Friday, July 04, 2008

PAS tidak akan gadaikan prinsipnya

Nampaknya konsert yang membariskan ratu rock Ella dan artis dangdut Mas Idayu akan diteruskan juga Ahad ini di Stadium Shah Alam sempena kejohanan bolasepak persahabatan Piala Sultan antara Selangor dan Singapura. Kerajaan negeri yang sepatutnya mengaturkan pertemuan antara Pemuda PAS Selangor (yang menghantar memorandum bantahan) dengan pihak istana berkenaan isu ini rupanya sehingga hari ini gagal mengaturkan pertemuan tersebut.

Menurut kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi:

Kami bersedia untuk merafak sembah Tuanku Sultan bagi memberi pandangan dan menjelaskan keadaan sebenar, tetapi tidak diuruskan oleh pihak kerajaan Negeri.

Sebagai jalan terakhir beliautelah mengarahkan semua Pemuda PAS Kawasan dan Negeri supaya menunaikan solat Hajat selama dua malam supaya Allah menghindarkan bala atau kemurkaan terhadap seluruh rakyat negeri Selangor.

Adalah difahamkan Pemuda PAS tidak akan berdemo pada hari berkenaan sebaliknya akan hadir mengedarkan risalah bagi menyedarkan anak-anak muda yang hadir di Stadium Shah Alam bermula petang Ahad, 6 Julai ini.

Saya secara peribadi mahu mengucapkan syabas kepada Pemuda PAS Selangor kerana konsisten di dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar mereka. Walaupun kita parti politik tetapi hakikatnya kita sebuah jemaah dan gerakan Islam, prinsip perjuangan tidak boleh sekali-kali digadaikan dalam apa siatuasi sekalipun, samada dalam keadaan senang mahupun susah. Saya mengharapkan selepas ini PAS Selangor mengemukakan cadangan yang menggariskan perkara-perkara yang PAS rasakan perlu diterima pakai dan dilaksana oleh kerajaan negeri khasnya yang membabitkan masyarakat Islam di Selangor.

Benar kita bukan dominan di Selangor, tetapi pakatan bersama antara PAS, PKR dan DAP lah yang menyokong penubuhan kerajaan negeri ini. Oleh itu pandangan dan sikap PAS perlu juga dihormati dan diraikan khasnya yang berkenaan dan berkaitan urusan umat Islam.

PAS adalah parti yang berpegang teguh pada prinsipnya kerana matlamat perjuangannya jelas digariskan dalam perlembagaannya. Tiada siapa berhak mengarahkan PAS diam dan senyap dalam perkara-perkara pokok hatta Presidennya sekalipun (dan saya tahu Presiden tidak pernah begitu), apa yang ditunjukkan oleh Pemuda PAS Selangor dalam kes ini adalah satu contoh sikap PAS yang jelas dan tegas. Kita boleh kendur dan berunding dalam perkara-perkara cabang dan yang dibenarkan, tetapi atas bab prinsip, as syahid Ibrahim Libya adalah contohnya...........

17 comments:

Max_Underwood said...

Mr SMS, sorry to say this, but the current sultan is not like his late father. This sultan likes the good life...i.e hard rock cafe, big bikes, kavita kaur etc. He's not like Mizan in the sense His Majesty always looks to Tok Guru Hadi for guidance. This current sultan of selangor is exactly what u would call....the "modern" malay. Don't get me wrong, its not that i dislike sharifuddin on a personal basis but in my opinion, Islam is not really high in his list of priorities. PKR is full of these kind of malays. So what do u expect from them Mr SMS? Personally, I think the right man to guide Selangor would be Hassan Ali. I always thought that if Selangor should fall to the opposition, he would get the job. But alas, PKR has other ideas, and PAS being PAS, always puts others before personal gains. Khalid Ibrahim should have taken control of the situation and not just keep quiet. He's behaving a lot like Pak Lah by keeping mum. To me, the situation can be dealt with minimal problems. If I was Khalid, I'd cancel ella and masidayu...pay them off whatever their fees are (should be around 8-12k each). Bring in Nasyid Groups from colleges or schools or local communities. They would be glad to come and perform for minimal payment.Its soooo easy. Oh yeah, I would advise the sultan not to make public statements about Islamic Law if knows nothing about it.Its embarrassing to see a sultan that way. Now I'm beginning to see why so many UmNO people are saying that melayu PKR is the same as UMNO....that they are just a bunch of disgruntled UMNO members. Same DNA makeup.

Anonymous said...

memang PAS bukan dominan di Selangor...tapi tanpa org-org PAS sapelah org lain tu, ade satu tpt tu ahli diorang sekerat dua jek...sape yg nk gantung bendera, buat bangsal panas,cula undi, kena maki hamun, lawan samseng amno, dan kerja-kerja macam tu kalau tak org PAS. cuba jentera PAS macam diorang, hancussssssss...
pesananME...dah dapat kuasa janganlah kerek, lupa kat member yg bekorban, keringat, wang ringit, kerusi utk korang...dah **** tu tetap **** lah

slyderrose said...

jangan salah MB Selangor tanpa usul periksa. jangan ada prasangka. Mungkin beliau telah cuba dan ada faktor tidak mengizinkan perjumpaan tersebut. berprasangka baiklah wahai pejuang Islam.

