Sunday, July 20, 2008

Memegang saham dalam meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak”

Malam tadi saya terpaksa melayani seorang kawan dan ahli PAS (arwah bapanya bekas pimpinan PAS zaman Asri) yang bertanyakan berkenaan isu muzakarah Umno-PAS. Perbincangan kami tertumpu pada suatu artikel yang beliau pungut kononnya sebagai sumber sohih. Maklumlah penulis artikel itu menggelar dirinya “Ahli PAS dalaman”.

Saya dapati artikel itu: “Pendedahan dalang-dalang yang hendak membawa PAS masuk BN” bertenggek pada blog “Malaysia Waves” kepunyaan “Tulang Besi”.

Dulu kalau kita berkunjung ke laman blog ini pemiliknya menempelkan gambarnya untuk dikenali oleh pengunjung tetapi hari ini atas sebab yang hanya beliau sahaja tahu tiada lagi gambar atau identitinya dalam blog berkenaan. Tak mengapalah saya pun bukan berapa berminat untuk mendedahkannya cuma tertarik juga membaca artikel Sinar Harian hari ini yang kebetulan menyerang sikap Dewan Ulamak PAS Pusat yang saya kira bagi yang berminat bolehlah mengenali identiti pemilik blog ini yang menulis artikel itu.

Saya membariskan beliau setaraf dengan seorang lagi blogger yang memang tersohor dan licik dengan kisah “half truth” dan fitnahnya mungkin setanding dengan “spin doctors” pra PRU12 dahulu.

Tapi tak mengapalah, apa sahaja yang kita tulis Allah sahaja yang tahu niat dan kebenarannya.

Seorang pencuri kalau ditangkap pun tidak akan mengaku dia mencuri. Kecualilah pencuri angsa raja di zaman Abu Nawas yang meraba-raba kepalanya apabila berhimpun di hadapan raja dengan rakyat jelata negara itu. Kata Abu Nawas dalam ramai-ramai yang berhimpun ini aku tahu siapa yang mencuri angsa raja, kata beliau lagi, yang mencuri angsa raja pada kepalanya tersangkut bulu dari angsa itu.

Lalu pencuri yang terpedaya dengan muslihat Abu Nawas itu telah meraba-raba kepalanya menyangkakan ada bulu angsa tersangkut di situ, beliaulah seorang sahaja yang meraba-raba kepala sedangkan orang lain tidak.

Sesungguhnya penulisan-penulisan ini menyerang pimpinan kanan PAS yang kebanyakkannya bertaraf ulamak, malah kalau tak ulamak sekalipun, adakah kita diberi lesen untuk menghina dan mengaibkan mereka walaupun kita panggil diri kita “Ahli dalaman PAS” atau Ahlul Bait atau apa sahaja.

Sedarkah kita maklumat yang kita bawa itu benar atau fitnah? Sedarkah kita bahawa pimpinan yang kita serang itu adalah pimpinan yang ratusan ribu ahli Pas kenal dan faham budi dan akhlak mereka. Kita yang tidur malam bertemankan air liur basi dan dengkoran hodoh boleh mengadu-domba pemimpin yang menghabiskan tengah malamnya bertahajud dan beribadat malam!

Sedarkah kita pemimpin yang kita serang bukan sekadar menjelajah pelusuk negara berceramah politik tetapi mereka mengangkut al Quran, Hadis dan kita-kitab besar, mengajar dan memberikan ilmu dari masjid ke masjid, surau ke surau dan pusat tarbiyah ke pusat tarbiyah, sedangkan kaki kita terhenjut-henjut asyik mendengar lagu-lagu “underground” yang kita dakwa baik dan comel lirik-liriknya!

Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi saya tidak akan mendiamkan diri jika dengan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin yang “tested” dalam jemaah diserang dan dihina seolah penulis-penulis yang menyerangnya itu jauh lebih mursyid, maksum, baik dan sempurna.

Kebetulan semasa saya menulis posting ini sebuah kitab karangan Dr al Syed Muhammad Noh bertajuk “afat ala Tariq” atau “Wabak Sepanjang Jalan” terbitan Dewan Ulamak PAS Kedah (yang pengerusi panel penterjemahnya dahulu adalah kini YAB Ustaz Azizan Abd Razak) berada di sisi saya, sebuah kitab yang sering menjadi bahan bacaan dan teks usrah PAS (bagi mereka yang melalui terbiyah PAS).

