We may have our own opinion, tetapi berilah ruang untuk mendengar pandangan orang lain. Terima kasih adinda Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz
Salam Kamunting,
Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul - betul berang dan marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul - betul berang dan marah dengan tulisan saya.
Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua, sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.
Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang merungkai.
1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?
Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh. Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.
Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan yang di nanti.
Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti. Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-65 ).
Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.
Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru. Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti. Jikalah kita pemilik undi kualiti..
Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang bertaqwa.
Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah. Allah memegang hati setiap manusia.
Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu. Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.
Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di dalam perjuangan baginda. Di dalam negara kita, akan ada sekelompok bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam sendiri.
Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.
Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Samada mereka mendaftar sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS. Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.
Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.
Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.
Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada didekati adalah tuntutan sepanjang masa.
Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong pemikiran mereka.
Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini. Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99% adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.
2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP sendiri?
Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya? Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah dengan hanya menjauhinya? Sedang anda memerlukan orang UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.
Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?
Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali - kali. Adakah kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?
UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam. Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti. Saya kata, DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka berkuasa?
Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati - matian bertempik - tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan ( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?
Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”
Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan.
Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang - panjang.
Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah? Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran, ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian ) memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?
Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas, insya Allah. Sekarang saya malas.
Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.
Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik perang? Nak tak nak? Hah..?
Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada pelajaran.
Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti demi perjuangan yang lebih suci.
Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku HAMAS semakin kuat.
Begitu politik damai!
PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik buat semua pejuang Islam.
Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai - pandailah pemimpin kita bawa diri. Struktur parti PAS gagah untuk membuat keputusan. Saya yakini.
UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS untuk bukan Islam juga.
3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat? Kita pengkhianat rakyat?
Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam. Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.
Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha - usaha membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya ( maqasid ).
Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu penegasan semula atas jaminan sebelumnya.
Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan. Di dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.
PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.
Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.
Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.
4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?
Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud persefahaman, saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku, saya tak tahu.
Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.
5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS - UMNO berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?
Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya? PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli bangkit melawan.
Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda bila datang keredhaan.
Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang memahami perjuangan.
Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.
http://nikabduh.wordpress.com
16 comments:
sdr
saya amat setuju dan berbangga dengan tulisan yang amat matang dan bernas.dalam apa hal sekalipun kebaikan perlu diutamakan walaupun sedikit.kalau pertemuan dengan pas-umno membawa kebaikan walaupun sikit maka ianya mesti didahulukan.ini lah dia fiqh siasayah syariyyah.jangan pula kita lupa, apa yang kita fikir ada kuasa lain ( allah ) yang akan menentukan.natijahnya bagi Allah
kita hanya merancang tuhan yang menentukan.nampak seolah-olah kita(baca:politikus ) tahu segala-galanya.
insaflah
sekian
Semoga semua pihak dapat menghormati pendirian tegas YAB Tuan guru Mursyidul Am PAS. cukuplah buat statement yang boleh mengeruhkan suasana. Mesyuarat PAS Pusat telah putuskan TIDAK kepada perbicangan dengan UMNO.
Apa lagi yang nak?
Cukuplah. Jagalah Pakatan Rakyat sebaik mungkin. berilah kefahaman kepada DAP, kerana mereka cukup jahil.
Sdr Roslan,
Ini adalah komen dari seorang India dlm blog saya berkaitan dengan kes Low Gwe Burne ditumbuk.
Beliau secara jelas menyatakan kumpulan India yang berdemonstrasi itu adalah kumpulan yang dibayar oleh BN/UMNO bagi menghangatkan keadan supaya berlaku rusuhan kaum.
dr resh said...
If what I read here is true,Anwar should immediately summon Loh and reprimand him and also find out who were the Indians took part in the protest.
This is not the nature of Indians to protest agaist the building of a place of worship. Never have I heard such protest invoving Indians.This must be an inside work of those BN scums who must have hired some uncivilized Indian thugs to achieve thier selfish motives anf to break up the support for PAKATAN
Jelas, mereka akan sanggup untuk memulakan peristiwa Taman Medan ke 2 bagi memburukan imej Pakatan Rakyat dan memecahkan Pakatan Rakyat
Jazak Allahu khairan kathira.
Satu artikel yang amat bermakna dan amat tepat sekali.
Kalau ahli PAS, PR dan UMNO masih tak faham lagi. Bodohlah namanya.
Allahu wa'lam.
Abu Qamar
Tulang Besi,
Yang bodoh dalam hal ini adalah YB Loh sendiri.
