Hanya Umno bina masjid, PAS tidak
Apabila MB Kelantan Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mengakui kenyataan Najib Tun Razak bahawa memang kerajaan negeri PAS tidak membina masjid sepanjang 18 tahun pemerintahannya di Kelantan, ia seolah mengukuhkan hujah Najib bahawa BN lah yang lebih mementingkan pembinaan masjid kononnya, tetapi penyokong dan pencinta BN dan Umno jangan cepat melatah dan bersorak.
Tok Guru berkata kerajaan negeri hanya membina masjid sekiranya penduduk menyediakan tapak atau membinanya terlebih dahulu.
"Kalau beri, kita tak beri semua (peruntukan), kita beri yang padan (mampu) dengan kita saja. Demo (rakyat) buat dulu masjid, beli tanah dulu baru kita beri (peruntukan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal di Kampung Telosan di Pasir Putih Sabtu.
Tetapi kenyataan Tok Guru ini sebagaimana banyak kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini mesti direnung dan dikaji secara mendalam. Jangan cepat melatah, takut nanti memakan diri. Melalui kenyataan beliau itu Tok Guru menggambarkan yang bilangan masjid di negeri tersebut sudah cukup dan memadai melainkan ada permintaan dari penduduk, jika tiada, bermakna padanlah dengan yang ada.
Memang benar sebagaimana yang dibanggakan oleh Najib selepas BN merampas Terengganu dari PAS contohnya, sebanyak 60 buah masjid baru dibina, tetapi harus diingat masjid menjadi masjid apabila ia disokong dengan kehadiran jemaah yang datang mengimarahkannya. Jika masjid sekadar indah, cantik, berkilat dan berkilau, menelan belanja jutaan ringgit (masjid Kristal RM180juta) tetapi kosong dan lenggang walaupun ketika solat waktu, masih bolehkah kita berbangga dan mendabik dada?
Seorang Ustaz dalam blognya pernah menulis bahwa beliau ada memberi kuliah di masjid yang tersergam indah di Putrajaya, cantik, mahal dan mewah, tetapi sayangnya bilangan tiang dalam masjid itu menurut Ustaz tadi lebih banyak dari mereka yang hadir mendengar kulihanya.
Kalau masjid sudah cukup dan memenuhi permintaan penduduk, cukuplah sekdar mengubahsuai dan menaik-taraf, yang lebih penting adalah pengisiannya. Majlis-majlis ilmu, program pembinaan insan, majlis keraiaan, itulah sepatutnya yang memnuhi kalendar masjid. Kalau sekadar cantik dan mahal, tetapi lebih banyka tiang dari jemaah yang hadir, atau kuliah dan ceramah serta khutbahnya hambar, membosankan serta menjauhkan orang dari masjid, mana yang lebih baik?
Masjid yang ada perlu dipenuhi. Pemimpin yang ramai perlu bukan sekadar memimpin
masyarakat di luar tetapi turut memimpin masyarakat dari dalam masjid. Merekalah harus naik sebagai imam, sebagai khatib, memimpin kuliah dan ceramah. Barulah masjid memenuhi ciri-ciri masjid sebagaimana yang dibentuk dan didirikan oleh Rasulullah saw.
Jadi saya kira kenyataan Tok Guru itu sebenarnya tajam dan memukul Umno dan BN secara halus. Itulah sifat seorang yang berilmu, seorang ahli politik dan juga ulamak.
No comments:
Post a Comment