Janganlah kita jadi al Isti’jal, al I’jab bil Nafsi, al Ghurur dan al Takabbur sehingga memegang saham dalam menimbulkan syak-wasangka, adu-domba sehingga meruntuhkan “Kepimpinan Ulamak” yang dibina dan diberi penegasan oleh jemaah sejak lebih 26 tahun lalu.

29 comments:

Anonymous said...

Saudara Ruslan SMS Corner,

Saya terus-terang bahawa saya tidak menyokong penglibatan Ulama dalam Politik Kepartian. Tetapi, atas semangat Al-Hudaibiyyah saya serahkan perkara itu kepada kebijaksanaan mereka dalam mempertimbangkan kebaikannya kepada Agama. Tetapi, saya harap agar sekurang-kurangnya pejuangan itu mestilah dalam kefahaman dan konteks sebagaimana yang saya ketengahkan dalam Blog saya yang saya kutip dari rujukan-rujukan muktabar. Harap perkara ini diberi perhatian sewajarnya.

Wassalamu'alaikum.
AL-FAQIR-ILALLAH KORBANDEMOKRASI

Anonymous said...

Tulang Besi dah berkarat biru?

Anonymous said...

assalamualaikum. dup dap dup dap jantung ni memikirkan apa strategi PAS. takut sungguh kalau PAS dipermainkan/ditikam oleh UMNO. takut juga kalau PAS ditikam oleh PKR/DAP. sekarang ni...nak makan pun susah hati, nak tidur pun susah hati, nak pergi kerja pun susah hati. saya harap dan yakin pimpinan PAS akan fikir semasak masaknya sebelum sesuatu keputusan diambil. dah tak tau nak cadangkan apa apa lagi. harapan saya PAS akan muncul sebagai pemimpin dalam masa terdekat ini...insyaallah. moga allah membimbing jalan perjuangan PAS ini. insyaallah

Anonymous said...

Saudara Roslan,

Kalau benar tulisan tersebut fitnah, cuba tunjukkan kpd saya dimana fitnahnya?

Errr kawan baik Roslan, Dr Rani Othman tu bukan kaki fitnah ke???

Semua org dia fitnah, tapi En. Roslan rilek je.

Jgn takut, saya rasa saya lebih lama dlm PAS banding dgn Encik Ruslan.

Masa En. Ruslan kat sekolah, saya dah mula ikut usrah PAS. Jadi,tak payahla nak cerita pasal tarbiyyah.

Kang tak larat pulak nak berdebat dgn saya.

Jgn marah.

Unknown said...

Dalam posting saudara ini,saudara tidak menjelaskan sama ada benar atau tidak seorang pemimpin Pas dari Terengganu yang terlibat dengan pertemuan sulit itu.
Sebaliknya di bawah sedar, saudara seolah menyerang balik penulis artikel yang mendedahkan dalang-dalang yang dimaksudkan,tetapi serangan saudara amat berlapik kerana semua orang tahu saudara
juga bertenggek di bawah dagu Dato Presiden.Pada saya artikel penulis tersebut tidak salah.Ia memperlihatkan betapa tindakan sedemikian amat tidak wajar di waktu ini. Menggunakan istilah muzakarah sekadar untuk menampakkan lebih islamik dan ada unsur positf sedangkan,tipu muslihat musuh sudah berjaya dipusingan pertama. Yakni meletakkan penyokong Pas diantara dua keadaan,SATU SETUJU DAN SATU LAGI MENENTANG DENGAN muzakarah itu ( konon ).
Saudara jawab dengan ikhlas - pertemuan yang kononnya di adakan di London itu diketahui dan dipersetujui atau tidak oleh YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz ?

Anonymous said...

seperti yang di nasihatkan oleh TGNA, perjumpaan atas dasar individu,bukan atas dasar parti.
Jika difikirkan , mauduk pembincangan ialah dasar melayu.
kita faham pas menjuangkan islam,
keadilan untuk semua kaum.
harus di ingat berbagai jenis kulit telah memberi undi kepada pas, atas dasar kepercayaan , keadilan untuk semua.

tidakkah PAS belajar dari kesilapan dulo.

