Friday, July 11, 2008

Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, satu renungan

Wawancara eksklusif Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam Harakah sesungguhnya telah membuka banyak ruang dan pintu perbincangan di dalam PAS salah satu rakan kongsi Pakatan Rakyat. Huraian beliau mencerminkan senario sebenar apa yang berlaku sejak PAS terikat di dalam pakatan politik ini.

Mengikut kronologinya PAS memiliki pakatan politik hanya bersama PKR sejak PRU 1999. Dalam PRU ke 12 lalu pakatan ini terus dijalin, walaubagaimanapun tidak dengan DAP. Ketika itu apa yang ada bersama DAP hanyalah persefahaman politik yang antara lainnya berkaitan tiadanya pertembungan kerusi antara sesama PAS/PKR dan DAP. Hanya setelah masing-masing parti memperolehi kemenangan besar khasnya di 4 buah negeri baru, barulah idea Pakatan Rakyat muncul iaitu gabungan politik baru antara PAS, PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan di negeri-negeri baru berkenaan. (tanpa PAS kerajaan Selangor dan Perak tidak dapat dibentuk)

Itupun di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan yang ada lebih merupakan kerajaan campuran DAP dan PKR kerana PAS sekadar memiliki 1 kerusi, satu angka yang tidak significant.
Pakatan Rakyat tidak melalui perbincangan komprehensif yang melibatkan dasar dan halatuju, ia sekadar suatu pakatan politik oleh parti-parti yang bersama membentuk majoriti memerintah 4 buah negeri baru.

Sememangnya kemunculan Pakatan memberi pengharapan kepada rakyat sebagai suatu alternatif kepada BN yang dikira sudah nazak dan tenat itu. Tetapi BN sudah melalui ranjau dan onar selama lebih 50 tahun, dari Perikatan ke BN, dalam eri kata lain mereka berpengalaman dalam kerjasama politik, sedangkan Pakatan Rakyat menjelma hanya selepas 8 Mac. Sudah pasti cabaran yang dihadapinya lebih besar dan menduga.

Apa pun PAS sebagai sebuah gerakan Islam menyertai Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat melalui kaedah hukum yang membenarkan, ini sangat berbeza dengan parti-parti lain. Sebagai sebuah parti Islam PAS tidak semborono atau tangkap muat dengan membelakangkan hukum dan peraturan. Kaedah fiqh yang PAS gunakan apabila menjalin kerjasama politik seumpama ini adalah TAHALUF SIYASI iaitu perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu menghadapi musuh.

Tahaluf ini diizinkan oleh syariat berdasarkan syarat-syaratnya dan bukan kerana mengikut kepentingan atau nafsu sesiapa. Antara syarat-syarat tahaluf adalah:

1. Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
2. Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
3. Tidak berwala' kepada mush dan tidak redha dengan pegangan mereka

Saya percaya Tuan Guru memikirkan hal-hal ini apabila beliau menyuarakan darihal kedudukan Pakatan Rakyat dewasa ini dan peranan PAS yang sepatutnya. Jangan pinggirkan PAS kata beliau setelah PAS menyumbang besar ke arah kemenangan semua pihak. Tuan Guru menegaskan orang PAS bukan bodoh!

Sesungguhnya walaupun PAS memiliki kerusi Parlimen terkecil antara ketiga-tiga parti iaitu 23, namun kata Tuan Guru PAS punya 83 kerusi negeri berbanding DAP 73 dan PKR 40. Harus diingati dalam PRU lalu PAS memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi negeri dan melepaskan banyak kerusi Parlimen khasnya kepada PKR.

Malah mengikut satu kajian PAS memperolehi 1,146,620 undi atau 21.85% undi popular peringkat DUN berbanding 774,608 undi atau 14.76% PKR dan 707,608 undi ataun13.49% DAP. Ini menunjukkan PAS emnguasai undi dan kerusi peringkat DUN seluruh negara berbanding parti-parti lain dalam Pakatan, oleh itu sumbangan ini tidak seharusnya diperkecilkan.

