Umnolah yang sebenarnya memperjuangkan Islam
Sekali lagi Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak bersyarah berkenaan agama. Kali ini bertempat di Marang (kubu kuat Presiden PAS). Kata Najib kerajaan PAS di Kelantan telah gagal membawa Islam sebagaimana yang dijanjikan. Buktinya kerajaan negeri tersebut tidak mampu membina walau sebuah masjid pun sedangkan memerintah negeri tersebut sejak 1990.
Yang membawa Islam sebenarnya adalah Umno, buktinya masjid-masjid yang dibina oleh Umno dan BN termasuklah di Kelantan. Begitu juga semsa PAS memerintah Terengganus selama 4 tahun sebelum ini.
Demikianlah Islam melalui persepsi Timbalan Presiden Umno. Siapa yang mampu bina masjid, maka dialah yang berjaya membawa Islam. Dalam erti kata lain, ratusan masjid yang terbina dalam Negara pada hari ini adalah bukti Umnolah sahaja yang mahu dan memperjuangkan Islam.
Saya rasa jangankan Presiden dan pemimpin PAS yang lain, saya yang kecil ini pun berasa malu untuk menjawab hujah yang dangkal dan memualkan ini. Kalau Islam itu tertegak dengan semata-mata pembinaan masjid, tidak payahlah PAS berjuang penat-lelah sejak lebih 50 tahun lalu. Ada diantara pemimpinnya ditangkap, diseret ke mahkamah, dihumban dan dipenjarakan di bawah ISA malah yang mati pun ada kerana melangsungkan perjuangan mereka. Rupa-rupanya Islam itu masjid. Kalau benarlah begitu, walaupun bahlul bunyinya, buburkan sajalah PAS.
Islam sudah berjaya diperjuangkan Umno, buktinya: masjid-masjid yang bertaburan.
No comments:
Post a Comment