Anonymous said...

saya tidak pernah masuk atau membaca blog sdr sehinggalah ke awal pagi ini. alasannya - kecewa dengan cara isu semasa dikendalikan pas setakat ini.

saya melihat kebimbangan (dan mungkin kegagalan) kepemimpinan pas pada era pasca pilihan raya umum ke-12 turut disumbangkan pembantu2 presiden. dengan sedikit apologi, saya harus menyalahkan anda sebagai s/u akhbar presiden itu sendiri. kegagalan memberi reaksi yang jelas dan tegas dalam tempoh yang singkat, misalnya, adalah antara punca timbul wasangka di kalangan grassroot.

saya agak lama menyimpan rasa terkilan dengan keadaan ini. mengapa DAP, misalnya, pantas dan lincah bereaksi setiap kali ada isu nasional keluar? mengapa, misalnya, pas begitu tercicir ketika memberi pandangan dalam isu nasional.

memanglah sdr akan berkata, bukan setiap masa pas tercicir. tetapi saya katakan pula - selalunya pas memang tercirir. berbanding ketika almarhum ust fadzil dulu, tahap kecergasan kepemimpinan pas sekarang menyedihkan.

tahukah sdr bahawa semakin ramai ahli bawahan kini menyebut2 nama ust fadzil? mereka dan saya terkilan dengan kelemahan ini.

sdr boleh saja membantah pendapat ini. sdr nak kata apa pun, terserah. tetapi bagi segelintir ahli bahawan seperti saya ini, kami juga berhak berpendapat.

Anonymous said...

Zaman ini adalah zaman sarat fitnah... Teliti dahulu beritanya... Berpegang lah pada tali Allah, Nescaya dijauhkan dari kesesatan... Kepada orang2 PAS yg sudah tidak kisahlah, baru atau lama, ahli luaran atau dalaman atau superdalaman, matlamat kita adalah satu iaitu KERANA ALLAH... Kalau setakat berita begini, biasa la beb... Aku pun buleh tulis aku ni ahli pas dalaman... dasar CYBERTROOPERs UMNOPUTRA... KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

AHLI PAS SUPERDUPERDALAMAN aka Rider of Saber

Anonymous said...

TGNA kata kalau nak jumpa kena ada pihak ketiga baru tak jadi fitnah.

Tulang Besi said...

Sdr Roslan,

Cubalah bersangka baik.

Saya menurunkan gambar saya kerana saya merasakan column sebelah kanan saya terlampau banyak material.

Kenapa isu sebegitu dangkal ini mahu dinaikkan?

Tulang Besi said...

Roslan,

Saya pergi tengok artikel tuan di Tranungkita, nampaknya lebih ramai yang simpati dgn artikel yang saya publish berbanding dgn artikel tuan.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12894

Anonymous said...

Saya rasa bangkai gajah susah nak tutup pakai nyiru.

Jadi, susah nak tutup kes ni, Roslan

Anonymous said...

sdr
dalam hal ini saya berpendirian adalah patut bagi pas mengadakan muzakarah dengan umno atau membawa pas kepada umno.bunyinya agak pelik.tetapi
1.bukankah itu satu lagi method/strategi dakwah
2.bukankan islam/pas mesti menerajui masa depan dan perubahan.umno sudah tidak berupaya lagi maka inilah masa pas buktikan kebolehanya.
3.inilah peragai orang pas kampung syok sendiri kononnya kita lebih islam dari depa/umno.mana pergi dasar "seruan kebaikan"
4.pemimpin mesti ada fikrah(futuristik)dan melihat masyarakat lebih utama bukan parti semata-mata.kata pas nak memerintah ,kalau isu macam ini pun tak boleh selesai , apa macam
5.Benarlah tanggapan umum bahawa Pas ini parti tok-tok lebai sahaja ,(itu pun untuk orang kelantan yang 99% melayu )pas tak sesuai dalam masyarakat majmuk.adakah begitu.

sekian.

Anonymous said...

at last mengaku jugak....



salam,

rasanya itu bukan pas. yg membuatnya adalah qutlah dalam pas ..dan silap silap bukan keputusan jamaai ....

rupanya...bila keadaan2 tertentu ada org kita balik kepada kepompong melayu. islam yg tidak terancam dan islam ada yg akan menjaganya. cuma org islam itu terasa terancam atau pejuang islam itu sendiri yg tak sabar nak memegang kuasa .

dan kalau org yg bernama islam itu sendiri tidak mahu berubah seperti kebanyakan org melayu yg terus mahu umno spt dlm pilihanraya lalu, maka Allah boleh turunkan golongan lain yg menegakkan keadilan. tapi yg tak sedapnya, pejuang islam yg berdegar degar bercakap, balik kepada kepompong melayu bila dlm keadaan tertentu .