Realitinya kebanyakan rakyat dan pemimpin negara dah lali dengan hiburan macam ini. Dah 50 tahun rakyat disumbatkan dengan corak dan gaya hidup macam ini. Buka TV, day in day out hiburan aje. Jadi mereka tidak nampak keburukan tersebut. Olih itu bolih ke kita ubah benda ini dengan sekelip mata?. Bolih ke kita ubah dengan hanya baru 100 hari memerintah.? Rasullullah pun mengambil masa belasan tahun untuk menyampai kalimah Tauhid. Dan tak semua yg terima, betul tak?. itu nabi. Zaman kita..lagi le.

Olih itu engagement is the best. Didikan dan contoh baik adalah jalan terbaik. Bukan menunjukkan kekerasan dan kegarangan. Berhemah untuk memenangi hati orang yg tak faham.

Apa kata PAS mulakan dengan yg obvious dan nyata. Rumah urut bersepah di Selangor. Perempuan2 melayu ramai yg bekerja mengurut orang lelaki berbagai bangsa. PAS berkerjasama dengan BADAR, didik mereka ini dan of course provide them with the alternative works. Bolih tak?

PAS kena set priority dan ia berbeza from state to state. kalau di Kelantan mudah sikit sebab majoritinya melayu dan di sana tarbiah memang kuat...itu pun sampai sekarang tak dapat cover semua kan?. So, kesabaran dan approach adalah mustahak.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pendapat saudara dan syabas kepada Pemuda PAS Selangor yang menyelesaikan dengan cara baik.

Di harap, tidak ada ahli PAS yang menghadiri majlis tersebut untuk sama-sama bersuka ria dan menyambut majlis tersebut termasuk Ustaz Hassan Ali, kalau benarlah beliau menghormati ajaran Islam. Sekadar mengedar risalah dakwah okaylah, tetapi jangan pula ada yang gatal masuk duduk di dalam stadium tersebut. Sekadar boikot/keluar stadium sewaktu Mas Idayu/Ella menyanyi tidak mencukupi

Anonymous said...

Refer to max_underwood quote, i think PAS need start the plan how to "tarbiah" Sultan Selangor. To make Sultan more understand about Islam and Islam rules like Sultan Mizan.

lan said...

kecewa saya MB gagal dalam issue ini

Anonymous said...

Saya rasa sedih juga memikirkan bagaimana PAS diperkudakan oleh ANWAR Ibrahim, dahulu diperkudakan oleh BN

Akar Umbi said...

Baguslah tu, biar keadaan menang-menang. Tak payahlah demontrasi kerana dalam keadaan berdemontrasi kadang-kadang ada pihak ke3 buat provakasi, lantas demontrasi aman akan menjadi kacau bilau. Lagi satu, dari pengalaman saya yang pernah jadi kaki bola, konsert2 ni kami tak peduli. Kami datang nak tengok bola bukan nak tengok konsert. Pernah dulu di era stadium merdeka, kami boo penyanyi2 yang buat konsert sebelum perlawanan. Akhir sekali, dah kebetulan PAS adalah sebahagian dari kerajaan negeri, tolong usahakan besarkan/buat baru surau2 dalam stadium shah alam dan banyakkan paip2 utk wudhuk (tak tahulah sekarang ada surau besar, sebab dah dekat 5 tahun tak ke stadium). Dulu nak wudhuk dan solat pun macam nak beli tiket, khususnya bila ada match yg bagus.

Anonymous said...

this is good.

kita tak boleh tentang org berdarah kuning kerana derhaka dan takut ada yg menganggap masuk neraka.

solat hajat adalah sebaiknya. tak tau lah ponggong mana yang panas nanti.

org darah kuning terlupa akan melihat nepal yg mana org yg berdarah sama warna merempat disingapura pada masa ini.

Anonymous said...

sokong sylderrose....

it's quite true bro roslan....masayarakt kita dah lali sangat...it takes time to change..not in a blink..like they say ... Rome isn't built in a year...

n as i said in the previous post,referring to an article in MalaysiaTOday why must PAS object only to the konsert for not covering the aurat...but not to the football match itself...22 players exposing their aurat... i'm sure there is no difference aite???

like what rasullullah saw did, perhaps more gradual change is wanted. rasulullah didnt lead a revolution.... he inspired and initiated an evolution that took around 23 years until his death...

to think about it, some of this artist depends on this concert for their source of income...rather than stopping them, perhaps we can start by educating them first???

I have a suggestion BRO ROSLAN and EVERYONE ELSE....why dont we all start from the TIANG AGAMA itself... SOLAT lima waktu...some of us still sometimes struggle to complete it on time everyday, some of us do...i myself sometimes lalai...perhaps we concentrate on this...as a way to open our heart wider n those of others so they can easily accept whatever future dakwah that is incoming...

LET"S ENCOURAGE JEMAAH in MASJID n SURAU2. Persuade Khaid Ibrahim to lead the staff of SUK to jemaah in SUK SURAU or just go to MASJID SHAH ALAM next door. at least half of the SUK staff could see the MASJID SHAH ALAM minarets n dome from their table.

HASSAN ALI could start this...other people with a compnay, make it ur company policy....insya allah...slowly, peopple will change...we will all change...

Anonymous said...

prinsip PAS mengecewakan.
saya seorang wanita muslim dan pada saya apa yg mahu disekat adalah baik tapi pada saya PAS mengecewakan.

PAS hanya mahu tarbiyah para wanita sahaja? apa cerita mengenai pemain bolasepak yg berseluar pendek? bukankah itu aurat?

sesetengah individu dlm PAS sgt mengecewakan, mereka terlebih poyo daripada tokoh2 para ulama pihak atasan PAS. sungguh chauvinis.

Anonymous said...

Allah Hu Akbar!! Semoga dicucuri rahmat ke atas As-Syahid..No regret..

Anonymous said...

setuju dgn clr uk...
Buat company policy kat Selangor supaya setiap company dimestikan ada tazkirah tarbiah setiap minggu dan sediakan surau untuk soloat berjemaah disamping menggalakkan staff masing masing. Jadikannya sebagai budaya masyarakat dan pekerja pekerja di selangor.Insyaallah Selangor boleh berubah..

Anonymous said...

Bro, tertarik dengan tulisan Ustaz Hasrizal di blog beliau: http://saifulislam.com/?p=2202#more-2202
Mungkin telah difikirkan oleh pimpinan PAS...

Anonymous said...

hehehe konsert mas idayu,ella bukan main bantah

carburetor dung dihalalkan pulak

itu ke yang kata tak gadai prinsip tu?

-hipokrit

Anonymous said...

Salam encik roslan..

saya pelawat setia blog anda dan sgt gembira tatkala ade post baru di blog anda.. kita sama2 concern tentang hiburan yg melampau di negara kita nih.. dan saya xnafikan it will take some times to totally control this kind of overentertainemnt mentality. PAS memulakan langkah di negeri yg diperintah bersama PR.. tp apa yg amat menyedihkan saya adalah bila mendengar berita lewat smalam.. saya menunggu berita ttg PROTES yg diadakan dia Stadium tu.. saya mengaggarkan ia akan menjadi fenomena seperti BERSIH, namun seblaiknya berlaku.. dan yg paling mngejutkan apabila kedatangan artis juga ada!malah berlaku kejadian yg sangat mengaibkan.. astaghfirullah.. alhamdulillah Allah xbenarkan saya melangkah ke sana..sy tidak tahu menahu ttg adenya artis jemputan sehinggalah kua berita mangenai persembahan melampau mereka.. dan mengejutkan saya penganjurnya adelah ahli Parlimen PAS sendiri.. di mana kita? tidak heranlah org selalu mencebik kita cakp xserupa bikin, talam dua muka, lidah bercabang dsbgnya.. apakah ini yg akan kita pertontonkan setelah kita memerintah negara kelak(jika Allah izinkan).. kita masih mengguna formula manusia utk menarik org ramai..sy percaya ramai yg dtg utk PERJUANGAN.. kita dlm PAS sudah berpuluh2 tahun hidup berTuhankan Allah dan suruhanNya..tatkala Allah memberi kita merasa sedikit kejayaan, ini balasan kita? kadang2 kita terlalu tewas dgn teman2 kita..kita sudah byk berkorban.tegaskanlah pendirian..Rasulullah xkan gembira kalo kita dpt power kalo kita patuh pd dunia utk dpatkan nya.. nau'zubillah.. minta pandangan saudara..ubatkanlah hati sy yg sgt kuciwa ini..smoga Allah selamatkan pejuang2 agamaNya.aminn.. terima kasih

Anonymous said...

Salam.......
Saya dah tgk carta yang pentadbiran Baru 2008 yang YB kula post tu.. Bagus jgk tuh.. semua kaum puak dia ja, yang Pas ada la dua tiga congok, apa pun yang pastinya melayu terus tercorot dibawah par, rasanya kalau Pas rasa terinaya masa berkerjasama dengan UMNO suatu ketika dulu, pada pandangan saya Pas akan rasa terinaya yang berganda melantun2 atas ketelanjuran mereka bergabung dalam pakatan rakyat, yang pastinya hasrat menubuhkan kerajaan Islam yang diwar2kan akan menemui kegagalan... manakan tidak, cuba saudara/ri tgk, awal2 lagi YB Kula letakkan orang2 yang bukan Islam dibarisan kedua, mungkin inilah permintaan dia kalu kaum India membantu DSAI dan PR nanti... Wahai pemimpin tinggi Pas jangan buat2 tak nampak tau... Pas dah selidik ke kedudukan Raja2 Melayu jika terkabulnya PR memerintah nanti? Harap2 tak jadi cam negara jiran kita dah lah, sampai nak azan pu tak boleh dah?
Rasa2nya kalau jadi sampai tahap camtu mesti Pas and UMNO baru terkial2 nak bergabung... Renung2kan dan selamat beramal..... Salam