Tuesday, July 08, 2008

Bila EXCO pun tak faham

Saya yakin disaat ini tidak ada seorang pun ahli atau penyokong PAS yang dapat menerima aksi kumpulan Carburetor Dung di Stadium Kelana Jaya semalam. Tindakan penyanyi utamanya yang menayangkan punggung dan seluar dalamnya depan khalayak ramai itu sangat biadap dan kurang ajar, apalagi ketika ahli-ahli PAS termasuk Muslimat sedang berada di stadium berkenaan kononnya untuk berdemonstrasi, protes, atas isu kenaikan minyak.

PAS adalah parti Islam, ada disiplin dan akhlaknya, sekurang-kurangnya bila berkawan, kawan-kawan perlulah memahami dan menghormati PAS sebagaimana PAS semasa berkawan tidak pernah menghina atau membelakangkan kawan-kawannya.

Hari ini salah seorang EXCO kerajaan Selangor, yang mana PAS merupakan rakan kongsinya, memandang hina bantahan orang-orang PAS semalam. Beliau malah memuji dan memuja Carburetor Dung di dalam blognya

http://elizabethwong.wordpress.com/2008/07/07/carburetor/#more-985

yang beliau isitlahkan sebagai:

A band ahead of its time.

Dan malah beliau menyatakan bahawa jika band ini dapat diberi peluang memberikan persembahan lagi dalam protes seumpama ini, beliau sendiri akan naik menyanyi dengan band itu. Sikap dan perangai EXCO ini pasti akan mendatangkan masalah besar kepada PAS kerana ternyata beliau tidak boleh memahami PAS, sedangkan beliau EXCO dalam kerajaan campuran bersama PAS.

22 comments:

D'Rebok @ Ikhqoi said...

seharusnya, kita sama-sama dalam kerajaan campuran, perlu ada guide utk menghantar teguran kepada exco-exco kerajaan campuran...
dengan teguran yang terlalu terbuka bakal memperlihatkan seolah-olah Pakatan Rakyat sebuah pakatan yang rapuh.
banyak lagi isu yang boleh kita bekerjasama....

Anonymous said...

Apa tunggu lagi. Pintu dah dibuka. Keluarlah daripada PR. Stand on your own and fight maksiat and kemungkaran.

Wassalam.

Abu Qamar

Snowflake said...

Assallamualaikum
Jujur saya katakan saya adalah peminat PAS dan telah menyokong segala prinsip PAS yang rendah diri tetapi "firm and effective".
Manakan tidak seluruh warga PAS Malaysia merasakan "mual" dengan band tersebut, dengar nama band itu sagaha sudah cukup memualkan saya.
PAS harus membuat bantahan sekeras keras nya di masa akan datang sekiranya perkara begini diusulkan lagi. PAS adalah sebuah parti yang bersih dan mesti dikelilingi oleh perkara perkara yang bersuh.
Wassallam

abuMuhammad said...

Salam,

Mungkin dia memandang PAS sbg pelengkap saja pada Kerajaan Selangor. Melihat kpd situasi semasa memang byk perkara tidak berpihak kpd PAS, apapun memang kerja banyak menanti PAS di kerajaan campuran.

Ini juga boleh menjadi kayu pengukur samada PR benar2 bersedia utk memerintah Malaysia.

lan said...

tu lah. saya pun terkilan dengan kenyataan exco tu. hmmm risau risau

semut said...

Sdr, saya rapat benar dengan Kerajaan Negeri Selangor sekarang, namun demi sayangkan parti dan pakatan rakyat saya memikir tidak mendedahkannya setakat hari ini, namun pendek saya katakan exco berkenaan juga ada masalah moral sebenarnya.

Anonymous said...

Sejak PAS berpakat dengan PR, saya dah mula sangsi, PR yang didokong oleh PKR bukanlah suatu pentas dan landasan ke arah ISLAM. Saya dan rakan-rakan Pemuda amat bersetuju dan menyokong penuh andainya PAS keluar dari PR.

Khusairy Ahmad

Anonymous said...

PR tak discuss ke on the agenda for that event. Dengar cerita that incident happend at 7.00 pm prior to DSAI berucap.

Bukankah itu di ambang sore, sepatutnya bersiap utk solat Margrib. Bukan berkonsert. Sepatutnya kalau ikhlas nak buat protes atau program seumpamanya boleh buat solat hajat macam TGNA buat kat Stadium di Kelantan.

Kerajaan BN memang sinonim dengan konsert monsert ni... Tak kan PR pun nak follow their foot step. Regardless dalam PR ada PKR, DAP, PAS etc.

