MB baru Perlis dari BA
Saya tidak berniat untuk menjadi MB Perlis, demikian kata Setiausaha Agung Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Radzi Sheikh Ahmad dalam temuramah beliau bersama akhbar NST hari ini. Rupanya sengketa antara beliau dan MB perlis Shahidan Kasim belum reda-reda lagi.
Kata Radzi calon terbaik untuk menggantikan Shahidan adalah Menteri Alam Sekitar Azmi Khalid. Alasannya: kata Radzi kerana Azmi mempunyai isteri muda dan isteri mudanya itu nanti boleh membuat promosi yang baik terhadap Perlis. Kalau begitulah rasional Setiausaha Umno maka ramailah MB dan Ketua Menteri Umno dan BN perlu mencari isteri muda agar isteri-isteri muda masing-masing itu dapat mempromosi negeri-negeri masing-masing.
Kata Radzi Umno dan Bn negeri tiada persiapan langsung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 12 ini. Dalam lawatan dan tinjaun beliau sebagai Setiausaha Agung, ahli-ahli Umno negeri seolah dihalang dari bertemu beliau.
Pengakuan Radzi ini satu isyarat baik bagi BA Perlis. Kalau benar begitulah keadaan rumahtangga Umno BN di Perlis maka BA Perlis perlu kepung terus ketiga-tiga kerusi Parlimen yang berada dalam negeri itu beserta kerusi-kerusi DUN nya. Ini petanda bahawa Umno dan BN Perlis sudah longgar, dan peperangan antara Shahidan dan ketiga-tiga ahli Parlimen Umno Perlis ini akan lebih parah dan tenatkan lagi Umno dan BN negeri.
Mungkin Tun Daim terlepas pandangan akan hotspot di Negeri Indera Kayangan ini.
Mungkinkah hajat Radzi untuk lihat MB Perlis yang baru itu akan terkabul nanti, cuma ia kali ini bukan lagi dari Umno BN, tetapi isnyallah dari BA.
Lawan tetap lawan!
No comments:
Post a Comment