Monday, July 14, 2008

Artikel terbaru saya ini terbit dalam Harakahdaily dalam ruangan: Menongkah Arus

Moga PAS bebas zahirkan perjuangannya

Imam al Ghazali pernah berkata:

"Agama itu asas dan kerajaan itu pengawalnya. Maka sesuatu yang tiada asas akan tumbang manakala sesuatu yang tanpa pengawal pasti akan hilang".

Justeru itu tidaklah menghairankan apabila dalam wawancara eksklusifnya bersama Harakah baru-baru ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang menyarankan agar sudah tiba masanya bagi Islam diberi peluang untuk dilaksanakan demi melahirkan keadilan dalam negara kita yang tercinta ini.

Ibnu Taimiyyah pernah menulis:

"Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud dan berlaku adil dalam manjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan." (as Siayasah as Syariaah)

Tuan Guru Presiden menyebut bahawa PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Lantaran itu dengan dasar dan matlamat perjuangan yang jelas sudah pastilah kemenangan kecil yang dikurniakan oleh Allah swt melalui pilihan raya umum lalu, mendorong PAS untuk bangkit bagi melaksanakan apa yang diperjuangkannya dalam apa sahaja ruang dan kerangka yang dibenarkan.

Memang kemenangan PAS kali ini bertenggek di atas kekuatan bersama melalui gagasan Pakatan Rakyat, namun sebagai rakan yang menurut Tuan Guru Presiden, telah memberikan sumbangan yang besar sehingga terbentuknya kerajaan di negeri-negeri baru selain Kelantan ini, sudah pastilah ruang dan peluang perlu diberikan dan dibuka buat PAS untuk melaksanakan tuntutan perjuangannya. PAS mahukan pengiktirafan dari kawan-kawannya, dan apakah pengiktirafan yang lebih besar bagi PAS selain dibenar menekankan kepada perlaksaan syariat Islam khasnya dikalangan rakyat yang beragama Islam.

Saya yakin dan percaya luahan hati Tuan Guru Presiden PAS ini yang disokong dan didokong oleh seluruh kekuatan jentera dan ahlinya akan didengar dan diberi perhatian oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa yang disuarakan oleh beliau adalah tuntutan agama yang merupakan asas kuat yang membentuk perjuangan PAS sejak berdekad-dekad yang lalu.

Kata Tuan Guru Presiden lagi:

Di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam.

Mengizinkan umat Islam melaksanakan apa yang wajib dalam agama mereka sudah pasti selaras dengan Perlembagaan Negara yang menempatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

PAS telah berkorban dan merupakan penyumbang terbesar kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu, melalui kekuatan jentera dan ahli-ahlinya. Walaupun dari sudut bilangan kerusi Parlimen PAS mungkin memegang saham yang terkecil tetapi dari sudut bilangan kerusi dewan undangan negeri PAS memiliki saham terbesar berbanding DAP dan PKR iaitu dengan 83 kerusi diikuti DAP 73 dan PKR 40.

Lantas di peringkat ini padan sangatlah bagi Presiden PAS untuk menuntut laluan bagi rakan-rakan untuk mengizinkan PAS melaksanakan program Islamnya yang pada dasarnya sudah pasti akan menguntungkan Pakatan Rakyat, kerana ia sesungguhnya nanti akan menambat hati dan sokongan dari masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam.

PAS tidak boleh meninggal atau menggugurkan Islam. Besar atau kecil kemenangannya atau tiada kemenangan langsung, Islam akan terus dijunjung atas kepala bahu setiap ahli dan pejuangnya yang istiqomah.

Benarlah sebagaimana tulisan seorang EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz di dalam blognya:

"Mengkhianati rakyat hanya berlaku jika PAS meninggalkan Islam. Selagi PAS bergerak dengan Islam, pengkhianatan tak mungkin berlaku walau ditinggal rakyat seluruhnya dan PAS terpaksa menunggu seratus tahun lagi untuk mendapat sokongan rakyat semula."

Semoga atas semangat Pakatan Rakyat ini PAS akan bebas menzahirkan apa yang ia perjuangkan.

11 comments:

Anonymous said...

Selagi wujud syak-wasangka tak sihat terhadap PAS, selagi itulah PAS masih belum mampu utk zahirkan perjuangan. Justeru itu tugas besar PAS d ketika ini adalah utk terangkan sejelas-jelasnya kpd keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum sehingga syak-wasangka ini dpt d hapuskan. Laluan mudah menanti sekiranya berjaya d selesaikan. Wallahualam

Anonymous said...

What about the non-malays and non-muslim who voted for PAS? Why PAS only think and talk about malays? The non-malays also help PAS to campaign and win seats. Think of us too..

David

Anonymous said...

Agree to be Disagree, mantap Abg Roslan. Keep it up - Raja Manchester

Unknown said...