Abu Qamar.
ketuanan Islam = Tok Guru Nik Aziz + Tuan Guru Hj Hadi Awang + Anwar Ibrahim + Pak Lah.
Ketuanan Melayu = Sama seperti di atas. Ini lah formula yg sebenarnya. kalau Pak lah ikhlas beliau mesti memanggil Anwar sekali.
Kecermelangan Malaysia = sama seperti di atas.
Ketika formula di atas mesti diperkuatkan dengan reform dalam jentera kerajaan termasuk polis dan kehakiman. Lanun-lanun mesti dibawa kemuka pengadilan.
Salam, Kalau nak muzakarah atau berbincang, dicadangkan bagi siaran langsung, ada unsur ketelusan dan keterbukaan, sumer orang buleh tengok, dengar, analisis dan hayati apa yg dibincangkan,
HUDAIBIYYAH IN NEW AGE... Muzakarah yg mendapat liputan bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, panggil semua wartawan dan pemberita Al Jazeera, BBC, CNN dan sebagainya. Seluruh manusia yg menonton akan mendapat keuntungan dgn minda dan hati yg terbuka...
Lahirlah kebijaksanaan dari faedahnya... Hmmm politik yg jadi filem box office
tulisan tuan amat penting untuk menghuraikan perjuangan Islam. kitahidup dan mati berama Islam. hanya golongan anti islam seperti sisters in???? saja yang amat benci dengan sunnah rasulullah. hati2 dgn golongan seperti ini.
Salam,
Pendekatan begini lah yg kita harapkan dan harus kita terima dengan baik. Pada kita bertelagah sesama kita, baik duduk semeja sebagai saudara.
JazakAllah.
A. Asmat
Salam, apa yang nak dirisaukan sangat pasal muzakarah Umno Pas atau muzakarah Pas Umno. Yang penting tujuannya adalah untuk kepentingan islam dan melayu. Kalau nak mengutamakan melayu lebih dari islam lebih baik tok sah. Apa-apa pun PAS tak perlu tertarik ngan apa yang nak di offerkan oleh UMNO. Sebab janji Allah lebih baik dari janji dari makhluknya.Yang penting PAS perlu dakwahkan UMNO kepada islam, yakinkan UMNO hanya dengan cara islam sajalah semua ummat Malaysia dapat dimartabatkan tak kira ianya melayu, cina atau india atau bangsa2 lain. Satu lagi jika kita boleh buka pintu kedamaian kepada golongan kafir mengapa tak bukak pintu untuk golongan yang memisahkan islam dari kehidupan mereka asbab ketidak fahaman mereka terhadap islam?
Sdr. Roslan,
Saya sentiasa menekankan bahawa perjuangan kita mestilah berlandaskan agama kita. Jangan sekali-kali kita ditipu syaitan dengan memasukkan perjuangan bangsa kita sekali. Ini akan menjadikan kita tersasar. Perjuangan atas agama Islam kita tidak boleh dicampuraduk dengan perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah swt. Masalahnya masa kini kita sering mencampuradukkan malaikat dan syaitan dalam perjalanan hidup kita.
Di negara kita, selalunya kita kedengaran bahawa Melayulah yang memartabatkan Islam sedangkan kita harus tahu bahawa Melayu itu hebat kerana agama Islam dan bukan agama Islam itu hebat kerana Melayu.
Memang saya setuju bahawa PAS dan UMNO harus adakan perjumpaan. Hanya yang saya ingin menekankan di sini, biarlah perbincangan di sekitarkan memartabatkan agama Islam dengan melaksanakan hukum-hukum Islam sebenarnya. Memang kita tidak menafikan bahawa DAP tu tidak boleh diharapkan langsung sebab mereka tu terang-terangan menentang Islam. Saya tidak hairan dengan keadaan ini kerana mereka tu kan kafir. Yang menjadikan kita pening ialah orang Islam kita yang berketurunan Melayu ini tak mahu kepada perundangan Islam. Tengok sahaja kepada kes liwat saudara Anwar. Kita bicaralah mereka mengikut hukum agama kita. Maka di sini sekali lagi saya ingin menegaskan ialah kitalah harus memartabatkan agama Islam kita dan bukan orang lain. Cemerlang kita kerana keIslaman dalam diri kita. Insyaallah.
Takbir!!! (3X)
Syabas Sdr Nik Abduh dan Sdr Roslan.
Satu pandangan yang amat tajam dan bernas. Pelajaran dan pengajaran daripada sirah Nabawiyah yang ramai di antara kita samada tahu, x tahu atau terlepas pandang.