Bincang la dulu sebelum event. Biar bergaduh masa discuss jangan dah jadi mcm ni maka semua media arus perdana dok hentam PR.

Regards

PR Forever.....

Anonymous said...

aku rasa pon begitu...die berani kata macam tu sbb die ingat die power, die dapat naik kerusi exco tu dengan ke'power'an die dan org2 die...
die ingat PAS nih parti tepi jalan yg dikutip utk cukup korum je... takde reti nak terima kasih dan respect org. aku bimbang org kerek mcam nie, mati sok tak berkubur...
(penat dukung org macam nie, dahla bertenggek atas bahu kita, bila laa nak sedar...)

Anonymous said...

Assalamua'laikum

sebagai ahli PAS, berdasarkan apa yang telah berlaku, saya menyeru agar Pas keluar sahaja dari PR, saya x rela trn ke medan dakwah dan pada masa yang sama menjadi mangsa tipu helah golongan lain dalam PR. Takbir...

melayutara said...

Mudahla tak payah nak makan hati. Kalau nak bersahabat dgn golongan liberal dan anti islam kerena terima hakikat. Kalau tidak keluar Pakatan Rakyat simple solution. Infact MCA dan Gerakan pun tidak pernah menegur UMNO semacam exco DAP, what a shame. Carburator Dung! Nama pun dah tahu under ground. Lepas ni skin head dan punk pulak, pilihan hishamuddin rais sosialis dari Amerika...

Salam

Anonymous said...

Mungkin perkara ini ada hikmahnya. Orang melayu sendiri (menteri dan exco2 )pun susah untuk menerima pentadbiran dan budaya Islam yg sebenar apatah lagi seorang exco non muslim. Ini adalah satu cabaran untuk kita sebagai parti Islam yg bergabung dalam PR untuk menerangkan kepada mereka dan berusaha bersungguh sungguh untuk memastikan mereka memahaminya.Insyaallah berjaya!!!

Max_Underwood said...

Mr SMS, I have stated before that PAS should pull out of the PR. Pas has not been given the respect that it deserves. Come on we've got 2 states on our own. Who cares about DAP and PKR anyway. Let them take care of Selangor themselves. I have information that UMNO selangor offered the state to Pas just after the election if Pas joined forces with them. I'm talking about UMNO-PAS alliance in Selangor and NOT BN. Pas could have accepted it if not for Tok Guru Hadi's disapproval. How long are we going to stand back and watch PAS being treated like rubbish? How long? To me Pas is the only real party that protects the interest of Malays. UMNO --- to a certain extent but can be bought by money. But who the hell does Umno approach when they're in trouble? Pas again. Just pull out tok guru.

Anonymous said...

Sdr Roslan,

Soal tayang punggung ni bukan shaja orang PAS yang marah dan terhina. Orang PKR dan DAP termasuk yang non muslim yang menjunjung prinsip kesopanan juga turut tidak bersetuju dengan kejadian tayang punggung tersebut.

Pada masa kejadian sekitar jam 6.30 ptg tersebut, orang PAS dah hampir tiada di dalam stadium sebab ramai yang dah boikot dan ramai juga yang duduk luar stadium selepas Carburetor Dung mulakan konsertnya. So, yang duk dalam stadium menonton konsert adalah orang awam biasa yang memang minat dengan konsert.

Tetapi bila show tersebut dah mula nampak melampau hingga tayang punggung dah londeh seluar, orang yang minat konsert pun rasa marah dan naik angin. Maknanya, memang melampau sungguh aksi band tersebut.

Jadi, dalam hal ini bukan sahaja PAS yang marah. Semua orang marah kecuali 2-3 orang mcm Elizabeth Wong yang memang tak pernah untuk memahami dan toleran dengan sikap orang Islam selama ini.

ABDULLAH

Jundiummah said...

ini semua salah kumpulan ni...haramkan ja dari selangor ni..jgn dek sebab perlakuan kumpulan ini kita berpecah..perjuangan kita masih panjang..

Kita baru nak bertatih sekarang...PKR dan DAP perlu lebih tolak ansur dengan saranan PAS...sebagaimana PAs juga byk bertolak ansur untuk menghormati hubungan pakatan ini. Masih berlum terlewat...

Orang dah mula kata, kalau harapkan BN , BN menindas..

Kalau harapkan PAKATAN RAKYAT "begini" pulak jadinya..hancuus!! Demo boleh jadi sure heboh?? Kecelaruan betul ni...