Kerana itu saya boleh faham apabila Tuan Guru meminta supaya Islam diberi peluang untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula dengan orang-orang Islam sendiri, melalui kemenangan PAS, kerana inilah asas perjuangan PAS. Kalau itu dikesampingkan, ditolak tepi kerana berbagai anggapan dan helah termasuklah kononnya Malaysia ini negara sekular, maka tatkala itu perlukah PAS terus bertahaluf?

Mengapa Tuan Guru membangkitkan perkara ini sekarang? Jawapan saya, mengapa tidak?

Sebagai pemimpin jemaah kita akan dipertanggungjawabkan bukan hanya oleh ahli-ahli, yang bagi kita terlalu kecil berbanding dengan Allah swt di kemudian hari nanti. PAS semalam, hari ini dan insyallah sampai hari akhirat adalah sebuah parti Islam, dan selagi ia demikian maka Presiden dan pemimpinnya wajib mengenengah dan memperjuangkan dasar dan matlamatnya.

18 comments:

gopenghagen said...

Bro Roslan,

bagi saya kenyataan TG Presiden harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang benar-benar mengembalikan maruah dan integriti PAS.

PAS tidak harus dilihat sebagai second atau third leader, tapi harus berani memimpin Pakatan Rakyat dan menuntut sesuatu yang hasil dari kemenangan ini.

Jangan hanya menumpang kepada populariti isu tertentu, tetapi harus lebih idealistik dalam mengemukakan cadangan dan pandangan.

PAS juga harus lebih berterus-terang dalam hal-hal berkaitan agama dan kepentingan orang Melayu, sudah-sudahlah menjaga hati orang.Apa guna santan diperah, kalau pulut tidak ditanak.

Anonymous said...

Shabas. Pendirian yang amat tepat dan amat tegas.

PAS the King Maker.

Allahu Akbar.

Abu Qamar

Anonymous said...

We all firm with Tok Guru-Raja Manchester

melayutara said...

salam semua,

UMNO dikatakan menolak Islam kerana tidak menerima hudud sebagai perundangan islam, bagaimana pula Pas yang tidak melaksanakan hudud
setelah dapat memerintah di lima buah negeri. Politik Pas sekarang tidak seperti dahulu kerana Pas tahu untuk menguasai kerajaan sama negeri atau parlimen perasaan masyarakat cina harus diambil kira. Saya rasa Pas pun bersikap realistic di dalam hal ini dimana perlaksanaan hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya mojoriti masyarkat cina dan india boleh menerimanya dgn hati yang terbuka.

Idea mengatakan Umno masuk Pas, harap lebih bersikap realistic berbanding idealistic. Mana mungkin Umno parti yang besar dibubarkan untuk untuk menyertai Pas. Mengatakan Umno masuk Pakatan Rakyat adalah tidak mungkin kerana Umno tidak sedasar dgn DAP dan PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia dan bermatlamat menghapuskan kedaulatan Islam dan Melayu.

Sebaliknya kerjasama Umno dan Pas lah yang paling realistic dan memberikan peluang kepada kedua pihak untuk melaksanakan matlamat perjuangan masing2. Yang penting kedaulatan Islam dan Melayu sentiasa terjamin. Pada saya isu utama Pas dalam menghapus kan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisma dapat dilaksanakan dengan meletakkan syarat dan dasar tertentu sebelum kerjasama dijalinkan. Pas lebih berpeluang besar untuk melaksanakan perlaksanaa syariat Islam. Sekiranya ketika ini Pas yakin dgn cara hikmah Pas bolah meyakin DAP yang lebih pro kecinaan berbanding MCA untuk menerima syariaat Islam kenapa tidak dilaksanakan di dalam barisan nasional. Sekiranya Pas berjaya memujuk majoriti masyrakat bukan Islam boleh menerima syariat Islam dan UMNO MASIH JUGA TIDAK MENERIMA SYARIAT ISLAM SAYA SETUJU MNGATAKAN UMNO KHAFIR DAN DENGAN NAMA ALLAH SAYA AKAN KELUAR DARI UMNO DAN MASUK PAS.

“Kata saifuddin - Adakah tidak dinamakan khianat untuk berunding dengan UMNO ketika saat kita masih lagi dalam Pakatan Rakyat? Saya difahamkan Anwar 3-4 kali diajak berjumpa dengan Pak Lah, tetapi Anwar menolak kerana ingin menjaga perpaduan Pakatan Rakyat.”

Terus terang saya katakan Umno tidak akan menerima anuar kembali, sekiranya anuar masuk dalam umno, saya akan sendiri keluar Umno masuk Pas. Bukan kerana kes liwatnya, tapi kerana sanggup menggadaikan maruah islam dan melayu kerana politik.

Fikir-fikirkanlah

Salam…

Anonymous said...

Saya cadangkan PAS menganjur banyak dialog dengan NGO, Parti politik yang bukan Islam untuk "educate" tentang prinsip Islam dan kebaikannya.

Ini satu langkah positif untuk orang bukan islam memahami objective dan fairness di dalam Islam kerana orang bukan islam sememangnya naive tentang Islam.

Do not preach but educate.

Salam.

Unknown said...

kalau melayutara sanggup keluar amno masuk pas dgn beberapa prasyarat, saya juga ingin tegaskan bahawa Pas kelantan pasti akan kehilangan sekurang-kurangnya dua undi dalam pru jika memilih untuk bersekedudukan dgn amno. Pengalaman ambo dengan amno sungguh menyayat hati weh, ambo tak boleh lupa!

Anonymous said...

Sifu
Pengalaman demo dengan UMNO sungguh menyanyat hati mungkin juga menggambarkan kurangnya kualiti kempimpinan pada diri tuan sendiri, sehingga membiarkan PAS diperlakukan sebegitu rupa

slyderrose said...

Saya tak faham kenapa PAS rasa terpinggir di dalam PR?. PAS dah ada 3 MB, PKR 1 dan DAP 1. Saya rasa PKR lebih menunjul disebabkan faktor Anwar Ibrahim. Itu saja. Orang umno lebih takutkan Anwar dari Hj Hadi sebab Anwar adalah ex-umno dan beliau banyak menyimpan rahsia pemimpin umno. MB Perak cukup berwibawa. Janganlah disebabkan faktor ketuanan melayu atau pemainan politik umno, PAS rasa terpinggir dalam PR.
Kalaulah PAS ada cita-cita nak bersama umno...PAS akan kembali ke zaman pudarnya..percayalah. Salah satu darinya ramai ahli PAS akan keluar dari PAS sebab PAS cakap tak serupa bikin. Dan akhirnya umno akan mempermainkan PAS. Belajarlah dari sejarah macam mana umno bila kuat tendang PAS dan juga kezaliman umno kat pemimpin PAS dan rakyat Kelantan.

Anonymous said...

Memandangkan Tuan telah membawa satu perspektif dari pendekatan politik Islam yang cukup popular di kalangan pendakwah - tahaluf siyasi, maka eloklah juga Tuan membentangkan dalil dari pengalaman sirah Rasulullah s.a.w.. Saya pun seronok nak belajar :)

Tulang Besi said...

Kenapa PAS Mudah Melatah? Di Mana Kematangan Kita?

Saya telah membaca banyak posting dari berbagai pihak. Antaranya, saya ambil dari Ustaz Nik Muhammad Abduh. Di antaranya tulisan Ustaz Nik Muhammad Abduh yang bertajuk “Apa Alternatif PAS?”.

Saya kepingin untuk bertanya kepada Ustaz Nik Muhammad Abduh, mengapa perlu bertanya sedemikian? Bukankah kita tiada alternatif melainkan menyempurnakan komitmen kita kepada Manifesto Negara Berkebajikan yang kita janjikan kepada rakyat Malaysia pada PRU 2008?

