Wednesday, July 30, 2008

Haramkan pusat urut maksiat

Saya ingin mengucapkan syabas kepada sahabat saya ahli majlis MPAJ yang membuat cadangan agar majlis berkenaan melarang orang-orang Islam dari mengunjungi pusat-pusat urut di kawasan PBT berkenaan. Cadangan tersebut belum lagi dibincangkan diperingkat majlis tetapi kiranya diluluskan ia nanti akan menjadi “test case” untuk turut dibawa dan diluluskan di PBT-PBT lain seluruh Selangor.

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1792464.asp

Menurut laporan cadangan ini dibuat memandangkan pusat-pusat berkenaan kerap menyalahgunakan permit mereka dan acapkali premis digunakan untuk kegiatan maksiat dan dikunjungi pula kebanyakkannya oleh orang-orang Islam. Malah dari beberapa insiden kita perhatikan taukeh-taukeh premis turut menggajikan gadis-gadis Melayu dan Indonesia untuk diratah tubuh mereka kononnya atas nama pusat urut.

Telah beberapa kali saya membuat posting atas isu ini, dan ternyata kiranya cadangan ini memperolehi kelulusan ia nanti bakal menutup satu lagi pintu maksiat yang selama ini terkangkang dan berkembang biak serta diluar kawalan di Selangor ini.

Kebetulan MPAJ mempunyai ahli-ahli majlis yang majoritinya beragama Islam, kiranya “test case” ini bejaya nanti semua PBT termasuklah yang didominasi bukan Islam dapat membawa perkara yang sama atas alasan memelihara kepentingan masyarakat Islam. Keculailah semua masyarakat bersetuju menutup terus premis maksiat seumpama ini kerana tidak mendatangkan manfaat buat semua.

Biarlah pusat-pusat urut yang benar-benar mahu menjalankan kegiatan urut atas sebab kesihatan memperbaiki premis mereka dan memastikan yang urutan untuk lelaki dilakukan oleh lelaki manakala yang perempuan untuk perempuan dengan masing-masing berpakaian sopan dan menutup aurat. Tidak perlu ada ruang-ruang khas atau bilik-bilik khas.

1 comment:

Anonymous said...

bro roslan..

bagus cadangan ahli majlis MPAJ tu, tp kan lebih baik kalo haramkan terus perniagaan pusat urut ni di seluruh PBT di selangor!...pusat urut mana kat selangor ni tak jlnkan aktiviti maksiat? ada berani ke mb kita laksanakan?

PAS mesti beri sokongan padu kpd ahli majlis MPAJ yg membuat usul ni. Kalo kita buat survey, rasanye pelanggan utama pusat urut ni majoritinye org melayu!

lepas ni 'berperang' la org2 PAS ngan tonto2 pusat urut ni...hehe

lawan tetap lawan..
TAKBIR!!

..manshahirfriends..