Harapannya , sekusut mana pun situasi kini..moga2 pimpinan PR dapat berbuat sesuatu, JAngan hampakan hasrat rakyat...jangan hampakan hasrat saya...

wakmeli said...

MCA dan GERAKAN memang tidak pernah menegur UMNO sebab carahidup pemimpin amno tu lebih kurang dorang je. liberal dan kebaratan. sinonim dengan hiburan dan maksiat. PAS lain. niat nak menegakkan syariah dan syiar islam tu ikhlas, boleh dibuktikan dgn cara hidup mereka.
Suara2 DAP bertentangan dgn PAS dalam Pakatan Rakyat. Suara mereka menghampiri kafir harbi. Saya masih keliru apakah kebaikan dan keuntungan untuk umat islam dan melayu khususnya sekiranya suara mereka lebih kuat dalam pakatan rakyat. Hanya islam shj yg dapat menjamin keadilan untuk semua. Lihat sejarah baitulmuqaadis, semasa pemerintahan islam, aman untuk semua agama tapi bila puak kristian memerintah, kzaliman merata. termasuklah yahudi. lagi zalim. wallahualam.

Kurie said...

Mungkin sifat yg ingin dibawakan berlainan dengan apa yg ada pada hari itu...

anda semua pernahkan kenal atau pernah dengar band politikal tersebut melalui lirik mereka?

iya...perlakuan tersebut memang tak boleh diterima dan saya setuju...mungkin cara mereka menyatakannya tak kena dengan budaya kita...

adios...

Anonymous said...

tak perlula sampai kita kena kuar dr PR sbb kalo kita nk memerintah malaysia kita mmg perlu bekerjasama ngan cina india dan lain2 cuma PAS perlu lebih kerja keras untuk menang lbh byk kerusi dr parti2 lain dlm PR barula kita bleh pimpin mereka2 ni skrg ni mereka yg menang byk so kita terpaksa terima hakikat ini tp x semestinya kita mesti ikut je kita pun berhak kemukakan pandgan dan bantahan kalo ada benda yg kita x setuju tp x perlula sampai kita kuar dr PR kecualila dh sampai satu tahap yg kita terpaksa gak kuar.......

Anonymous said...

Roslan,

Inilah yang dinamakan vortex. Kena tengok Star Trek kalau nak lebih faham. UMNO pun dalam vortex sebab tak mahu faham lagi kenapa masyarakat banyak menolak malahan ada ke tarah membenci mereka.

Bagi PAS pula, percampurannya melalui Pakatan Rakyat memperlihatkan banyak sekali aktiviti - aktiviti yang tidak diterima oleh PAS tetapi diagungkan oleh rakan - rakan Pakatan seperti muzik contohnya.

Jadi PAS kenalah berfikir secara waras dan wajar tindakan yang perlu dilaksanakannya. Janganlah kerana kuasa kita sanggup terjun ke arus yang kita selama ini menentangnya.

Jangan juga jadi macam UMNO. Segala yang baik, jahat tercampur segala - galanya.

musangterbang12.blogpot.com

Anonymous said...

Macam mana lizzie wong tak komen, nama band tu nama taik, perangai akhlak macam orang tak beradab, kurang ajar serta jahil, tapi malangnya mereka tu Islam, baka atau tidak...Islam ke?

Umat Islam separoh tiang sendiri kasi orang kapir konfius! Islam tapi macam sid vicious!

Unknown said...

sabar dulu sikit. Janganlah kerana bergaduh sikit terus nak terjun dari kapal. Ingat sikit, nun dalam lautan, jerung lebih ganas sedang tunggu mangsanya. Lebih baik bergaduh sikit, dari terus dingap oleh jerung amno. kan kita baru sama-sama belayar, datangnya pula dari wilayah yang berlainan. ok lah tu. asalkan kita tegas dgn pendirian kita. takbir!

Anonymous said...

Memang betul penyanyi tu tunjuk punggung (boxer sebenarnya). Penyanyi tu dah melampau, penyanyi tu tak sopan, melanggar adat ketimuran. Tapi apa hak orang yang berada ketika itu untuk pukul / pijak / mengamuk / baling botol air kat dia / penganjur?

Kenapa perlu menjadi penghukum sedangkan bila ada protes jalanan dan polis gunakan kekerasan dikatakan polis itu ganas? Botol air yang dibaling tu bukan semua kena kat penyanyi tu. Ada yang menyinggah kena kat orang lain yang tak terlibat. Sapa nak jawab?

Kenapa perlu bagi bola tanggung kat pihak Kerajaan untuk hentam / bantai PR?