Saya juga hairan, adakah kerana satu insiden di mana penganjur progam telah ditipu oleh Hishamuddin Rais dan sebenarnya kelemahan pihak penganjur berbanding perkara lain?
Maka kita hendak mengkaji semula hubungan kita dalam PAkatan Rakyat?

Kita hendak memulakan langkah bekerjasama dengan UMNO? Lupakah bahawa UMNO juga amat galak di dalam menganjurkan konsert dan program hiburan? Adakah kita anggap bahawa dengan bekerjasama dengan UMNO, maka program2 hiburan serta konsert akan terhenti?

Lupakah kita di kala kita keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan menyertai UMNO/BN, maka 50% dari rakyat Malaysia akan menolak kita bulat2. Yakni rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam.

Di kala itu, PAS hanya dapat mengharap sokongan dari 50% lagi rakyat Malaysia sahaja. Dan di kala itu juga, PAS terpaksa bergantung harap dengan UMNO. PAS sudah tidak ada apa-apa pilihan lain. DI kala itu, sekiranya UMNO hendak menganjurkan program hiburan dan konsert, apa yang PAS boleh buat?

Di kala itu kiranya PAS keluar, PAS sudah tidak akan diberikan kepercayaan lagi oleh orang bukan Islam dan bukan Melayu dlm Negara ini. Orang Melayu pula tidak perlu lagi menyokong PAS kerana UMNO sudah kuat dan dominan.

Hasilnya, PAS akan jadi parti “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”, seperti parti yang “lebih kuah dari sudu”, seperti parti yang “hidup segan mati tak mau”. Sekiranya tidak, maka ingatlah, itulah yang telah berlaku kepada PAS selepas PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 satu ketika dahulu. Adakah kita hendak dipatuk pada satu lubang dua kali?

Lupakah kita bahawa PAS pernah ditipu dan dikhianati oleh UMNO. Lupakah kita bagaimana pahitnya pengalaman ditikam dari belakang hanya kerana di waktu itu UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan apa2 lagi pergantungan dan sokongan dari mana-mana pihak?

Apakah setengah2 pimpinan PAS begitu yakin bahawa UMNO akan menerima Islam secara menyeluruh? Begitu “naïve” sekali setengah2 pihak ini.

Lupakah kita bahawa UMNO lah penghalan perlaksanaan Islam selama ini. Sekiranya UMNO menerima perlaksanaan Islam, nescaya Islam sudah terlaksana di Malaysia. Apa jaminan bahawa UMNO akan mengota janji mereka, selepas kita melompat ke kandang mereka?

Pakatan Rakyat Memberi Peluang Dakwah Kepada Non Muslims

Lupakah kita kemenangan kita baru2 ini memberi peluang kepada PAS untuk menyampaikan keadilan dan kecantikan Islam kepada mereka yang tidak beragama Islam. Lebih-lebih lagi kita tidak mahu melaksanakan syariat Islam ke atas mereka yang tidak beragama Islam.

Sekiranya mereka dapat melihat betapa adil dan saksama pemerintahan Islam, nescaya mereka tidak menentang perlaksanaan syariat Islam ke atas orang Islam di Malaysia ini.
Apa yang dikehendaki oleh orang bukan Islam hanyalah sebuah pemerintahan yang dapat menjamin masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Pengalaman saya dengan Parti Tindakan Demokratik DAP menyatakan bahawa mereka adalah sebuah partai yang pragmatik. Sekiranya perlaksanaan syariat Islam tidak menggangu tahap sokongan rakyat bukan Islam terhadap mereka, nescaya mereka tidak menghalang.

Lupakah kita pada satu masa, DAP pernah menganjurkan forum dan dialog untuk PAS menerangkan konsep Negara Islam kepada orang Cina dan India? MAlangnya, kita pada masa itu gagal menyakinkan mereka dan hasilnya orang CIna dan India menolak PAS dlm PRU 2004 secara total menyebabkan kita kalah di banyak negeri.

