Monday, July 07, 2008

Bersama kepimpinan ulamak

Benar sangatlah pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Susu yang putih bersih dan berkhasiat jika diminum itu bukan lagi susu bila dititskan nila ke atasnya.

Sudah jauh kita menyongsong perjuangan ini, kerana mahu mendaulatkan Islam, kita melalui pelbagai cabaran dan pancaroba. Keperitan, duri dan airmata kita lalui dan tempuh kerana yakin akan janji-janji Allah dan Rasul Nya saw. Kita pernah menang pernah kalah, pernah dipuji dan pernah dihina, berpatah sayap bertongkat paruh, namun perjuangan suci ini kita daki dan daki jua.

Kekalahan terus membakar azam kita, kemenangan tidak pernah mengelabui mata kita.

Sesungguhnya insiden 6 Julai lalu biarlah menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita. Saya memuji ketegasan Dewan Pemuda PAS Pusat dalam hal ini, kronologi sikap dan pendirian Pemuda diterangnkan dengan jelas oleh Setiausahanya Sdr Ahmad Sabki:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12249


Saya boleh faham kedudukan mereka, di satu pihak Pemuda Selangor bangkit protes kerana konsert Ella dan Mas Idayu di Stadium Shah Alam, sedang di Stadium Kelana Jaya pada waktu dan ketika yang sama mereka (Pemuda) yang bertanggungjawab mengawal dan menyelia konsert “gila” yang tidak pernah mereka redha dan relakan.

Mempertahankan prinsip dalam suasana sedemikian memanglah suatu cabaran, Alhamdulillah Pemuda PAS dalam hal ini jelas dan tegas pendirian mereka. Biarlah kita mahu dicap apa sekalipun, “little Taliban” atau “fanatik, ekstrimis” asal kita tidak bersekongkol dengan perkara maksiat yang mengundang murka Allah swt itu.

Kerana itu saya sangat bersetuju dengan saranan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, adinda Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, dalam suasana penuh mehnah dan mencabar kemurnian perjuangan kita ini agar kita menjayakan Ijtima’ Ruhiyyah bagi menembalikan kita ke landasan sebenar perjuangan suci ini. Beliau menulis dalam blognya:

Fokus ceramah bukan kepada isu dan politik semasa sahaja , tetapi lebih menekankan soal aqidah perjuangan , jihad dan pengorbanan yang saya kira menjadi topik yang semakin pudar akhir - akhir ini .

Pemuda , ayuh kita hidupkan kembali nilai perjuangan berasaskan kekuatan spiritual atau kerohanian yang tinggi tanpa kita bersikap prejudis terhadap kupasan atau bicara isu dan politik semasa . Kembalikan zaman kegemilangan Doa Rabitah dan Wirid al Mathurat .

Pada tahun 1983, Mukatamar Dewan Pemuda PAS lah yang telah mencetuskan gagasan Kepimpinan Ulamak dalam parti, semoga Pemuda hari ini akans memiliki roh 1983 itu, dan mengembalikan peranan ulamak kembali ke tempat asalnya dalam parti, insyallah.

6 comments:

Fakhrurrazi Ahmad said...

Ust Nasaruddin tantawi adalah calon yg paling cocok utk menjadi presiden PAS dimasa hadapan supaya PAS kaya dgn ahli yg bertarbiyyah. InsyaAllah

Anonymous said...

benara kita kena tegas dalam prinsip biarkan anuar uruskan soal ekonomi selagi mana tidak bertentangan dengan Islam. yang penting kita menjadi hamba Allah yang taat dan menegakkan agama NYA di tahta teratas

Anonymous said...

Tahniah kepada kepimpinan pemuda PAS dan berdoa semoga apa yg dirancang berjaya. Program tarbiah mestilah menjadi budaya Malaysia.

Anonymous said...

Sebenarnya apa yang saudara nawawi di atas ingin jual. Sekiranya anada ingin menjual Anwar disini, ini bukanlah medannya.

Apa anda ingat PAS hanya boleh befungsi sebagai pensaihat agama dan mebiarkan pengurusan negara lain kepada parti lain.

Saudara, contohilah Nabi Muhammad SAW dan para sahabah, merekalah yang memimpin negara dan bukan sekadar menjadi penasihat agama atau sekadar menjadi boneka kepada parti kafir.

Anonymous said...

Salam rsms dan pencinta kebenaran,

Kenapa ada suara yang kata ekonomi biar anwar yang uruskan selagi tak bertentangan dengan Islam? Apakah saudara lupa bagaimana anwar telah gunakan ekonomi untuk jatuhkan ghafar baba? Dia juga gunakan ekonomi untuk pisahkan abim dan jim dari PAS. Anwar tak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

Sekarang dia jual janji-janji muluk dia dengan ekonomi. Ramai yang termakan. Sampai ramai ahli PAS lupa dengan kenyataan anwar,"No. No. Saya tidak akan melayan tuntutan Islamic State." Kalau kita sokong dia untuk uruskan ekonomi, maknanya kita masih lagi berada dalam tempurung sekularisme. God unto God, Caesar unto Caesar. Ulamak jaga masjid, anwar jaga ekonomi.

Kenapa kita tak yakin lagi yang Jamaah kita boleh melahirkan pimpinan ekonomi yang baik. Ketika PAS memerintah Kelantan pun, bukan anwar yang uruskan ekonomi Kelantan. Kelantan terus ditekan. Dari 1990 hingga 1998, anwar adalah termasuk yang menekan ekonomi Kelantan. Kelantan berjaya juga mengatasi cabaran itu dengan kepimpinan ulamaknya dan golongan profesional. Mereka memang tak glamour dinobat oleh amerika dan yahudi. Tetapi kita percaya kejayaan kita di dunia akhirat adalah di atas rahmat ALLAH kepada hamba-hambanya yang yakin dengan hukum-hakam ALLAH. Bukan ketokohan orang yang tidak yakin dengan Negara Islam biar macamana pandai pun dia.

Lupakah kita wolfowitz juga pandai menjual janji. Sampai terguling ekonomi Indonesia. Sampai hancur Iraq laksana padang jarak pdang terkukur. Anak-anak kecil dibunuh dengan kejamnya. Ekonomi Iraq tinggal debu beterbangan. Ini semua bijaknya wolfowitz. Anwar adalah kawan wolfowitz. Bersalam berpeluk bila berjumpa. Pernahkah Nabi kita bersalaman dengan pemimpin kuffar yang membunuh anak-anak kecil? Fikirkan dan jangan terpedaya.

Salawat

Qisti Zahra'

Anonymous said...

salam,

jom kita keluar PR. buat apa duduk dalam PR. Lebih baik duduk jadi pembangkang. Lagi enak. Boleh cakap berdegar degar kesana kemari.