Monday, July 21, 2008

Mari mendoakan kesejahteraan Islam

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan pandangan khusus terhadap isu pertemuan antara pimpinan Umno-PAS atas isu kepentingan Islam dan bangsa Melayu. Saya sedar masing-masing individu punya pandangan masing-masing, dan memang kita berhak pada pandangan kita masing-masing.

Saya memberikan beberapa posting sebelum ini menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap beberapa reaksi pihak ketiga yang tersasar dari semangat sebenar isu pertemuan itu. Rasa saya, saya tidak pernah menafi atau mengiakan pertemuan itu sebelum ini kerana itu bukan kerja saya, dan adab berjemaah tidak memberikan ruang dan laluan bagi saya untuk mendahului pimpinan.

Apa yang pernah saya dedahkan sebelum ini adalah berita-berita “half truth” dan fitnah yang disebarkan oleh pihak dan individu tertentu kerana mahu mensensasikan isu pertemuan itu (kalau kerana itu saya dikatakan pembelit dan sebagainya, silakan), atas niat yang mereka sahaja ketahui. Ianya telah di “spin” oleh mereka sehingga menampakkan seolah semuanya buruk dan hodoh belaka, dan malah sampai keperingkat membahayakan keselamatan pimpinan tertinggi.

Kita boleh kritik, dan memang kita berhak menegur, tetapi jangan sampai menokok-tambah bagi menampakkan cantik apa yang mahu kita hujahkan sedang pada hakikatnya ia bersandar pada kepalsuan. Ada orang pernah sebut contohnya Timbalan Presiden PAS berpeluk-pelukan dengan Najib Tun Razak di London, sedangkan ianya tidak pernah berlaku, lalu tidakkah itu fitnah?

Ada pihak pula memperkenalkan teori “Terengganu” kononnya inisiatif ini diambil oleh mereka yang “desperado” kerana Terengganu kalah sedangkan negeri lain menang. Lantas apabila kenyataan terbaru Presiden menyebut bahawa segala yang berlaku dimaklum oleh jawatankuasa Pusat malah turut melibatkan badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura, jadi bagaimana?

Ni soal masa depan Islam, bukannya nak menobatkan sesiapa jadi juara, seorang blogger malah menurunkan komen di sini sambil menulis:

Saya pergi tengok artikel tuan di Tranungkita, nampaknya lebih ramai yang simpati dgn artikel yang saya publish berbanding dgn artikel tuan. Tulang Besi.

(Jangan ghairah dengan bilangan yang memberi komen menyatakan simpati, ianya subjektif, seorang yang berniat serong boleh memberi 1,001 komen atas pelbagai nama untuk nampakkan Tuan hebat........... begitulah dunia alam maya ini)

Apa pun insiatif yang diambil bukan keputusan peribadi tetapi masih dalam lingkungan jemaah. Janganlah kerana kita secara peribadi tidak setuju dengan inisiatif ini maka kita menyerang dengan pelbagai tohmahan termasuk kononnya nak “main belakang”, konon kerana pemimpin itu dan ini “gila kuasa”, tidakkah itu sekaligus menghukum kesemua ahli majlis syura ulamak juga sedemikian?

Bolehkah kita berlapang dada dan bersama-sama mendoakan demi Islam dan masa depan ummah, jika inisiatif ini mendatangkan hasil yang positif mudah-mudahan ia berjaya. Sokong tak sokong itu hak kita, tapi jangan menjadi juara “half truth” dan fitnah.

12 comments:

Anonymous said...

emm sdr roslan, pendapat saya sdr bersifat escapism dalam hal ini.

Anonymous said...

walau apa pun pokoknya half truth dah terbukti kebenarannya. Berkenaan asam garam seperti peluk najib tu hanya perkara ranting.

Yang ingin kepastian ialah buat pertemuan dulu baru lapur Majlis Syura atau sebaliknya. Jika pertemuan ini nak dirahsiakan maka Dolah dah bocorkan rahsia, Pandai2 lah PAS bertarung seterusnya.

Anonymous said...

Kepimpinan PAS pasca Asri menghidupkan perjuangan yang berasaskan sunnah dan Quran.
soal perbincangan dan perjumpaan , apalagi kerjasama BUKAN soal pokok.
Yang penting wadah perjuangan adalah emmperkasakan Islam.
Tidak ada tanda-tanda ini ebrlaku di zaman pasca Asri.
Tidak ada sebab untuk merasa curiga oleh sebab beberapa berita dan laporan akhbar-akhabr yang kita semua tahu lidah bercabang dan sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat munafik.
Teruskan perjuangan dalam jemaah Islam kita tidak akan sesat InsyaAllah.

Anonymous said...

PAS dah kena perangkap UMNO, sekarang PAS di lihat sebagai petualang dalam PR sampai ada orang PKR kata PAS nak tikam belakang kerana kemaruk. Kenapa begitu mudah PAS 'kena' lagi walaupun bertujuan baik? UMNO tu ular, berwaspadalah bak kata satu pepatah Red Indian..'Don't enter a hissing competition with a snake, you lose!'

