan Khairol agar tunggu di lobi kerana Tuan Guru dijangka pulang tidak berapa lama lagi.

Selepas selesai menguruskan wawancara Tuan Guru dengan Sinar, saya pulang dengan rasa puas hati. Alhamdulillah Tuan Guru kita sihat dan ceria dan lebih penting lagi insyallah akan terus memimpin parti khasnya disaat parti dan ummah memerlukan kepimpinan beliau, seorang Tuan Guru dan ulamak, bagi mendepani cabaran yang besar di hadapan kita ini.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah.

Sama sama kita mendoakan agar Allah swt memanjangkan usia YB TG Presiden dan memberi kesihatan tubuh badan dan ketetapan iman dan kecekalan hati, supaya beliau dapat meneruskan perjuangan beliau.

Wassalam.

Abu Qamar

Anonymous said...

Sayuti Omar ???

Nak memenangkan PAS atau nak menjahanamkan PAS ?

roslan sms said...

Assalamualaikum

Sayuti menjahanamkan PAS, cepatnya kita menjatuhkan hukum........saya menasihatkan agar sdr lebih berhati-hati. Semasa kempen PRU lalu pun ada orang menuduh yang Sayuti akan menyumbang ke arah kehancuran PAS, akan menjual PAS dan sebagainya, tetapi takdir Allah swt sehingga saat ini beliau masih taat dan setia.

Sayuti antara penulis yang saya tahu sangat digemari dan diberi hormat oleh Tok Guru Nik Abd Aziz.

Belajarlah kita bersangka baik dan kenal dahulu seseorang sebelum kita dengan mudah menjatuhkan hukum.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan Sdr. Roslan...

Saya bukannya hendak membela MSO tetapi atas prinsip keadilan tidak wajar MSO ditohmahkan sedemikian. Sebagai penulis beliau hanya menulis tentang apa yang beliau tahu. Walaupun saya tidak pernah bersua dengan beliau tetapi hasil percakapan dan perbincangan dalam Telefon beliau seorang penulis yang beramanah. Penulisan politik yang dibuat oleh beliau membuatkan pemimpin2 UMNO @ PAS sentiasa berhati-hati dalam gerak kerja yang mereka lakukan.

Kalau saudar ingin mengenali siapa MSO, sila baca dan buat kajian tentang buku-buku politik hasil tulisan beliau.. Selepad itu saudara akan mengenali siapa MOhd Sayuti Omar (MSO).

Untuk saudara Roslan Tahniah kerana menjadi Ahli Majlis MPSJ. Doa serta harapan saya agar saudara dapat menjalankan amanah yang diberi. Walau apa pun terima kasih saya ucapkan kerana membimbing kami Cawangan PAS Taman Batu Tiga sewaktu kami berada didalam PAS Kawasan Subang dan ketika itu saudara adalah YDP Kami..

Thanks.
NH Shah Alam

Anonymous said...

Alhamdulillah...