Dan tak sangka majlis syura ulama juga balik kepada kepompong itu ....

dan terbukti.. cikgu pa, timpres, ulama yg menyokong...so bukanlah fitnah..nama khalid samad yg tidak ada dlm list saya.

cuma roslam sms yg tidak jujur dan mengatakan fitnah walhal roslam sms yg talam dua muka..tahu tapi ngaku mcm tak tahu...

kesian...roslan...

Anonymous said...

adakahpertemuan yang direstui oleh mesyuarat ajk pas pusat dianggap pribadi? peribadi bermaksud anda melakukan tindakan tanpa meminta pandangan rasmi mesyuarat!! adapun sekiranya diputuskan dlm mesyuarat maka ianya adalah keputusan parti !!!

Anonymous said...

assalamualaikum. saya cadangkan syarat pertama apa apa muzakarah ialah BEBSAKAN TAHANAN ISA!!! kalau benda ni pak lah tak boleh buat, forget about muzakarah! pimpinan PAS perlu ingat berapa banyak jiwa yang menderita tersiksa akibat kekejaman pak lah dan BN. jangan lupakan mereka wahai pimpinan PAS. jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim, kerana label dan dosa kezaliman itu akan terpalit kepada kita. sdr roslan rapat dengan tuan guru presiden, tolong lah remind tuan guru presiden kita tentang penderitaan anak anak tahanan ISA. BEBASKAN TAHANAN ISA sebelum apa apa muzakarah!!!

Anonymous said...

salam sdra.Roslan...

kalau benar apa yg di katakan oleh tulang besi itu 'fitnah'kita mengharapkan ianya dapat di tangkis oleh pimpinan,tapi kalu ianya benar amat malang sekali bgi PAS yang mempuyai manusia speti ini.

Adakah ini mainan pihak dalaman PAS sendiri yang inginkan supaya golongan Ulma'ini di singkirkan menjelang muktamar akan datang.sbabnya di fahamkan ada satu golongan dalam PAS yang tak brapa suka dengan presiden.....macam UMNO jgk.!!

Anonymous said...

bolehkah roslan sms dipercayai.

salam,

ana mengikuti tulisan tulisan roslan sms.
tapi dlm hal the so call muzakarah dgn umno ini ana lihat lidah roslan begitu berbelit. mengata org lain menfitnah dan pelbagai lagi..
beliau bagaikan talam dua muka..mengatakan tidak kepada umum tapi mengetahui dan menuduh org lain memfitnah ...

beliau juga menggambarkan seolah olah keputusan itu adalah berbentuk jamaai...sedangkan ianya mgkin berbentuk faction dlm parti..

kabarnya semasa pj selangor jumpa umno selangor, juga roslan sms juga antara kitchen kabinet nya .. dan itu juga tindakan tanpa syura dgn perhubungan selangor ..

kalaupun perkara tersebut adalah rahsia, then tak le perlu menuduh org memfitnah etc.. jawab saja accordingly.

menghujah adalah satu perkara, lidah bercabang adalah satu perkara lain ..

Anonymous said...

roslan sms ja betui.. yg lain kaki penipu half truth... pak bakaq pon dia sapu... yeaahh.. org muda pas ja yg betui...

Anonymous said...

Islam itu adil ttp masalahnya pemerintah tdk adil. Kecacatan inilah punca perbalahan & krisis yg tiada kesudahan selagi Umno (BN) berkuasa. Hanya memertabatkan PAKATAN RAKYAT sbg pemerintah baru d M'sia shj jalan utk memperbetulkan segala kekusutan ini. Pada pendapat saya, sukar utk mencari keadilan d dunia ini kecuali d Padang Masyhar. Namun begitu usaha ke arah itu amat terpuji d sisi Allah swt. Wallahualam.

Anonymous said...

Bakaq kata:

Tetapi kalau dedah perbuatan melanggar arahan parti atau mempersoalkan kredibiliti orang yang mahu jawatan tinggi parti, itu bukan membocorkan maklumat parti namanya. Apatah lagi kerja dalam gelap yang bertentangan keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kerja dalam gelap bukan maklumat parti.

Anonymous said...

arghhh. adakah pas akan menjadi seperti umno pertelingkahan antara golongan pro dan anti pak lah. sebaliknya pas, pro dan anti muzakarah dgn umno.
bila melayu hendak bersatu.

salam

Anonymous said...

Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul.
Berisgtifar semua.

Anonymous said...

2 hari lepas ada mes caw di tempat saya(saya ajk).Sebelum pun pak lah annouce dah jumpa 3 kali dgn pemimpin tinggi PAS.majoriti ajk caw amat tidak puas hati dgn muzakarah ni, tak payah la sebut the detail pasal isu nak dakwah umno inshaalah kami faham, tak payah meleret, pergi cerita kat org lain.

sampai punya marah ada yg kata nak keluar parti kalau muzakarah, saya pun terkejut.

ini muzakarah demi melayu apa cite? saya mamak pure punya camne?

Anonymous said...

Sikap kebodohan dan kebobrokan bloggers yang lebih suka menghentam ulamak amat mengkhuatirkan. Dalam hal ini, saya bersimpati dan bersama-sama berdiri teguh di belakang Dewan Ulamak yang merupakan tunjang kepada Pentarbiyyahan PAS secara menyeluruh. Golongan oportunis yang berminat kepada jawatan memang tak dapat nak disangkalkan lagi suka untuk mengambil ruang dan peluang bagi melonjakkan nama mereka. PAS harus kembali secara menyeluruh untuk menggemilangkan kembali dasar KEPIMPINAN ULAMAK. Perlembagaan PAS perlu disemak semula untuk memastikan kepimpinan yang dilahirkan bukan dari kalangan yang tidak mengikuti pentarbiyyahan PAS sejak dari peringkat awal. Kekangan untuk memegang jawatan perlu diwujudkan demi memastikan PAS memang benar-benar dipimpin oleh golongan yang berkualiti.

Anonymous said...

salam sahabat2 semua,

dalam apa jua keadaan dan juga insiden, untuk dapatkan kepastian itu amat perlu. hati-hatilah semua, baik org Pas, pengkritik dan sesiapa sahaja yang menyokong atau tidak.

Allah menyebut: Wahai org2 beriman, apabila datang seseorg yang fasiq (seorg yang tidak maksum seperti nabi) membawa sesuatu berita, maka hendaklah diselidik berita tersebut. Jika tidak diselidik (sebelum diterbit/dihebahkan), masyarakat yang tidak ada informasi akan menerima impak yang buruk, maka semua akan sesal atas apa yang dilakukan. (al-Hujurat)

Dalam peristiwa fitnah ke atas aishah r.a, Allah membersihkan namanya dengan menyatakan bahawa fitnah itu berlaku dari perbuatan dan juga cakap2 dari orang2 yang hampir. Bagi orang-orang yang hampir dengan Pas ataupun mengaku dirinya orang lama Pas, moga2 semua boleh berhati-hati supaya tidak digolongkan dalam golongan yang memburukkan keadaan.

jadilah orang yang menjernih keadaan, dan juga orang yang boleh membuka minda masyarakat sehingga dapat membezakan antara yang benar dan juga yang hak, bukan kumpulan dalaman yang menimbulkan kemelut, kritikan yang membelitkan sebuah organisasi dakwah Islam.

Anonymous said...

gerakan Islam berasaskan sunnah Rasulullah dan berpusat kepada syura dan nasihat ulamak. Ketika ini PAS tidak isu yang perlu dikuatiri semua peringkat ahli dan organisasi parti. Harap semua penyokong PAS memahami asas perjuangan adalah untuk kepentingan Islam dan mendapat keredhaan Allah. Wassalam.

Anonymous said...

Saya setuju dengan Mat Sabu dan Husam: Ahli Pas yang membuat perjumpaan sulit dengan UMNO perlu dipecat.
Ahli kecewa.

Unknown said...

saya sependapat dengan kesimpulan tulisan saudara di atas. Disaat PAS sedang hampir menggenggam kejayaan, ramai pula yg mengaku menjadi bau-bau bacang dengan PAS dan dalam masa yg sama cuba mengkhianati PAS. Nyahkan tulisan / komentar syaitan-syaitan itu dari blog Tuan. Bukannya tanda ketidakterbukaan tetapi perlu untuk memperjelaskan prinsip kita tentang kejahatan itu. Begitu juga nasihat saya kepada pengendali TeranungOnLine (TKO). kalau setakat nak dengar pandangan serong tentang PAS, lebih baik saya baca Utusan atau Berita harian, daripada dok bayar bil internet melayari blog tuan-tuan!