Unknown said...

you are trying so hard to do the damage control roslan..buat as far as i see, you are in vain!

Anonymous said...

ahhh.... nampaknya PAS adalah parti yang paling bergolak masa kini. tak tahu lah nak cakap apa lagi.... sedih, takut, hampa, kecewa. kenapa jadi begini? lebih menyedihkan... pimpinan tertinggi BEGITU LEMBAB untuk menyatakan penjelasan. sejurus sebelum dan pilihanraya, PAS dilihat begitu hebat. kini, bergolaknya PAS sampai ahli ahli bawahan mula sangsi dengan pimpinan. walaupun kia diajar taat dengan pimpinan...tapi kalau pimpinan sanggup bersekongkol dengan pemerintah yang menzalimi anak anak kecil yang ayah mereka ditahan di bawah ISA...rasanya boleh saja ahli ahli PAS menolak dan ingkar pada pemimpin semacam ini. BERHATI HATI LAH PAS DENGAN UMNO, SEBAGAIMANA PAS BERHATI HATI DENGAN DAP/PKR. jangan sampai kawan kawan hilang... ahli pun hilang, dan PAS terjun dengan labu labunya

nikrahim said...

Salam.

Saudara bertindak dengan tepat. Saudara ialah individu yang banyak memegang rahsia jemaah. tersilap sedikit, rahsia jemaah akan terpecah dan ini akan lebih memudaratkan. Saya harap saudara terus berpegang pada amanah ini. Usah kecewa dengan mereka yang tidak akan kecewa dengan kegagalan kita, fikirkan mereka yang akan kecewa dengan kegagalan kita.

ada sesetengah orang tidak memahami adab berjemaah. mengkritik pimpinan menggunakan maklumat bukan dari sumber yang sah dan mengkritik secara terbuka.

dalam hal muzakarah, kita telah melantik pimpinan. kemudian tanggungjawab kita ialah thiqqah dan taat kepada pimpinan. jika pimpinan telah didapati tidak melaksanakan tanggungjawab dengan betul, gunakan saluran yang betul untuk menukar pimpinan. jika benar kita lebih lama menjadi ahli jemaah dan telah terlebih dahulu mengikuti proses tarbiyyah.

Anonymous said...

Kenapa pertemuan di rahsiakan kalau muzakarah? Perjumpaan sulit bila terbongkar, jadi skandal!

Anonymous said...

TGHH kata syura tahu pasal pertemuan UMNO-PAS. TGNA kata tak tahu menahu. macam mana TGNA tak tahu something kalau syura izinkan. JANGAN MAIN MAIN!!! LETAKKAN KEPENTINGAN ISLAM DI ATAS!!! UMNO BUKANNYA KAWAN!!!

Anonymous said...

ISLAM akan lebih tumbuh subur jika pemerintahan BN berjaya d tumbangkan. Islam menjaminkan keadilan kpd semua kaum namun d bawah perintah BN, Islam itu d permainkan utk kepentingan politik. Contohnya spt berikut:-

‘Saya tahu kebenaran tetap akan timbul dan yang hak akan mengatasi yang batil. Allah sahajalah yang menentukan mana yang benar, Allah juga yang akan membalas (kejahatan) kalau tidak di dunia ini, di akhirat. Silap-silapnya tak payah di akhirat, di dunia pun dah dapat balasannya,”.... Najib Tun Razak

Rakyat lebih arif & tdk mudah utk d tipu. Kita tunggu siapa yg bakal dpt balasannya d dunia ini lagi. Marilah kita bermohon agar doa Najib ini d makbulkan Allah swt.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Sebenarnya... apa yg Sdr Roslan dan Nik Abduh katakan adalah benar.

aya amat bersetuju 100% apa yang di nyatakan. Cuma yang menjadi persoalan kepada saya dan mungkin yang berada di luar sana, Kenapa perlu ada nye 'PENIPUAN' menyampaikan perkara yang benar????

Kalau PAS-UMNO sudah beberapa kali mengadakan pertemuan, kenapa sebelum ini, kita lihat Pemimpin PAS begitu bersemangat menafikan??

Adakah ini menunjukkan tahap profesioanl pemimpin2 PAS? Saya merupakan AHLI PAS dan abg sy sendiri sudah 2 penggal menjadi adun di kelantan.

Adakah sdr roslan dan nik abduh tidak merasakan pemimpin PAS cuba memperbodhkan penyokong2 PAS???


Kenapa perlu di nafikan kalau ianye memang berlaku? Kami bukan mahu penjelasan tapi mahu pemimpin yang jujur dlm menegakkan Ugama Islam. Dah dgn ada nya pemimpin yg jujur yang boleh membawa kami kejalan yang benar. ( Insa'allah )

Sungguh memalukan... nampaknye pemimpin PAS sama sahaja umpama Pemimpin UMNO. hanya pandai berbicara tp... HABUKKKKK


Ore Pasir Mas, KELATE.

Anonymous said...

salam,

tabahkan hati saudara roslan..beban sdr memang berat.. apa yang dilakukan oleh pimpinan adalah pada peringkat awal, dan ianya masih perlu dirahsiakan...

saya menyokong idea muzakarah