Seharusnya sekarang ini difikirkan secara serius bagaimana hendak menggunakan kebebasan yang kita nikmati di lima negeri ini bagi menghilankan ketakutan orang bukan Islam terhadap perlaksanaan syariat Islam.

Bukannya melatah dan membuat cadangan yang hanya akan merugikan PAS dan perjuangan Islam.

Tulang Besi
www.malaysiawaves.com

assalamualaikum bang roslan,

boleh nak mintak tolong, ceritakan serba sedikit latar belakang si Ezam tu. naik meluat plak tengok kalau nama mamat tu keluar.
perangai cam yahudi. perosak jek situ sini. cam munafik jek.

Anonymous said...

Salam bro,

Saya musykir dan tidak faham la dengan kenyataan Melayutara ni, sepatutnya dia ni dah keluar dah dari amno, dan mungkin boleh dah menghukum amno tu kappiaq sebabnya:

1. Agama islam dah lama dipermain-mainkan syariatnya oleh Umno, malah telah ditakut2kan orang2 bukan islam kepada syariat islam melalui media mainstream diaorg (do observations and research la ya).

2. Macam mana la nak laksanakan hudud di negeri2 yang diperintah PR, sedangkan yang kat Kelantan pun tergantung lagi dan tidak boleh dilaksanakan, soalan saya tahukah melayutara sebab apa? Jangan la sembrono buat kenyataan dan sengaja mengajukan soalan yang sepatutnya tidak perlu. Segala apa yang anda nak tu semua dah ada jawapannya dulu, kini dan selamanya. Jangan la duk tunggu jawapan dari orang lain, usaha la sendiri untuk cari kebenaran dan kesahihan.

3. Permasalahan orang melayu, yang ni salah siapa ya? Kedudukan orang melayu dulu, kini dan selamanya (merujuk 50 tahun dibawah amno) dari target 30% pegangan ekonomi, turun ke 18% dan turun lagi ke 12%. Yang 12% ni pun sebab perkiraan untuk kroni2 yang terdekat dengan pemimpin jer. Cuba la pikir sikit dan buat kajian (gi bilang secara rawak la ek) pemilikan bangunan di bandar2 besar seperti KL, Johor, Seremban, Ipoh dan seumpamanya tidak termasuk Kota Bharu dan K. Terengganu la kot, pihak mana yang paling kaya?. So siapakah yang mengkayakan depa nie semua, kalau bukan ameno. Tengok la di Johor tu, warga singapura mencacak buat bangunan peresendirian kat johor dan ditukar jadi pemilikan diorang, hahaha yang lucunya siap sekali dengan pulau batu putih bagi free jer kat singapura (kalau nak bagi free kat rakyat jauh panggang dari api, suruh rakyat berusaha keluarkan keringat baru leh dapat upah, tu pun cukup2 untuk makan pagi, yang petang kena usaha lain la).

50 tahun, 50 tahun sudah ameno dan kuncu2nya menjual maruah, kedudukan dan hartabenda melayu ke pihak yang tidak sepatutnya?, This matter kurang la pentingnya berbanding dengan apa yang ameno dan kuncu2nya buat ke atas Kedaulatan Agama Islam. Dan saya yakin serta percaya jika syiar Agama Islam kuat di bumi malaysia terutamanya dikalangan pemimpin2 melayu amnya rakyat spesifiknya, masalah bangsa melayu tidak menjadi seperti hari ini yang teruk amat sangat, malah Islam akan mengangkat bangsa melayu tu menjadi lebih kuat, utuh dan disegani lagi. So, apa tunggu2 lagi ayuh kita tegakkan syiar Islam dibumi Malaysia, tak kira apa rintangannya.