Kassihhhhh david...
'PAS for All'
tolong ingat dan fikir selalu

Anonymous said...

salam saudara,

"Daripada berserabut, cadangkan saja Nik Aziz jadi pemimpin"

Politik sekarang terlalu celaru. Krisis ini memeningkan kepala kita. Kita kena cari seorang pemimpin yang tiada masalah dengan masyarakat.

seterusnya boleh dilihat di:- http://smallvillage.wordpress.com/2008/07/14/daripada-berserabut-cadangkan-saja-nik-aziz-jadi-pemimpin/

Anonymous said...

Pas perlu muhasabah setakat mana kita tumpukan kpd seruan kepada uluhiyyah dan rubbubiyyah Allah sepertimana kita tumpukan kpd perkara kebaikan yg lain yg memangpun termasuk dlm seruan Islaam seperti keadilan sosial, transparency, hapuskan ISA dan good gorvernence. "Dan kpd madyan Kami utuskan Syu'aib seraya berkata 'wahai kaumku sembahlah Allaah tiada tuhan bagimu selainNya......tunaikan sukatan dan sempurnakan timbangan dan jangan kamu kurangkan bagi manusia haknya dan jangan kamu buat kerosakan dimuka bumi...."[maksud ayat 85 al a'raaf]. Kita lihat contoh di setengah negeri barat dimana civic mindedness masyarakatnya tinggi berbanding banyak negara umat Islaam- beratur naiki bas, utamakan OKU, tidak buang sampah dijln dan longkang dan tak menjenguk kedlm rumah jiran sekalipun tingkap dan pintu terbuka. Sistem hospital dan perubatan awam di Britain sering dilapurkan lebih baik dari hospital swasta di Malaysia. Tetapi tanpa ubudiyyah kepada Allaah dalam ertikata yg sebenarnya [termasuk hudud takzir dan qisas] kita lihat jenayah berlaku begitu lumrah, kes gugurkan anak lumrah, gay dan lesbian diiktiraf seperti elton john, dan dapat anak luar nikah lumrah hinggakan bestmen semasa beckam nikahi posh di gereja adalah anak anak haram mereka. Berbalik isu pokok tadi Pas perlu buat scorecard secara telus dan berani bagi mengukur usaha dan pencapaiannya dalam perkara diatas.Ana akan bincang isu sekularisma dalam platform lain. Allaahu A'lam.

Anonymous said...

Dear David,

PAS did not talk on Malays only. PAS talks about Islam, regardless of what races you are. that is because PAS is an islamic party. but that doesnt mean that PAS would ignore the non-Muslims. because as mentioned in the election slogan, PAS is for ALL:-) why? because ISLAM is for All. Islam will spread justice etc to all mankind.. this is because Islam in itself is a system. compare Islam with another system - communism for example. Islam is far more perfect than any other systems created by mankind because our knowledge is very limited. only God Knows what is good and bad for us for He is our Creator. thats why we believe strongly in Islam. somewhere out there, there must be a 'power' that has a great authority on us, the people. and for Muslims, that is our God.. He Provides us (everyone) with ways to lead this live so that in the Hereafter we would be successful, with His Will:-)

Anonymous said...

PAS mesti berusaha untuk memberi kefahaman yg jelas tentang Islam kepada non muslim dimulakan dengan kelab penyokong PAS. Apabila mereka sudah faham, mereka akan nampak Islam itu sempurna.

Anonymous said...

Mr David,

Islam merupakan rahmat bagi sekelian alam, Islam itu tinggi dan tidak ada yg tinggi melainkan Islam, Islam itu memberi kesejahteraan kepada semua tidak kira malay or non malay, muslim or non muslim, muslim tidak semestinya malay dan non-malay tidak semestinya non-muslim

Cth: Drs Khalil Lim Idham adun titi serong adalah non-malay but he is muslim and Dato' Anuar Tan begitu juga Ann Wan Seng.

Mengapa harus takut dengan Islam?? sedangkan Islam itu menjaga kebajikan semua umat manusia. Islam itu menjaga manusia agar tidak melampaui batas dalam segala urusan di dunia ini.

Islam tidak memaksa orang yg bukan Islam memeluk Islam, mereka bebas untuk mengamalkan agama kepercayaan mereka. Walaubagaimanapun Islam mengawal agar semua umat manusia tidak melanggar norma-norma kehidupan agar semua buleh menjalani kehidupan dengan aman dan sejahtera.

Belajar lah dengan yang lebih tahu...

TK

Anonymous said...

Thank you abg desa and sy di bumi koala,

I understand PAS struggle is for all. I also understand PAS struggle is for Islam. I am not against Islam.

I campaigned and voted for PAS because I dont like BN, full of corruption and injustice. So far PAS has proven to be the only party with no scandals or rasuah. Even PKR got scandals.

I hope PAS do not leave Pakatan. Becos if PAS leave it is not good for non-malays/islam becos we have no other choice.

I hope PAS can do more to educate non-malays about being fair and justice to all and about islamic rules. I think all religion teach us good things. Only people dont follow the good things.

Anonymous said...

Dear David,

Glad you understand what PAS is fighting for:-)

I pray that more hearts are opened to the teachings of Islam and become one of those who struggle to uphold the Islamic values in this world:-)