Rasakan seperti sirah ini perlu di bawa semula dalam usrah semua peringkat. Perlu dimunaqasyahkan jika perlu.
Satu tindakan tajdid yang perlu dilaksanakan. Anda BERSEDIA? Wahai mereka yang cintakan Islam. Baik kaum Melayu PAS mahupun UMNO. Adakah ini dikira Assobiyyah?.
UMNO mempersendakan PAS bukan kerana Melayu tetapi kerana Islam yang PAS perjuangkan dan habuan duniawi. PAS menerima UMNO bukan kerana Melayunya semata tetapi kerana Islam yang bakal didokongnya jua dan habuan akhirat yang dikejarnya bersama.
Sekiranya kita meletakkan Islam , Alquran dan Sunnah didepan selamat dan terpeliharalah semua tak kira bangsa dan agama. Baik rakyat jelata, Hatta Kedaulatan Raja jua.
Percaya dan yakinlah pertolongan Allah akan datang. Awalan, keikhlasan sedalamnya perlu diletakkan sebagai maharnya..
saudara,
saya cukup berbangga dengan saudara nik abduh atas pandangan pimpinan yang muda. sebelum ini saya agak "kurang menyenangi" PAS, tetapi setelah membaca pandangan ini, teringin sangat2 saya menjadi ahli PAS.
Tapi..bila saya membaca Harakahdaily.net, saya cukup kecewa dengan sikap TG Nik Abdul Aziz san saya rasa saya terpaksa membatalkan niat saya
...bila dakwah dgn org non-islam, biasanya org non-islam ini tak berminat dgn Islam kerana perangai dan akhlak org melayu itu sendiri. depa tak sukakan Islam bukan kerana ajarannya tak bagus atau tak baik tapi kerana sikap pengamalnya, khususnya org melayu yg tak menampilkan ciri muslim yg sejati.
...kalau nak kaji Islam jgn kaji org melayu. abis tu nak kaji ape?? kita kaji kitab yg dibawa oleh setiap agama. kita kaji Bible utk tahu tentang Kristian. kita kaji Veda utk kaji pasal hindu dan kita kaji Quran untuk faham pasal Islam... barulah kita boleh buat penilaian yg benar mengenai sesuatu ajaran itu. kalau nak kaji orgnya pula kaji pengamal teragung di kalangan penganut agama itu. kalau dlm kes Islam kaji kisah hidup Nabi Muhammad dan sirah sahabah.
...dlm hal politik juga begitu. jgn lihat keburukan UMNO atau PAS dgn melihat pengamalnya. kalau nak kaji UMNO dan PAS kajilah PRINSIP yg dibawa oleh setiap parti itu dan kalaulah nak kaji sangat pengamalnya kajilah pengamalnya yg terbaik dari kalangan pengamal prinsip tersebut.
Allah,tuhan kita yg esa/ satu
Nabi Muhammad,nabi kita yg satu
AlQuran, kitab kita yg satu
...maka itu penerimaan kita terhadap asas iman itu adalah cukupi dan memadai utk kita bersatu pd titik persamaan dan tak mencari jalan berpecah. bangsa adalah satu anugerah, agama adalah satu nikmat. masing2 perlu lengkap melengkapi utk wujudkan KESEIMBANGAN.
waallahualam
Bagula bawak Ayat Quran dan Nas.
Cumanya saya nak ingatkan dengan UMNO ni kita pernah BERDAMAI.
Dan dia tipu kita balik.
Bukan ada hadeeth ke yang kata kita tidak boleh dipatuk pada satu lubang dua kali?
Saya tak ade parti.
Semasa LKS buat hal perlantikan MB Perak, saya terpaksa MC krn 24 jam bertarung di alam cyber. (Maaf saya bukan cybertroper UMNO).
Nanti saya akan bookmark blog sdr Nik Abduh. Lama sdr Roslan saya pun dah lama tak masuk di atas sbb2 tertentu. Tp apabila berlaku hal2 besar dlm negara kita, tahulah saya mencari.
Saya harap suara2 org spt saya di M'sia ini sbg stakeholders tetap masuk dlm sifir kira2 pemimpin2 politik kita.
Wassalam.
P/S Bagi saya, penting diteliti betul2 halatuju sebenar DAP dan PKR; tak leh asyik tengok surface dan rhetorik semata2.
Yg bermain politik dan beragenda terang mahupun tersembunyi bukan sekadar UMNO...
Post a Comment