Saturday, July 19, 2008

Tentang apa sahaja yang bertentangan dengan Islam

Belum pun reda bantahan Pemuda PAS berhubung konsert Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan awal bulan ini kini terpacul pula satu lagi kontroversi. Kelab Liga Inggeris Chelsea dijadualkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan pada 29 Julai ini di Sadium Shah Alam.

Ia mengundang kontroversi kerana pasukan ini ditaja oleh syarikat arak antarabangsa Heineken. Heineken merupakan bir rasmi untuk Chelsea FC. Dan sempena perlawanan ini Heineken Malaysia memang ada menaja beberapa pertandingan bermakna meraikan kedatangan pasukan tajaan mereka itu.

Pemuda PAS Selangor telah menyatakan bantahannya terhadap perlawanan ini bukan kerana sukannya tetapi semata-mata kerana syarikat arak yang merupakan penajanya. Saya difahamkan Pemuda Umno Selangor turut bersetuju dengan bantahan ini malah Mufti Negeri turut telah menyaurakan pandangannya.

Walaubagaimanapun MB Selangor baru-baru ini menyatakan bahawa perlawanan itu akan diteruskan setelah kerajaan negeri mengenakan beberapa syarat antaranya pihak penaja dan pihak stadium disyaratkan agar tiada minuman berakohol dijual atau diberi percuma semasa pertandingan diadakan.

Menurut BERNAMA:

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the organisers have been told to ensure the match takes place in a decent manner and did not break rules on morality.

"We are not objecting because Heineken is sponsoring Chelsea but we have informed the Shah Alam Stadium manager that the match takes place under conditions that are decent and moral.

Adakah PAS melampau dalam membuat bantahan ini?






Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Penolong EXCO Agama YB Dr Shafie Abu Bakar yang juga ADUN Bangi berkata:

Walaupun keputusan muktamad bukan ditentukan oleh kami (PAS) namun sebagai parti berlandaskan perjuangan Islam kami akan sentiasa menegah sebarang perkara yang didapati bercanggah dengan hukum Islam dan norma masyarakat di sini.

Saya difahamkan turut menyatakan bantahan adalah Dewan Pemuda PAS Pusat. Saya sempat diingatkan oleh Tok Guru saya, bahawa sampaikan kepada mereka (pihak yang berkenaan) bahawa haramnya arak itu atas sepuluh golongan, dan saya menurunkan hadis berkenaan di sini:






Rasulullah saw melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak. (Ibnu Majah & Termizi)

Mungkin tidak ada satu pun yang terkena pada penganjur, atau bagaimana?

11 comments:

Jarri said...

betul lah pemuda umno pon buat bantahan. memang soal keikhlasan tu allah yang tentukan. tapi saya ada rasa-rasa yang pemuda umno sengaja nak ambil kesempatan.

apa pun. saya turut membangkang pembabitan syarikat arak dalam penganjuran perlawanan ini.

slyderrose said...

Salah satu penganjur kelab bolasepak Chelsea adalah Heneiken yg besarnya adalah Samsung. Liverpool pulak Calsberg yg jelas terpampang di baju pemain mereka. Manchester United penaja yg besar AIG (American Insurance Group) Dan saya percaya ramai muslim malaysia menyokong kelab-kelab ini. Berani saya katakan ahli PAS pun ada yg menyokong kelab tersebut.

Untuk mengelakkan kontroversi MB Selangor kena pastikan Heineken tidak mempromosi produk mereka. Tak ada papan tanda atau juga barangan. Kalau tidak bolih baik saja perlawaan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Anonymous said...

Nampak gaya Datuk Khlaid ini tak faham bahwa isunya bukanlah setakat promosi atau pemberian arak percuma. Yang menjadi masalah ialah wang Heineken ialah wang haram, yakni wang yang diperolehi dari penjualan dan pengeluaran arak.

Perlawanan itu ditaja oleh wang haram, jadi apa-apa perolehan daripada pertandingan tersebut adalah wang haram - dari ganjaran pemain kepadalah pendapatn kutipan stadium.

Anonymous said...

Sepatutnya apa-apa yang berkaitan dengan arak tidak boleh dilangsungkan bersama. Ingat, kalau pun mereka tidak agihkan minuman tetapi mereka telah menaja kewangan kepada pasukan chelsea jadi sesiapa yang pergi (orang islam) bermakna bersengkonkol dengan penaja dan juga pihak kerajaan negeri yang turut bersetuju.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

minta mb khalid n ajknya bermesyuarat balik...

Anonymous said...

Yang penting PAS mesti bantah, dan bantah BUKAN demonstrasi. Jangan jadi macam kes Ella dan Mas Idayu, yg saya rasa gagal ditangani secara berhemah. Yang tak elok mesti kita bantah.

Anonymous said...

Kenapa tiada tindakan yang diambil berkenaan provokasi oleh akhbar the star apabila hukum islam di manipulasikan. berikut link berita tersebut http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/13/nation/20080713202024&sec=nation

Yanaam said...

Apa yang PAS lakukan adalah betul. PAS patut teruskan amar makruf nahi mungkar walau dibenci oleh ramai manusia.
PAS patut buat mengikut saluran dan keupayaan yang ada. Saya percaya lambat laun, pandangan dan bantahan PAS akan diambil kira dan dihormati juga.

slyderrose said...

Perlawanan ini program kerajaan Selangor atau FAM di bawah kementerian belia dan sukan?. Kalau Selangor mungkin senang batalkan tapi kalau kementerian, MB Selangor kena kasi kata putus pasal arak ini dengan mereka.

Tulang Besi said...

Saudara Ruslan,

Di Norway, tidak dibenarkan walau satu pun iklan arak di mana2.

Baru2 ni pasukan Everton yang ditaja oleh syarikat Arak Thailand bernama CHang.

Mereka telah bermain di Norway, dan terpaksa memakai jersi yang kosong didepan kerana kerajaan Norway mengharamkan pengiklanan Arak di sana.

Anonymous said...

PAS & mufti berhak utk menyuarakan bantahan ttp bila Umno turut membantah, ianya teramat mengelirukan. Majoriti rakyat sedar bhw Umno lah punca yg membiakkan disko² & rumah pelacuran yg semakin berkembang d negara ini. Niat Umno ini tdk ubah spt 'melukut d tepi gantang'.

Sblm ini, pasukan kebangsaan pernah bertembung dgn jaguh dunia spt Brazil & M. United. Saya persoalkan d sini apakah 'nawaitu' perlawanan ini?? Rancangan siapa yg mempertemukan pasukan kebangsaan dgn Chelsea ni?? Kita mesti ingat bhw jentera negara ini d kawal oleh rejim BN. Mcm² boleh berlaku. Pimpinan PR perlu bijak berkorban & bersabar krn Umno(BN) yg kian goyah semakin mempertingkatkan serangan utk menjahanamkan PR. Pandanglah pd destinasi drpd matlamat.