Monday, January 07, 2008

Rashid diberi amaran oleh menantu Dollah

Kali ini saya jamin Pengerusi SPR Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman, tidak akan berani dan celupar lagi, malah kemungkinan akan menikus dan terus bisu membatu. Kalau sebelum ini beliau terlalu ringan mulut sehingga berlagak lebih dari orang-orang politik lagi tetapi amaran yang dikeluarkan terhadap beliau hari ini pasti akan menutup mulutnya yang sentiasa cabul itu.

Hari ini yang menegur beliau bukan pemimpin PAS, bukan dari DAP atau PKR, yang masih boleh beliau perlekeh dan perendah-rendahkan, hari ini yang menegur beliau adalah orang yang paling berkuasa dalam Negara, yang bergayut di bawah kain bapa mertua beliau yang kebetulan adalah Perdana Menteri Malaysia.



Hoi Rashid!
Jangan kurang ajar (macam aku)


Dari kawasan bapa mertuanya di Kepala Batas, Khairy Jamaluddin, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno dengan lantang meminta semua pihak termasuklah Rashid agar tidak mengulas dan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai tarikh pilihan raya. Kata Khairy:

Tak perlu tanya (tarikh pilihan raya) kepada ahli politik atau menteri termasuk juga Pengerusi SPR, saya tidak faham kenapa dia (Rashid) kata pilihan raya semakin hampir.

Menurut Khairy lagi kuasa mutlak menentukan tarikh pilihan raya hanyalah terletak pada bapa mertua beliau selaku PM. Jelas komen ini bagaikan bongkah batu jatuh terhempap atas kepala Rashid yang umpama batu itu juga.

Dalam hal ini memang sepatutnya Pengerusi SPR yang tanggungjawab utamanya adalah mengurus dan memastikan operasi pilihan raya berjalan dengan baik, lancar dan telus, sepatut-patutnya mengelakkan diri beliau dari mengeluarkan sebarang kenyataan berbau politik apalagi membuat spekulasi terhadap tarikh pilihan raya (macam mencuri tugas PM pula).

Cara Khairy membuat teguran dalam hal ini nampak bongkak dan agak “kurang ajar” bunyinya. Tetapi memang kenalah dan padan dengan Rashid yang juga bongkak dan kurang ajar itu.

Rashid akan terkunci mulutnya selepas ini kerana Khairy menantu PM. Menyinggung Khairy bermakna menyinggung PM! Dan Rashid memang jenisnya yang hanya tahu menangkat dan tidak sekali-kali berani menyinggung atau menyakiti PM. Jadi biarpun yang menegur itu bukan PM, asalkan ia datang dari bawah kain PM, Rashid akan akur. Mungkin selepas ini yang akan beliau salahkan adalah parti-parti pembangkang yang kononnya telah memprovokasi beliau.

Padan muka Rashid!

No comments: