Thursday, July 17, 2008

Siasatlah DSAI dengan penuh adil, telus dan penuh profesional

Saya kira ramai yang menjangkakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditangkap semalam, ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya Saiful yang mendakwa diliwat oleh Penasihat PKR itu. Sebelum ini ada yang menjangkakan DSAI akan ditahan sebelum debat beliau dan Shabeery di DBP, ada yang menjangka sebaik selesai debat, apa pun kini beliau telah pun ditangkap lantas menamatkan pelbagai spekulasi dan bacaan ahli-ahli nujum politik profesional dan amatur.

Saya dan saya yakin ramai yang lain bersimpati di atas nasib yang menimpa DSAI dan keluarga. Penangkapan ini megembalikan ingatan kita kepada peristiwa malang tahun 1998 dahulu.

gambar The Star online

Justeru itu kita menggesa pihak polis dan kerajaan agar memastikan segala profesionalisma dan ketelusan digunakan kali ini bagi menjamin yang kerajaan ini benar-benar telus dan tidak sewaenang-wenang menzalimi orang yang tidak bersalah. Kita tidak mahu episod hitam yang berlaku diera Tun Dr M berulang lagi.

Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, DSAI semalam enggan melalui pemeriksaan penuh di hospital termasuklah mengambil DNA nya. Kita boleh memahami alasan DSAI setelah melalui pengalaman ngeri dan pahit pada tahun 1998 lampau. Oleh itu saya merasakan tidak keterlaluan kali ini jika perlu benar pemeriksaan penuh dilakukan dan sampel DNA beliau diambil demi membantu proses penyiasatan, pihak polis dan kerajaan hendaklah membenarkan pihak ketiga yang bebas jika perlu dari luar Malaysia untuk melakukannya.

Bukan kita meragui atau tidak mempercayai pakar tempatan, tetapi demi keadilan dengan mengambil kira pengalaman yang lepas, saya percaya inilah jalan penyelesaian sebaik-baiknya.

Kalau kerajaan BN ini benar tidak mahu mengulangi kesilapan era Tun Dr M, dan tidak mahu dituduh zalim dan berkonspirasi terhadap DSAI, bertindaklah sewajarnya. Jika tidak selama-lamanya mereka akan dikritik oleh rakyat dan dunia luar.

12 comments:

Anonymous said...

Puloh ribu Kereta melakukan Demo Aman diKuala Lumpur Pagi Ini

salam,

Pada pagi ini khamis julai 17, satu demonstrasi aman telah dilakukan oleh pulohan ribu kereta kereta diseluruh jalan masuk ke kuala lumpur. Kereta kereta tersebut telah bergerak dengan amat perlahan bagaikan merangkak dan bagaikan kura kura. Saya merasakan kereta kereta ini telah berhimpun secara aman dan bergerak secara perlahan kerana menyatakan tidak setujunya Anwar Ibrahim ditangkap. Bagi kereta yg menyokong anwar ibrahim ditangkap, mereka juga bergerak perlahan utk menyatakan sokongan tersebut. Puluhan ribu kereta telah menyertai perhimpunan aman dan gerak perlahan ini bermula dari jam 7 pagi hari ini. Kita jangkakan perhimpunan aman tersebut akan berlanjutan sehingga jam 10pagi.

Kereta yg berhimpunan aman dan bergerak perlahan ini sebenar telah mengambil risiko kewangan yang tinggi. Ini kerana , dengan harga minyak sekarang, maka pembakaran minyak kereta bertambah beberapa percent kerana demo aman dan gerak perlahan tersebut.

Saya percaya penunggang penunggang kereta ini cuba melajukan kereta mereka tetapi kereta mereka enggan bergerak laju. Jangan terperanjat jutaan makian dan doa punah-ranah dilontar oleh penunggang kereta kepada mereka yg menyebabkan kereta berhimpun dan bergerak perlahan pagi ini. Saya percaya penyebab perhimpunan aman ini, yang berada didalam bilik bilik hawa dingin akan panas punggung mereka dan hidup mereka mungkin tidak aman, tidak selesa, penuh dgn maki hamun orang. Kemungkinan juga penyebab perhimpunan ini akan merasa begitu panas badan bilamana mereka dalam perjalanan kerumah 6 kaki bawah tanah satu masa nanti. Satu kereta telah mendengar seorang penunggang motosikal mengatakan, "pagi pagi dah suruh kereta berdemo, bangang betul". Mungkin mereka yang penyebab demo aman ini terdiri dari org yg seperti dikatakan oleh penunggang motosikal tersebut.

Ada kemungkinan demo aman dan gerak perlahan kereta ini akan berterusan beberapa hari kerana ia bergantung dengan bangangnya kepala mereka yang duduk dalam bilik hawa dingin yang menjadi penyebab kepada demo aman dan gerak perlahan tersebut. Ini mengikut kata bangang dari penunggang motosikal tersebut.

Saya hamdy, yang melaporkan dari tol gombak dan taman tun dr ismail kuala lumpur.

Anonymous said...

"sedangkan naga sanggup ku lawan, inikan pula cicak mengkarung...." ucapan Anwar Ibrahim d Tmn. Melewar selepas selesai perarakan 'BERSIH".

BN sudah berada d garisan merah yg hanya menunggu detik utk tumbang. Rakyat tak sabar menunggu detik bersejarah ini.

Anonymous said...

semangat 1998 pasti menyala semula dan kali ini lebih panas kerana pasti penyokong DSAI bertambah lagi.teringat kenangan 1998,gara2DSAI,kami jadi ahli pas dan memahami perjuangan,kalau tidak peristiwa mata lebam,kami masih sesat kot.terimakasih DSAI kerana anda ikhlas berjuang utk rakyat bukan utk kepentingan diri.rasa terhutang budi kat DSAI,kerana membuka minda kami utk memikirkan apa sebenarnya umno,bertopengkan bangsa utk mengkhianati bangsa dan agama.

Anonymous said...

Ini semua disebabkan pemerintah dalam keadaan terdesak. Semoga kebenaran akan terbongkar jua.


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada pendapat saya tentang debat ...

Anonymous said...

PAS mesti berhati hati dengan UMNO, nanti kena fitnah malah PAS kena jauhilah umno pada waktu ini kerana umno sedang hebat memfitnah DSAI! Boleh percayakah umno yang berakhlak demikian? DSAI itu satu fitnah yang jelas, takkanlah bakal PM begitu bodoh bila dia sedang mendahului? Cuma menteri kampongan aje berfikir macam itu spt menteri kdn dan penyiaran.

Anonymous said...

Kesian betul ngan geng2 UMNO, boleh dikatakan hampir semuanya tak faham mesej yang hendak disampaikan. Apakah mereka ini sudah sampai ke tahap pekak dan bisu dan hati mereka sudah sakit? Kalau begitu...ayuh tolak UMNO dalam tong taik...biar dibuat kompos.

Anonymous said...

boleh percaya ke polis ni aku mula rasa sangsi,
dulu kan dah ambik dna kenapa nak dna lagi, pagi ni rtm mempebodohkan lagi orang kampung sebab cakap perlu ambik dna untuk membuktikan kebenaran pergi mana dna yang 1998 dulu, sebab siap bawak tilamkan. orang bandar tak mungkin akan tertipu lagi sebab tu bn susah nak menang dekat bandar, kampung bolehlah.

Anonymous said...

assalmaualaikum sdr roslan,
tak perlulah publish komen saya ni. cumanya saya sangat musykil dengan apa yang sedang dibuat oleh parti kesayangan saya, PAS. kenapa PAS diam seribu bahasa dalam kes anwar??? setakat hantar dr hatta dan dr zul...tanpa pimpinan lebih tinggi telah menghantar satu signal yang sangat negatif kepada rakyat. apakah PAS merajuk dengan anwar dan PKR? apa isu sebenarnya ni? kalau tak ada apa apa masalah dalam PR dan PAS sangat slow bertindak dalam kes anwar, ternyatalah PAS terutamanya pimpinan atasan ie ustaz hadi, ustaz nik aziz etc SANGAT SANGAT LEMBAB dan tidak peka kepada sentimen semasa. saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. kalau merajuk....cakap, jangan buat rakyat terpinga pinga dek KELEMBAPAN pimpinan PAS. harap ambil perhatian.

Anonymous said...

assalamualaikum sdr roslan.
tolong yer....saya tahu sdr rapat dengan TGHH. tolong...tolong jangan buat apa apa hal berkaitan muzakarah dengan UMNO ni. resah kami dibuatnya dek perangai PAS yang tiba tiba jadi pelik. kalau nak muzakarah pun...BUAT MACAM DEBAT ANWAR-SHABERY. LIVE.. LETAK SYARAT SYARAT ESP BEBASKAN ISA kalau tak live, tu maknanya UMNO tak ikhlas so tak payah terhegeh-hegeh. sekarang ni nampak macam PAS yang terhegeh hegeh. mana strategi PAS??? tolong la sampaikan keresahan rakyat marhaen ni kpd TGHH.... don't spoil the moment!!! dan tolonglah be proactive sikit esp TGHH. nampaknya lim kit siang lagi ke depan dari TGHH. kalau macam ni... i won't be surprise kalau undi...anwar jadi PM, LKS jadi TPM dan TGHH...mungkin menteri pertanian kot.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kat dunia ni memang susah utk cari keadilan kalau undang-undang manusia digunakan.

Hanya di akhirat akan tertegak semuanya.....

-AC-

Khairi Mohd said...

Sukar untuk mengharapkan ia berjalan dengan adil.

Sekiranya adil, dari mula lagi tuduhan ini digugurkan kerana tak cukup bukti.

Tiada lain kecuali komplot menjatuhkan pengaruh beliau untuk menyelamatkan kuasa kerajaan.

Harapan semoga kawan2 DSAI di luar sana dapat membantu dengan pengaruh yg ada.

Saya suka melihat perjalanan politik negara tetapi untuk membuat kesimpulan sgt sukar kerana melibatkan byk gray area yg perlukan pertimbangan menyeluruh.

Hj.Mat said...

Ya Allah selamatkan hamba mu yang bernama DSAI dari dan kezaliman
manusia yang berfahaman asabiyah
UMNO.
Mulai dari hari ini marilah kita sama
sama munajat kehadarat Ilahi semuga
DSAI selamat sejahtera,
Berjuang terus berjuang
Lawan tetap lawan sehingga mencapai
kemenangan.
Wassalam.