Dulu masa gi BTN, teringat sorang member dari Johor (staff IPT) yang menyatakan kat fasilitator (penggampu ameno) dan member2 yang join dalam disccusion group yang wife dia orang Ganu, dia sekarang ni dalam usaha nak brain-wash suku sakat wife dia kat terangganu supaya berpegang dengan tali umeno, alasannya agar pemilikan ekonomi seperti bangunan2 besar di terengganu tidak jatuh ke pihak yang tidak sepatutnya. Hahaha terkedu dengar.......johor bagaimana? hahaha lucu, lucu..apa boleh buat Orang Johor karat birunya kuat....Perjuangan Bangsa.

Anonymous said...

Kalau begitu keluarlah PAS dari Pakatan Rakyat pada PRU akan datang...Bukan sekarang untuk runtuhkan kerajaan negeri Selangor dan Perak yg sudah sedia dibentuk...Buruk padahnya...

hotborders said...

Salam.....Perak Oh Perak, siapakah yang mendominasikan pentadbiranmu pada hari ini?dan siapa pula yang didominasikan?
Jangan lah luka semalam dikaitkan dengan masa depan hari ini, buang yang keruh, ambil yang jernih... cuba kita lihat PR hari ini, terutama di Perak, Apakah Pakatan Rakyat sekarang dapat menyuarakan kepentingan rakyat Perak, khususnya orang melayu? terlupa pulak saya, saya tidak boleh sebut melayu dalam hal ni, sebab PR bukan untuk melayu sahaja, tetapi sedarlah, janganlah kita EGO dalam membuat keputusan, kelak kita yang rugi. Saya sedar,dalam PR kaun melayu semua dah hebat, kedudukan taraf mereka dah setanding pun dengan bangsa2 lain, tak perlu pembelaan lagi. kononnya adil dan saksama, tetapi bebaru ini rakyat Perak di bodek dengan pemilikan tanah 999 tahun... tetapi, siapa yang mendapat habuan pemilikan tersebut jika dipersetujui? tepuk dada tanya iman, Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir memang tepat, "Melayu mudah lupa"... Maaf jika ada silap dan salah...

Anonymous said...

Salam.......
Syabas Pas dengan Tahlul siyasi yang anda amalkan, bergabung dengan kafir boleh pulak cari nas itu ini. Demi kuasa keduniaan, leh pulak ternak khinzir,anjur konsert underground.. Fuyyoooo, hebat tuuuuuuu... Bergabung dengan UMNO tak leh plak, kenape ek? tak percaye ke? Adakah sebab ego yang menebal di dada? atau pun malu?nape nak malu pulakkan? Heran aku.. lebih senang camni je, korang tak yah gabung ngan sape2, keluar balik and dok solo dah le.. korang tgk, tul ker bukan islam sokong korang dengan ikhlas?

Anonymous said...

Alo bro.. jangan la suka sebut pasal Pas nak wat negara berkebajikan, getik aku mendengornya....... negara berkebajikan bukan la cita2 member kau si DAP tu, diaorang lebih suka konsep menang-menang atau pun untung-untung, pasni rasakan la, diaorang akan tuntut satu persatu yang korang janjikan...

Anonymous said...

wahai melayutara.. Si anwar tu bukanlah tak nak jumpa Pak Lah sebab nak jaga pakatan rakyat, untuk pengetahuan anda, rakyat tak pernah berpakat pun dengan Anwar, dia je lebih2 pi gatai guna perkataan rakyat. Tapi kini Alhamdulillah la, ramai dah sedar tentang perjuangan Anwar, Anwar pekena and guna2 rakyat je untuk membalas dendam kesumat dia, buat propaganda bagi rakyat simpati kat dia... Tapi sekarang ramai dah sedar taktik buruk dia..
Ada ke patut pegi pakat ngan DAP, terang2 musuh melayu tu... sok2 depa mintak nak asingkan pulau pinang dari malaysia baru tau... Sekarang ni pun dah pandai nak cas sana cas sini kat k'jaan pusat.. teruk betul perangai buruk DAP tue..