Friday, July 04, 2008

Rahman Palil bukan lagi EXCO Agama

Apabila Pemuda PAS Selangor menghantar memorandum kepada Pejabat MB Selangor berkenaan bantahan terhadap konsert melibatkan Ella dan Mas Idayu sempena Piala Sultan pada hari Ahad ini, macam-macam tohmahan telah dilemparkan terhadap PAS termasuklah kononnya bahawa PAS tidak mewakili umat Islam di Selangor dan lain-lain. Ini walaupun hakikatnya PAS merupakan sebahagian dari parti yang membentuk kerajaan.

Semalam sekumpulan individu kononnya mewakili 100 NGO Melayu telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor. Mereka diketuai ADUN pembangkang dari Sementa Rahman Palil (Umno-BN).

Menurut Rahman sejak kerajaan baru berkuasa berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan pentadbiran agam islam sehingga membawa kepada perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam di Selangor. Kata Rahman terdapat imam dan AJK masjid dan surau yang telah dipecat dan ahli-ahli JK masjid dan surau dirombak. Beliau juga mempertikaikan khutbah Jumaat yang disampaikan.

Bila PAS hantar memorandum PAS dikira tidak mewakili umat Islam di Selangor, Rahman Palil mewakili siapa?

Rahman Palil ini baru sahaja digugurkan dari menganggotai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila enggan berundur diri setelah partinya kalah dalam PRU baru-baru ini. Beliau dahulu EXCO Agama, tetapi setelah kalah maka sudah pastilah lagaknya bagai meriam buluh. Rahman ternyata berbohong apabila berkata ada imam yang dipecat, dimana? Setahu saya JK masjid-masjid dan surau-surau pun masih belum berubah seluruh Selangor. Zaman BN dahulu semua AJK masjid dan surau bukannya dipilih oleh ahli kariah sebagaimana biasa tetapi ditunjuk oleh orang-orang politik khasnya pimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian.

Rahman perlu sedar yang beliau walaupun ADUN tetapi mewakili parti pembangkang, jangan berasa seolah beliau masih EXCO Agama. Saya yakin istana akan mendengar nasihat dan penerangan dari kerajaan dan bukannya wakil pembangkang seperti Rahman yang penuh dengan kepentingan dan muslihat politik.

Mengapa Rahman tidak pertikaikan penyiasatan BPR terhadap pegawai-pegawai Pusat Zakat, yang semuanya dilantik semasa beliau EXCO dahulu?

Dari maklumat yang saya terima rakyat Selangor kini senang hati kerana institusi masjid dan surau bakal diserahkan kembali kepada ahli kariah. Khutbah-khutbah Jumaat kini lebih membuka hati para jemaah (tidak lagi tidur dan tersengguk-sengguk sebagaimana dulu) dan program-program ilmu di masjid dan surau seakan hidup kembali. Kalau dahulu semasa beliau EXCO beliau tidak berupaya menjadi khatib (mungkin atas apa sahaja alasan yang hanya beliau ketahui) tetapi janganlah berasa dengki dan panas hati apabila EXCO Agama kini naik mimbar menyampaikan khutbah.

Berilah peluang kepada kerajaan baru ini untuk memikul amanah mereka. Mereka boleh ditegur tetapi berilah teguran yang konstruktif dan membina, bukannya dengan menjolok pihak istana untuk kepentingan politik murahan beliau.

4 comments:

Anonymous said...

Saya masih ingat lagi pada awal tahun 2000, ada dua blok bangunan baru dibina di SRA Rantau Panjang di Klang. Pihak JAIS telah pun memilih warna yang ada kuning dan hijau. Memandangkan ini kawasan Pak Rahman Palil, beliau telah mengadu kepada MB Toyo (katanya Toyo tak suka warna hijau) lalu Toyo mengarahkan JAIS tukar warna dgn peruntukan RM100,000 telah diberi kepada konktraktor UMNO (orang kanan si Rahman Palil).

Saya juga berasa bersyukur kepada Allah swt tumbangnya BN di Selangor kerana Rahman Palil dah tak ada kuasa untuk memaksa ketua2 Jabatan memberi kepada orang2nya walaupun harga sebutharga tu tinggi.

Anonymous said...

inilah orang yg tak boleh menerima kekalahan dan mungkin kurang kot tentang ilmu agama Islam.jadi Exco agama...(bekas) baca khutbah pun tak berani... lepas tu dengki org lain baca khutbah

mat_terab said...

Sebenarnya orang macam Rahman Palil ni la yang suka memecahbelahkan islam dan melayu.....dah le menang piliharaya percuma nak belagak pula....

Anonymous said...

regarding the bantahan terhadap konsert Ella masa Piala Sultan Sleangor nanti, i never really thought of this but an article in Malaysia today is quite right...

PAS bising apabila penyanyi ella dan mas idayu ingin menyanyi tanpa menutup aurat, TAPI apa yang boleh PAS komen mengenai sekurang2nya 22 orang pemain bola lelaki yang selama ini tak menutup aurat bermain bola di tengah padang???? tak termasuk 4 orang pengadil pemain simpanan???

maybe bro roslan can think about this and bring it to PAS top post to think about...

bila dah berkuasa, your scope should actually be widen not stay as narrow as before...kena lebih baik dari masa tiada kuasa.... more power,more access to info, more knowledge,more wisdom,,,should be like that